Assalamualaikum
Masih lagi cabaran 20 untuk entri bulan ramadhan dan hari raya nanti.Alamak banyak yang tertinggal. InshaAllah acik akan cuba laksanakan satu per satu.
Kali ini adalah mengenai pengalaman manis semasa bulan ramadhan adalah ketika pertama kali berpuasa. Di ceritakan oleh mak pada usiaku 6 tahun. Paling tahan puasa setengah hari, cakap dengan mak " Adik nak mati mak sebab tak makan" Tapi paksa suruh buka tapi sekeras-kerasnya menolak sebab ustazah pernah kata kalau kita tak puasa tak boleh masuk syurga.
Jadi mesti puasa penuh, sampai tertido. Sedar-sedar dah magrib dan paling best mak mesti masakan kegemaran ayam kari.
Kenangan manis apabila dapat berbuka bersama sahabat susah dan senang bersama. Paling penting adalah bersama seorang sahabat yang baru sahaja peluk islam dan kisahnya pernah di siarkan di surat khabar the star.
Kenangan paling manis adalah setiap kali puasa pertama acik akan bersama mak. Apapun keadaan akan balik kampung untuk berpuasa dengan mak. Alhamdulilah tak pernah lagi tak berpuasa dengan mak.
Sebenarnya banyak lagi kenangan yang manis, jika di ceritakan boleh jadi novel. Haha jadi bagaimana kenangan kamu pula semasa berpuasa ? Jom ceritakan yang manis-manis sahaja.
11 ulasan:
seronok kan cerita pasai pengalaman berpuasa masa kecik kecik heheheh
PC masa kecik..bila buka puasa saja mesti ada satu botol susu milo atas meja..hadiah puasa penuh..umur 8 tahun kot masa tu..huhu..malunya..
Puasa ni sebenarnya satu memori yangbest! Setiap tahun puasa mesti ada cerita sendiri!
bg akak paling manis bila dpt kumpul semua adik beradik, masak sama² dan berbuka sama²..
Tahun ni..xbrpluang... puasa untuk hari yy prtama, brsama mak dan kluarga... maklumlah..tugas pelajar di medan juang peperiksaan tidak mengizinkn along berbuat demikian
Bila berjauhan dengan family, selalu menunggu-nunggu masa family dapat berkumpul selalunya dekat-dekat nak raya.
thn ni kak ami pon berpeluang buka puasa ngn mak ari2..hihi..Alhamdulillah...
saat berbuka puasa bersama ibu n keluarga pada hari pertama berpuasa mmg detik manis n indah.
nice entry
Selamat berpuasa
Alhamdulillah.. Bulan puasa ni bulan kegembiraan.. Jarang kita dapat berita yang sedih2.. Kecuali orang-orang yang terpilih..
Catat Ulasan