Pengikut

Ahad, 19 April 2015

Lamanya Menunggu Perempuan Bersiap


Assalamualaikum

Yeah selamat berhujung minggu semua, acik sekarang berada di Terengganu. Sangat seronok berada di sini di temani dengan keropok lekor. Kelakarnya semalam mesej dengan seorang kawan acik.

Acik : assalamualaikum man,kau kat mana ? 
Man : Walaikumusalam,aku tengah menunggu dekat setengah jam nie.
Acik : kau tunggu apa ?
Man : aku tengah dila bersiap dia kata on the way dekat setegah jam aku tunggu dia tengah make up.

Haha gelak acik di buatnya, tapi bila tengok kakak-kakak acik pun sama kalau solek itu ya Allah lamanya, macam pergi spa. Step by step. Mak selalu membebel dan kalau nak berjalan memang akan set masa dan ambil masa setengah jam jugaklah bersiap. 


Kalau lelaki biasanya kalau janji lambat tu lepas tu kata on the way pastinya terlewat bangun lepas tu kelam kabut siap secepat mungkin.

Tapi perempuan walaupun dia kata dah lambat tetapi penampilan itu lebih penting. Bersiap dan bersolek itu wajib.Kesemuanya complete, foundation, loose powder, eye shadow, eye liner, mascara, blusher, lipstick..tak lebih dari 1/2 jam sahaja...

Ayat yang selalu di gunakan adalah " ishh tak tahu nak pakai baju apa nie ?bila buka geroboknya mak aii banyak baju. Lepas tu mencari nak match dan match baju dengan tudung dengan kasut. Sakit pulak hati kita ni menunggu.Haha

Memang tak salah nak bersiap berapa lama sekalipun tetapi perancangan masa sangat penting.

Nasihat acik besederhanalah dalam segala hal. Solek pun jangan tebal-tebal, dan jangan memakai wangian yang mampu menarik lelaki untuk ke arahmu. Berwaspadalah. 

Lebih elok jika bersolek sekadarnya, hiasi diri dengan percantikan peribadi dalaman setara dengan luaran.

Kadang acik kagum dengan mak .Kalau kata pagi tu nak berjalan, pagi-pagi dah bangun, bersiap-siap. Masak dulu takut anaknya lapar dan tepat pada waktu di janji semua dah siap.

Acik menaip ini tidaklah untuk menyalahkan sesiapa tetapi cubalah untuk merancang masa tak kiralah lelaki atau perempuan. Perancangan itu sangat penting. 

Kalau ada anak nanti lagilah mana nak siapkan diri dan anak-anak lagi. OKAY ?
Jom kita muhasabah diri kita. 



Share This!


13 ulasan:

Papaglamz berkata...

Btul.. Hargai masa..

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

biasa le ...nama pun perempuan.

Nik Wafa Aisyah Mohd Nazri berkata...

biasa le ...nama pun perempuan.

Fidah Shah berkata...

Pompuan memang macam tu...hihi :)

Reena Sidek berkata...

hehehe.. saya tak mcm tu.. kalau lambat pun bukan sbb bersiap...

ANIM berkata...

ooo..akak tak..akak tak.., hihi

paridah berkata...

nak bersiap teliti boleh tapi jgn membuang masa..

muhammad nizam berkata...

kalau dah namanya wanita

Ija Rased berkata...

salam singgah,tq for sharing acik..hihihi

kucha lana berkata...

bertabahlah wahai kaum lelaki..nasib baik bini aku bukan yg jenis makeup tebal2

ahkak gojes berkata...

KG klu nak kuar umah bersiap awal..anak2 kena siapkn awal bru siapkn diri..kengkadang asben yg lambat.. itu pwrlunya pemberitahuan awal oleh suami klu nk kuar..KG klu skrg nk jln skrg nk bersiap..ha..ambik kau masa menunggu lama..siapa suruh tak bgtau awal2

Khir Khalid berkata...

Hahaa.. sbb tu klu lelaki yg lambat.. ada ungkapan.. "lambat mengalahkan perempuan" hehee.. :D

Salmiah Mz berkata...

Good sharing... Muhasabah untuk diri sendiri jugak dalam memperhiaskan diri. Kena berpada2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails