Pengikut

Sabtu, 4 April 2015

11 Langkah Mudah Berfesyen Bagi Lelaki

gambar hiasan

Assalamualaikum


Pernah tak di perlekehkan oleh rakan-rakan cara pemakaian kamu ? pernah tak rasa tak confident diri bila pergi mana-mana event kerana tak tahu tentang fesyen. Di sini acik nak berikan sedikit tips kepada kamu semua.

1. Pilih pakaian yang fit 

Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian sesuai mengikut tubuh badan. Jika di bertubuh kurus elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar dan jika bertubuh besar jangan pakai pakaian yang terlalu ketat bersesuailah dengan . Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.


2. Simple tapi smart  

Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.

3. Santai bukan membosankan 

 Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.

4.Pemakaian pastikan sepadan  

Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. So?

5.Sentiasa peka  

Jangan terlebih berfesyen kerana pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen. Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Kiranya bersesuai dengan tempat, takkan nak ke pasar malam pakai kot, agak janggallah. Ikut tema yang di berikan.

6.Belanja lebih untuk kasut  

Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut.  Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.

7.Berhati-hati memilih t-shirt  

Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar salah satunya ianya akan menjadikan kamu seolah ajen kepada company iklan yang bergerak.


8.Jangan terikut pada trend  

Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.  

9.Jangan beli kerana brand  

Sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi buruk macam kain lap kat dapur.

10. Jangan malu untuk meminta pendapat  

Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.

11.Pastikan muka bersih dan kemas  

Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting. 

Dapat sedikit tips untuk kamu semua ? Harap dapat membantu.


Share This!


8 ulasan:

  1. Huhu..simple tu yg bergaya..tu acik nmpk hnsem je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah tidaklah... acik nie biasa2 sahaja... editing je lebih

      Padam
  2. Baju fit takpe gak acuk. Kalau seluar fit, aduh sakit mata nemandangnya:-))

    BalasPadam
  3. Zaman umur 19 - 21 mmg mase ni gile berfesyen...bila dah injak usia 22 smpailah skrg ni, men sebat je nk pakai ape.

    BalasPadam
  4. bagus lelaki pandai bergaya menguus diri, biar kemas dan bersih kan acik :)

    BalasPadam
  5. LELAKI YANG SUKA BERFESYEN KEMAS NI MNGGAMBARKN PRIBADI DIRINYA BEGITU BAGUS TU...SEGAK DIPANDANG.

    BalasPadam
  6. yg simple lebih menarik pada sis lah ...

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails