Pengikut

Isnin, 5 Oktober 2015

Istirehatlah Dari Cinta Yang Salah


Assalamualaikum

Sedang leka aku duduk keseorangan sambil melihat-lihat handphone. Tiba-tiba aku di hampiri seseorang

Aku tension !!

kenapa nie kak ? Sahut ku


Kau tahu aku tension dengan mak cik-mak cik mulut murai tu. Suka hati dia kata aku anak dara tua tak laku. Kadang sedih tau tak, bukan aku tak cuba mencari, puas aku bercinta tapi semua tak menjadi. Masih salah aku ?

Acik : sabar kak, aku faham perasaaan kau.Tapi tak guna kita marah-marah dan mengeluh. Kiranya kita salahkan Allah ?

Kak Lyn : ehh taklah macam itu acik, cuma kadang orang nie melampau sangat. Akak dah cuba sedaya upaya tapi takdir AllahBercinta bagai nak rak tapi dia kawin dengan orang lain.Kali ke dua tu kami bertunang tapi tunang akak meninggal. Ini pun di kirakan ujian kan acik ?

Acik : Betul tu kak, Mungkin Allah biarkan akak single sampai sekarang untuk istirehat dari cinta yang salah. Allah ada perancangan yang terbaik untuk akak. Mana tahu suami jatuh dari langit lepas nie.

Kak lyn : hahaha kan berusaha,berdoa dan tawakal kepada Allah. Hari-hari akak berdoakan dik mungkin banyak lagi yang pwrlu baiki. Terima kasih dik.

Acik : sama-sama

Segala yang sesuatu pasti ada hikmah kadang jawapannya luar dari kewarasan kita.

Jika ada masa boleh baca doa di bawah ini.

DOA MOHON JODOH (UMUM) :
Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiina imaamaa.
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Ya Allah, aku mohon cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, karuniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kebahagiaan / kebaikan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan karuniakanlah padaku keturunan yang soleh.

DOA LELAKI MOHON JODOH :

Rabbi hablii milladunka zaujatan thayyibatan akhtubuhaa wa atazawwaju bihaa wa takuunaa shhahibatal lii fid diini wa dun-ya wal aakhirah
“Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.
Allaahumma inni as-aluka zaujatan hasanatan jamiilatan kaamilatan wa tsabbit qalbahaa iimaanan bika wa birasuulika fid dun-ya wal aakhirah.
DOA PEREMPUAN MOHON JODOH :
“RABBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THAYYIBAN WAYAKUUNA SHAAHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIRAH”.
“Yaa Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.

Share This!


6 ulasan:

  1. memang susah kita nak bentuk persepsi orang terhadap kita kan...bersabar sajalah...Allah penentu segalanya reda n yakin dgn takdir-Nya ...insyaAllah rencana Allah adalah terbaik.

    BalasPadam
  2. Kita tak boleh suruh orang tutup mulut..yang boleh kita usahakan pujuk hati sendiri agar sentiasa bersabar..

    BalasPadam
  3. Allah menguji kita dgn banyaknya dugaan. Salah satunya ujian jodoh. Biasanya jodoh menjadi isu yg sensitif utk dibincangkan. Tapi, harus ingat sesuatu yg baik dan istimewa itu lambat sekali datang (UAI). Yg pnting skg jgn putus berdoa. Semoga kita semua berada di kalangan hamba yg sabar ea. NA doakan semua bertemu jodoh yg trbaik. InsayAllah, amin

    BalasPadam
  4. Allah menguji kita dgn banyaknya dugaan. Salah satunya ujian jodoh. Biasanya jodoh menjadi isu yg sensitif utk dibincangkan. Tapi, harus ingat sesuatu yg baik dan istimewa itu lambat sekali datang (UAI). Yg pnting skg jgn putus berdoa. Semoga kita semua berada di kalangan hamba yg sabar ea. NA doakan semua bertemu jodoh yg trbaik. InsayAllah, amin

    BalasPadam
  5. ada dua soalan sensitif
    1. kerja apa
    2. bila nak kawin?

    hahahahah.

    baca juga: 17 Makanan Paling Berbahaya Di Dunia

    BalasPadam
  6. Allah beri masa nak suruh kita laung dengan mak ayah dulu, jom sangka baik dengan Allah :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails