Pengikut

Rabu, 17 Jun 2015

Persiapan Yang Harus Di lakukan Menjelang Ramadhan

ramadhan is coming
Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bertemu di bulan yang mulia ini yeah selesai hari pertama terawih, ahh ramai pula yang bertanyakan amalan-amalan yang harus di lakukan menjelang ramadhan ini, emm tapi setahu acik hanya kita harus siapkan diri untuk menjelang ramadhan. Beberapa saje umat islam akan menyambutnya jadi jadi jom kita ketahui persiapan menjelang ramadhan ini.

1 Muhasabah diri dan membaiki diri

Masa inilah untuk kita muhasabah diri , apa yang kita lakukan ? Apa amalan yang kita buat ? , Ahh masa ini untuk kita kurang pekara yang kurang baik dan pekara yang lagha (pekara yang sia sia) Jadi kita muhasabah diri dan pastikan ramadhan ini lebih baik dari yang lepas.

2. Melatih anak-anak untuk berpuasa, bersedekah dan membaca al quran

Bila tiba bulan puasa inilah bagusnya untuk melatih anak anak, bagilah penjelasan kenapa perlu berpuasa ? apa kelebihan berpuasa ? faedahnya ? dan apa kelebihan jika kita bersedekah ? dan banyakkan ajak mereka untuk membaca al quran.

3. tekad untuk pastikan bulan puasa ini akan puasa penuh

Untuk kaum hawa kita fahamlah jika mereka yang tak mampu puasa penuh. Tapi untuk kaum adam , ada halangan ? pastikan tahun ini puasa penuh ,jangan rompong rompong, kejap puasa kejap tidak, malu dengan budak kecil yang puasa penuh. Pastikan puasa ye, jangan nanti lihat ramai di kedai makan yang bertutup kiri kanan di siang hari.

4 Mempelajari dan Mengulangkaji ilmu tentang puasa

Ahh kadang kita lupa , bagiamana nak niat puasa, apa yang boleh dan tidak boleh , inilah masanya untuk kita caritahu untuk siapkan diri dengan ilmu seperti

  • Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
  • Pekara yang membatalkan puasa
  • Pekara yang boleh mengurangkan pahala puasa
  • Dan segala berkaitan dengan puasa
5. Ramadhan adalah penghapus dosa 

Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)

6 Mengetahui Kelebihan-kelebihan bulan puasa

Ada yang kita tak rasa excited pon nak tiba bulan puasa, ahh masa inilah untuk cuba cari "feel" untuk semangat berpuasa,. Baca fadilat dan kelebihan berpuasa, pastikan kita akan lebih yakin dan siapkan diri . Ingat masihkah ada ramadhan lagi untuk kita lepas ini ? Jangan biarkan ramadhan berlalu begitu saje, rugi besar tau

7 Malam Al Qadar 

Malam Al Qadar atau lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)

Ahh setakat ini dulu pengkongsiaan, jom kita meriahkan ramadhan kali ini agar lebih bermakna, pada rakan blogger semua jom kita lebih beristiqamah dalam penulisan dan sampaikan pekara yang baik baik . Semoga kamu di berkati Allah 



Share This!


4 ulasan:

  1. Yeah betul apa yang diperkatakan oleh acik.. semoga kita telah siap sedia untuk berpuasa esok hari.. Apapun, salam ramadhan kepada Acik dan sekeluarga...

    BalasPadam
  2. SELAMAT BERPUASA RAMADAN SEMOGA MEMPEROLEH RAHMAT YG BERKAT DAN KEAMPUNAN-NYA DI BULAN MULIA..

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat..

    BalasPadam
  4. Salam ramadhan Acik! Semoga ramadhan ni membawa seribu rahmat kepada kita

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails