Ticker

6/recent/ticker-posts

Perokok Terlalu Pentingkan Diri Sendiri !!


Assalamualaikum

Geram !! geram betul !!

Siapa kat sini perokok ?

Kepada kamu semua harap ambil perhatian. Ye memang hak kamu nak hisap rokok tapi harap sangat ambil kisah dan peduli tentang orang lain.

Acik memang tak pernah merokok dan allergic pada bau asap rokok. Kalau bau mesti muntah. Kalau melepak dengan kawan-kawan mereka dah tahu sangat memang tak akan merokok depan acik.

3 situasi yang betul-betul buat acik geram

Pertama : Di kedai makan

Acik ini kalau pergi mana mesti ada anak sedara lagi-lagi yang umur 3 tahun tu.Masa sedang order makanan. Sekumpulan manusia ini duduk di sebelah meja acik. Yelah tentulah nak makan.Ok fine nak makan tapi paling geram adalah merokok. Kemain asap berkepul-kepul. Geram jadinya bila anak sedara dah mula terbatuk-batuk. Acik cakap dengan mereka harap dapat hisap rokok jauh sikit sebab ada budak kecil. Paling menjengkelkan dia sembur lagi ke arah kami.

Kedua : Di tempat menunggu bas.

Yelah acik ini kalau ke mana memang naik bus saje. Menunggu bas tak kunjung tiba orang ramai berasak-rasak beratur. Kemain best dia hisap rokok dalam ramai-ramai orang. Acik memang tak tahan, sempat kata dengan dia, " bro sayang nyawa tak ? dia macam pelik. Sambung acik, kalau tak sayang nyawa sendiri tapi ingatlah orang sekeliling ini, kami mahu hidup lama. Dia terus pandamkan rokok.

Ketiga : Dalam bus aircond

Masa balik ke pahang , ada seorang mamat ini dengan selamba dan hati batunya hisap rokok. Habis satu bus berasap, bila di tegur melenting. Last sekali driver geram dia turunkan di rnr.


Ye acik tahu merokok itu hak kamu, tapi  Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Ingatlah orang tersayang, kerana dirimu orang lain jadi mangsa.



Catat Ulasan

9 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ya,setuju, mereka sepatutnya hormat orang lain ditempat awam
mrs berkata…
paling kesian jumpa bapa dukung anak tetapi dalam masa yang sama merokok...
Fatin Wawa berkata…
saya pun tak boleh bau asap rokok.. blh sesak nafas dibuatnya.. tp mereka yg merokok ditempat terbuka tu mcm kedai mkn mmg perlu fikir jugalah psl org lain cm kalau ada kanak2 kat situ. Tp cam sesetengah food court yg sediakan bilik khas utk merokok tu mmg baguslah, skrg2nya blh kurangkan risiko pd org lain.
Unknown berkata…
Isk cik akak tak suka asap rokok nie..
Tapi payah juga nak tegur manusia macam tu..hoho
paridah berkata…
perokok2 ni mmg xpeduli sesiapapun yg difikir hanya keseronokan dirinya...
cikpinz berkata…
Kalau berdebat dengan perokok ni ada ja alasan..semua diaorang yang betul..
Khir Khalid berkata…
Zaman sekarang ni kalau boleh tak payahlah merokok.. dah lah mahal, buat org tak suka pula...
Tanpa Nama berkata…
Kathy memang tak suka pada perokok..
Tak cuman merugikan kesehatan diri sendiri..perokok sama aja merebut sebagian uang jajan anak dan uang belanja istri :D :D