Pengikut

Isnin, 13 April 2015

Jangan Salah Guna Harta Anak Yatim


Assalamualaikum

Tak semua orang mempunyai nasib yang baik seperti kamu. Ada ketika di uji dengan hebat, bertalu-talu hingga air mata mengalir tanpa di duga. Ketika kita di uji , ada insan lain yang lebih hebat di uji. Ada kehilangan orang yang tersayang dan hilang tempat bergantung.

Kadang sedih acik melihat ketamakan manusia soal harta benda hingga harta anak yatim di jadikan sasaran. Amanah yang ditinggal si mati tidak tunaikan dengan baik malah hak anak-anak yatim itu pula terabai.
Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.Lagi-lagi yang masih bersekolah.

Penjagaan Terhadap Anak Yatim 

Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis. 

• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim 

• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”. 

• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil” 

Besar sebenarnya tanggungjawab untuk mereka di amanahkan untuk menjadi kepercayaan menguruskan amanah dan jangan di abaikan begitu sahaja.

Menjaga harta anak yatim dengan baik adalah dituntut dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu serahkan kepada orang yang belum sempurna akalnya harta (yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata yang baik.” (Surah An-Nisa’, ayat 5).

Perkara ini dipandang serius demi menjaga kebajikan anak yatim kerana mereka tiada tempat bergantung dan harta diwarisi sajalah bekalan untuk mereka memulakan hidup.

Islam memberi amaran keras mengenai penyalahgunaan harta anak yatim kerana ia akan memudaratkan anak yatim itu dan penjaganya. Ia juga bagi mengelakkan sifat tamak wujud dalam diri penjaga. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknati Allah. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan yang baik.”

Share This!


9 ulasan:

nur anis berkata...

semoga kita dijauhkan dari sifat memakan harta anak yatim..

paridah berkata...

harta anak yatim wajib diberi kpd haknya...sukar menjadi amanah ni jika melibatkan harta dunia ni..klau boleh jgn sesekali terlibat dgn permasalahn ini.

Papaglamz berkata...

Nice sharing acik..!!! Anak yatim anak yang mulia.. Dilindungi Allah setiap masa. Macam nabi kita.. Acik, papa baru tau. Takhziah.. :(

Sylarius Yusof berkata...

Memang tak wajar bila ada sesetengah pihak mengambil kesempatan makan harta anak-anak yatim. Itu memang perbuatan yang terang-terang menindas. Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan terhadap insan-insan.

Gee Lion berkata...

sepatutnya manusia menjadi lebih bertamadun tapi seiring dgn peredaran zaman; rupanya tabiat manusia memang ada yg takkan berubah.

wahida berkata...

mudah2an kita dijauhkan daripada bersifat mazmumah seperti itu...

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Ya allah......semoga kita dirahmati selalu.

Khir Khalid berkata...

Berat kesalahan salah guna harta anak yatim ni. Semoga dijauhkanlah hendaknya... aamiin.

Siti Yang Menaip berkata...

isk.. moga jauhlah daripada masuk golongan yang tamak ni.. jangan main2 la soal harta..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails