Pengikut

Jumaat, 9 Oktober 2015

Ibu Bapa Pelupa Jangan Memarahi Mereka Layanlah Dengan Baik

Assalamualaikum

Ketika kau masih muda semua hafalan kau ingati.Setiap baris kata senada dengan irama. Jika di tanya soal sirah Nabi dan Rasul pasti kau menjawab dengan penuh hemah menerangkan satu persatu dengan teliti.

Kini dayamu tidak sekuat dulu, tubuhmu semakin lesu berpuluh tahun kau abdikan demu mencari sesuap nasi.

Itulah mereka ibu bapa kita.

Mereka telah banyak bekorban untuk kita dan masa depan kita.

Kini kita telah mampu berdiri dan kukuh dengan kejayaan yang kita ada.Memiliki segulung ijazah/diploma mahupun sijil untuk melayari alam pekerjaan yang mendatang.

Bila mereka sudah berumur, kadang mereka akan berkali-kali bertanya kepada kita pekara yang sama. Contohnya :

Acik esok kerja pagi eh ? 

Ye mak

Pukul 1 petang.

Acik esok kerja pagi eh ? 

Pukul 4 petang

Acik esok kerja pagi eh ?

Pukul 9 malam

Acik esok kerja pagi kan ?

Itulah mak, kadang dia lupa dia dah tanya. Kita sabarlah dan jawablah dengan baik.

Begitulah juga masa kita kecil persoalan kita terlalu banyak tetapi dia menjawab dengan penuh kasih sayang.

Memang kadang-kadang menguji kesabaran tetapi apalah nak di marahkan, dia hanya sekadar bertanya.

Bila kita dah tua nanti, mungkin kita akan lakukan pekara sama. Ianya bukan di sengajakan tetapi ianya secara alami.

Fahamilah keadaan ibu dan ayah kita, hormatilah dan sayangilah mereka sebagaimana mereka sayang kita lebih dari diri mereka.

Share This!


2 ulasan:

  1. Betul tu acik.. waktu kecil kita pun suka tanya banyak kali. tetapi Mak tak pernah nk jemu untuk menjawab kan..

    BalasPadam
  2. PABILA DH LANJUT USIA IBUBAPA KITA YG DULUNYA KUAT SIHAT KINI TLH TIDAK BERMAYA N PELBAGAI KELEMAHAN DIRI ADA PADANYA JADI ANAK2 KENA MEMAHAMI N BERTOLAK ANSUR MELAYANINYA DGN PENUH KASIH SYG...

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails