Ticker

6/recent/ticker-posts

Terimalah KekuranganKu Kerana Allah

bernikah

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatNya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.Selamat berhujung minggu semua. Pastinya hari ini penuh dengan majlis perkahwinan dan pertunangan. Pastinya mereka mempunyai ciri-ciri tertentu untuk di jadikan pilihan pasangan.

Ada yang suka kulit berwarna hitam manis, putih melepak, muka bujur sireh,tinggi lampai,badan sado, rambut lurus dan sebagainya.Masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri.

Cinta yang sejati tidak memandang paras rupanya, darjatnya mahupun siapa dia.

Sering terjadi apabila kita mampu terima segala kebaikan dan kelebihannya. Ianya kita anggap anugerah dari tuhan kerana nenemukan seseorang yang kita mahu. Tapi sayangnya jika tak dapat menerima kekurangannya.

Kekurangannya menjadi beban untuk kita. Percintaan itu ada proses pengenalan untuk kita lebih tahu tentang dirinya.  dan diri kita.Percintaan yang tulus keranaNya inshaAllah di permudahkan urusan.

Sebesar mana kita boleh terima kelebihannya. Sebenar itulah kita boleh menerima kekurangan dia.Seadanya dia.

Bagaimana kita oleh terima dia ?

Jangan gunakan akal fikiran yang sering ragu. Tapi tanyalah hati dan biarkan dia yang menentukan segalanya.

Pasangan ideal, adalah pasangan yang keduanya dapat saling melengkapi kekurangan satu sama lainnya bukan malah saling mencari celah dan kekurangan pasangannya, kala salaetrh satu pihak membutuhkan maka dapat ditutupi oleh yang lain. Berbagi suka duka bersama dengan tulus dan ikhlas.Sering kita yang memiliki kesempurnaan kurnia dari Tuhan tidak menyedari dan mensia-siakannya.

Sering kita menganggap kebaikan pasangan kita adalah hal biasa yang lumrah kita dapatkan, namun kala suatu hari nanti salah satu dari kita tiada mungkin kita akanlebih merasa berapa berharganya keberadaan pasangan kita dalam keseharian menemani kita.


fatima dan ahmad

Mari belajar dari pasangan Fatima dan Ahmad dalam saling melengkapi saat mengarungi bahtera rumah tangga berdua, mencapai keluarga yang bahagia...

Catat Ulasan

11 Ulasan

Asha Lya berkata…
X da manusia yg sempurna. Trimala seadanya.smua manusia d ciptakn punyai kelebihn masing2
lynmunir berkata…
Mudah-mudahan, in sya allah.
Tanpa Nama berkata…
Kekurangan adalah satu kelebihan.
SalbiahM berkata…
tengok gambar tu..ingat Acik yang nikah tadi..hehe.thanks atas peringatan Acik...moga bertemu jodoh yang baik dan saling melengkapi ye..
kuchalana berkata…
untuk menerima kekurangan kita kena memahami terlebih dahulu
Qaseh Vee berkata…
serasi bersama ... itu yg penting .
betul orang cakap... dua orang pasangan tu ibarat dua keping kertas yang banyak bocornya... kalau ditampalkan keduanya akan bakal menutupi bocor2 yang wujud...
Unknown berkata…
Kekurang bakal menutupi kelebihan jika saling hidup.lengkap.melengkapi..belajar menerima sesuatu walaupun banyak kekurangannya....redha dengan apa yang ditentukan oleh qada dan qadar
Fidah Shah berkata…
Saling melengkapi...bertolak ansur...hormat menghormati...dan semuanya demi mencari redha Allah...
Khir Khalid berkata…
Setiap manusia pasti ada kekurangan dan kelebihannya.. anugerah Allah buat kita sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya... Allahuakbar..
Maria Firdz berkata…
Tiada manusia yg sempurna..