Pengikut

Isnin, 6 April 2015

Carilah Cinta Yang Membahawa Kebahgian Di Dunia Dan Akhirat


cinta kerana ALLAH
gambar hiasan

 Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatNya.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari ini ada dapat pelbagai persoalan tentang cinta, cinta memang tak dapat di pisahkan dalam hidup kita.


Ahh ada juga yang bertanya dengan acik salah ke jatuh cinta ? Habis macam mana kalau  dah suka kat seorang perempuan atau lelaki tu ?

Pada acik memang tak salah nak jatuh cinta, itukan soal hati dan perasaan kamu tak siapa dapat halang. Itu perasan yang hadir dari hati kamukan. Janji cinta itu biarkan di letakkan pada yang betul dan mengikut landasan islam.

Kadang memang tak dapat nak halang seseorang itu untuk jatuh cinta dan tak dapat nak halang anak muda untuk bercinta. Yelah zaman sekarang nie kisah cinta bermacam-macam, dan cinta bertahun-tahun, katanya nak kenal cinta. 

Ada yang kata, dah couple bertahun tahun tapi tak kawin juga bagaimana tu?

Dah kawin perangai berubah ?

baru kenal dah kawin ?

macam mane pula tu ? jawabnya tentulah  jodoh semua Allah dah aturkan siapa jodoh kita dan sebagainya.

Cinta yang terbaik adalah apabila kita mencintai seseorang itu yang membuatkan iman kita meningkat dan kita semakin rapat dengan Allah, senang kata membawa kebaikan

Dalam kata katanya ada nasihat yang berguna,tegurnya penuh berhemah dan mengingati kamu soal solat, puasa dan sebagainya.

Carilah seseorang itu yang mampu membawa cinta  kamu kebahagian di dunia dan akhirat. Jangan cari yang suka pada pekara yang lagha seperti suka karaoke berlebihan, lepak sampai pagi dan sebagainya.

Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”


Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana  jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.
  
Jadi berubahlah cara cinta kerana Allah , sebab apa ?

Jika kita cinta kerana Allah cinta itu tak akan pernah berkurangan dan sentiasa bertambah , jika hilangnya cinta itu juga buatkan kita rasa redha untuk menerima kehilangan.Maka oleh itu jom kita muhasabah diri , dan letakkan cinta itu kerana Allah.

Share This!


7 ulasan:

  1. suapay kebahagiaan rumah tangga akan sentiasa bahagia hingga ke syurga...insyallah..harapnya acik pun akan mendapat cinta yang membawa kebahagiaan...
    Muhasabah diri sendiri jugak..

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah yan bercinta selepas kawin..dan kami memang amalkan prinsip KERANA ALLAH....lebih nikmat dan lebih mensyukuri

    BalasPadam
  3. Cinta yg ikhlas adalah sebaik2 cinta di dunia & akhirat.. t kasih atas perkongsian ini Acik.. :)

    BalasPadam
  4. bercinta kerana Allah pasti ditemui keberkatan dunia n akhirat...

    BalasPadam
  5. indahnya cinta kerana allah acik..tidak tertanding hebatnya.

    BalasPadam
  6. Carilah cinta yang lebih cintakan Allah...
    InsyaAllah terpelihara

    BalasPadam
  7. Setiap dari kita pasti mahukan cinta untuk membawa kebahagian di dunia dan akhirat namun ianya tidak semuanya akan menjadi kenyataan. Namun itu bukan bermakna ianya satu kegagalan tetapi ujian yg terkandung hikmah yg amat besar bagi mereka yg beriman...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails