Pengikut

Rabu, 15 April 2015

Apabila Cinta Di Halangan Oleh Mak Ayah



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Cinta itu adalah fitrah kita sebagai manusia, kitalah pembawa kedamaian cinta dan keharmonian cinta.Tetapi sayangnya cinta kita di halang oleh orang tua.

Berkisah cinta di halang orang tua  ini secara jujurnya memang ramai yang hantar email minta pendapat soal cinta di halang.Jadi acik ada seseorang yang ingin kongsi cerita kepada kamu semua.

Kak Ina : Assalamualaikum acik, Kak Ina nak kongsikan kepada pembaca blog acik tentang cinta di halang orang tua nie. Sebab dulunya Kak Ina adalah salah seorang cinta yang di halang oleh orang tua.

Acik :Walaikumusalam kak, alhamdulilah ada yang nak berkongsi cerita , semoga bermanfaat.

Kak Ina : Akak bercinta dengan dia hampir 7 tahun sejak dari zaman di universiti. Bila dia nak jumpa mak ayah. Pada mulanya Mereka tak mahu berjumpa tetapi akak cakap tolonglah kenal dia dulu. Bila pertama kali jumpa mak terus cakap putuskan hubungan dengan dia !! Hati mana tak sedih acik , akak sayang sangat dia. Akak rasa memberontak kerana mak ayah tak dapat terima dia.

Acik : ada mereka nyatakan kenapa tak boleh terima dia ? 

Kak ini : mak kata dia tak mampu jaga saya dan dia sudah berumur. Tapi saya sayang dia sangat dalam masa yang sama saya juga perlu turuti perintah ibu bapa saya.

Lama juga terjadi berkali-kali abang nak jumpa mak ayah tapi mereka tetap sama menolak kehadiran abang.

Acik : Jadi apa yang akak lakukan?

Kak Ini : memang susah dik, tapi akak banyak muhasabah diri. Pernah satu hari tu akak cakap elok-elok dengan mak kenapalah mak suka sangat dengan dia ?

Bila dengar penjelasan dia dik, akak baru tahu dan sedar, akhirnya akak ikhlaskan apa yang berlaku. Akak dengar kata mak ayah. 

Acik : Cinta bukan 1 jaminan dalam kesejahteraan dan keberkatan rumah tangga. Tanpa restu keluarga, masjid yang kita bina akan mudah goyah. Kerana ia terjadi tanpa redha kedua orang tua. Restu ayah dan ibu sangat penting. Biasalah, ibu bapa khuatir akan kehidupan anak-anaknya selepas berumah tangga. Ibu bapa mana yang sanggup melihat  anaknya hidup susah. 

Kak Ina : Sangat betul acik , akak memang berserah pada Allah. Tapi tidak putus doa pada Allah supaya Allah lembutkan hati kedua ibu bapa akak. 

Tapi benarlah cik kalau dia memang jodoh kita memang tetap bersama. Abang banyak berubah, dia muhasabah diri dan dia akui dia banyak kekurangan dalam diri dia.

Nampak sangat perubahan dia dik. Alhamdulilah dik mak ayah dapat terima dia bila tengok dia yang sekarang. Cakapnya tidak meninggi, budi bahasa juga semakin baik. Alhamdulilah sekarang dia solat cukup dan penampilan juga di jaga.Mak ayah kita tidaklah menolak tanpa alasan, mesti ada sebab tertentu dan paling penting adalah bawa berbincang kedua belah pihak. 

Acik Alhamdulilah kak , usaha itu penting. 

Paling penting, elakkan perkahwinan tanpa restu orang tua kerana walaupun kita sebagai anak berada di pihak yang benar tetapi apabila kita melukakan hati orang tua, kita juga telah melakukan dosa.


Ingatlah, setitis air mata ibu yang jatuh ke bumi, tak mungkin tertanggung bebannya di akhirat nanti. Diamnya bapa dengan tindakan kita bukan bererti dia redha tetapi jiwanya menanggung lara yang tidak mampu diluahkan dengan kata. Letakkan kedudukan kamu di tempat mereka, apakah yang kamu rasa? Ingatlah, redha Allah hanya dengan restu orang tua. Perkahwinan tanpa restu orang tua adalah sukar untuk bahagia kecuali setelah ibu bapa redha dengan perkahwinan tersebut.


Bagi mereka yang tidak bernasib baik seperti kak ina , keluarga masih menentang kamu dengan dia. 


Bersabarlah dan teruskan berusaha dan berdoa, jika sememangnya kamu ditakdirkan untuk dirinya, pasti akan bersatu jua. Namun, andai masih ada halangan dan rintangan, itu petanda jodoh antara kamu dan dia tiada. Takdir menentukan kamu dan dia dipasangkan dengan insan lain yang lebih baik untuk diri masing-masing. Percayalah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Share This!


12 ulasan:

Papaglamz berkata...

Redha Allah datangnya dari Redha ibu bapa. Nice story acik. Selamat bercinta kerana Allah buat semua pembaca..

paridah berkata...

KALAU AYAH IBU XSUKA DGN JODOH PILIHAN TENTU ADA SBB MUSABABNYA..MRK LBH BERPENGALAMN N BERPNDANGAN JAUH...

Ija Rased berkata...

tanpa restu mereka,..hilanglah kebahagian yang diimpikan kerana, redha allah terletak pada redha ibu dan ayah

Haslinda Hassan Ali berkata...

ya mmg kita kena redha ...
kalau kita dpt restu dari ibu bapa ,hidup kita akan diberkati
dan bahagia selalu...

Khir Khalid berkata...

Bersabarlah kpd sesiapa jua yg perhubungannya tidak direstui ibu bapa. Pasti ada asbab yg menjadikan sedemikian. Semoga Allah memberi ketabahan dan menunjukkan jln yg terbaik utk kehidupan yg diberkati... aamiin.

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

apa sekali pun reda ibu bapa adalah utama..

Aisyah berkata...

assalamualaikum .. sama seperti saya .. tetapi .. saya tetap pertahankan .. saya kena banyak berdoa .. jika dia memang bukan ditakdirkan oleh Allah .. saya redha ...

ANIM berkata...

acik...entry ni boleh buat rujukan buat mereka yang masih mencari pasangan di luar sana..

Siti Yang Menaip berkata...

kena ikut cakap mak ayah.. macam mana sekalipun.. dr situ datangnya redha Allah..

kucha lana berkata...

kita kena tahu sebba kenapa orang tua menolak pilihan hati kita..jangan terburu-buru dan gelojoh

Gee Lion berkata...

Sukarnya percintaan mcm ni..
Alhamdulillah, kisah sy berjalan lancar..
Yg tidak, saya berdoa moga dipermudahkan semuanya.. Amin..

Fidah Shah berkata...

Setiap suatu yang berlaku itu mesti bersebab..dan Allah telah mengatur yang terbaik untuk kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails