Pengikut

Isnin, 2 Mac 2015

Jika Ingin Bahagia Lelaki Perlu Ambil Tahu Pekara Serious Ini


Assalamualaikum

Mata ini menjadi saksi semua yang berlaku. Aku melihatnya sendiri dan memori ini merakam segala perbuatan. Luka di hati orang tak tahu, sakitnya berjuang untuk keluar dari penghinaan orang.

Pelik aku rasakan, mereka kata sayang tapi tindakan mereka seperti benci. Seharusnya sayang itu bukan menyakiti dengan kekerasan. Bukan membuat orang yang kita sayang itu menangis.

Perempuan bukan lawanan kita lelaki untuk bergaduh. Memang tak akan mampu tandingi kudrat kita lelaki. Mengapa kita gunakan kekerasan untuk menakutkan mereka ? sebagai alat untuk dia dengar kata kita ?



Kekerasan kepada wanita itu bukan penyelesaian yang baik untuk kita. Tegurlah jika mereka lakukan kesilapan. Tugas kita sebagai lelaki untuk membetulkan dan memberikan pengajaran yang baik untuk mereka. 

Rasullulah tidak pernah memukul wanita,seharusnya kita jadikan contoh .Lelaki sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.

Firman Allah SWT:
“Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”

Jika ingin berikan pengajaran asingkan tepat tidur. Bukan kekerasan yang kita lakukan.

Acik lihat sendiri, seksanya seorang wanita di pukul oleh lelakinya, bengkak muka di badan. Ada kes itu isterinya mengadung lelakinya menendangnya. Paling trajedis acik rasakan bahawa dapat tahu ada seorang mak cik hidup hampir 20 tahun menjadi mangsa keganasan lelakinya. Bagaimana dia mampu bertahan ?

Walaubagaimana perempuan di luar sana, ambillah tauladan jaga,lidahmu, jaga perkataanmu.Kalau lelaki baik jangan di manfaatkan , tengking sesuka hati. Lelaki mudah tercabar.

Perlu di ingatkan bahawa perempuan kalau dah " move on " dia dah berserah hatinya telah betul-betul kecewa. Apa pun terjadi,beribu kali minta maaf sekalipun jika hatinya sudah tawar maka jangan harap untuk mereka mahukan kamu lagi.

Acik menaip ini hanya mengingatkan kepada kamu dan diri ini bahawa kita harus muhasabah diri. Tidak semua pekara tindakan kita betul. Jika apa jua keadaan bawa berbincang , jangan ikut emosi dan perasaan kita. Agama kita meliputi segalanya maka jadikan panduan hidup kita.

Share This!


8 ulasan:

  1. SEUJU SGT DGN N3 ACIK NI WANITA ITU TULANG RUSUK LELAKI YG BENGKOK HENDAK MELURUSKANNYA PERLU DILEMBUTKAN PERLAHAN-LAHAN BUKAN MENGASARINYA....JIKALAU TELAH ROSAK HATINYA SUKAR BAGINYA MENERIMA SIPEROSAK HATINYA ITU DLM ERTIKATA DH TAWAR HATI.

    BalasPadam
  2. Perempuan kalau sayang walau macam mana disakiti dia tetap akan bersama lelaki tu..tetapi sekali dia dah tekad untuk pergi, merayu lah macam mana sekali pun dia tak akan berpatah balik..
    hargailah sementara masih ada...

    BalasPadam
  3. betul juga... wanita jangan mencabar lelaki kerana mereka mudah tercabar dan malas untuk berbalah... pilihan mudah ialah mendiamkan dengan kekerasan tapi lelaki harus tahu bahawa kekuatan wanita terletak pada kelemahannya... lelaki akan tumbang dengan kelemahan wanita.... sedihnya dengar 20 tahun disiksa suami... saya tak suka tengok wanita meninggi suara dengan lelaki untuk menang tapi lebih benci melihat lelaki menganasi wanita...

    BalasPadam
  4. Lelaki jika sudah menjadi suami, perlu menjadi seorang pemimpin. Kekuatan fizikal bukanlah satu-satunya kelebihan yang diperlukan oleh pemimpin. Sang pemimpin juga perlu memenuhkan dengan kelebihan yang lain seperti ilmu dan kemahiran budi bicara.

    BalasPadam
  5. lelaki dicipta unutk melindungi wanita

    BalasPadam
  6. biasalah itu asyik...bila kemarahan dan nafsu menguasai diri..jadinya ibarat di rasuk syaitan lar...

    BalasPadam
  7. Lelaki perlu prihatin terhadap wanita.. juga bertanggungjawab memimpin mereka bukan sebaliknya. Lihatlah bagaimana Nabi Adam as dimurkai Allah kerana mengikut pujukan Hawa sedangkan Nabi Adam as sudah sedia maklum kesalahan itu. Maka, kita sbg lelaki harus sentiasa bertanggungjawab memimpin kaum hawa sebaiknya...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails