Pengikut

Selasa, 6 Oktober 2015

Larilah Kejar Taubatmu


Assalamualaikum

Aku sendiri pernah lakukan kesilapan dalam hidupku. Kadang aku sendiri tak sedar kesilapan yang aku lakukan. Aku pernah di pinggirkan, aku pernah tiada sesiapa ketika aku jatuh dan dalam kesusahan.

Aku pernah lalui semua itu, tetapi takkan aku nak salahkan takdir ? 

Itu tak adil kerana kesalahan itu dari diri aku. Sampai bila aku harus menuding jari atas setiap kesalahan ?

Cukuplah itu, kita "reset" semula kehidupan kita. Set kan goal dalam hidup kita. Walaupun kita rasa kita tak salah , walaupun kita rasa kesilapan kita kecil. 

Muhasabah diri..

Jangan terus hanyut dengan ego kita. 

Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan dan tidak ada satu manusia pun pada zaman ini tidak melakukan dosa samada kecil atau besar. Tetapi sesuatu yang wajib kita ketahui, bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan akan mengampuni siapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya kecuali saat matahari terbit dari barat dan saat nyawa sedang dicabut (Rujuk : An-Nisa’ [4] : 18]).

Janganlah berputus asa terhadap rahmat Allah kerana putus asa itu sifat orang kafir. Bertaubatlah terhadap kesalahan yang lalu dan jadikanlah masa akan datang ini masa yang bermanfaat dan masa memperbaiki kesilapan lalu. Mulakanlah hidup baru yang menjamin cahaya kehidupan yang abadi di syurga - InsyaAllah.

Ingatlah antara pesan terakhir Rasulullah saw sebelum kewafatannya;

Dari Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a, katanya tiga hari sebelum Rasulullah saw wafat : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu mati melainkan baik sangka terhadap Allah Azza wa Jalla.” [2451] Sahih Muslim

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada makhluk-Nya.

Share This!


9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita n menerima taubat kita dgn rahimnya...insyaAllah..

    BalasPadam
  3. dosa akan diampunkan, asalkan kita tahu mencari Tuhan :)

    BalasPadam
  4. TAUBAT selagi termampu..
    Selagi hidup, selagi mampu, selagi larat, selagi bernyawa..BERTAUBAT la..

    AM nak ajak..

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM

    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam
  5. semoga taubat kita diterima sebelum kita mati..

    BalasPadam
  6. Betul tu Acik....mana ada manusia tak pernah melakukan kesilapan....

    BalasPadam
  7. betul tu acik... kesilapan tu sebenarnya ada yg mengajar kita utk jd lbh baik...

    BalasPadam
  8. Semoga kita semua sempat submit taubat sebelum ajal mnerpa

    BalasPadam
  9. Bertaubatlah kerana kita tidak pernah tau bila masa dan waktunya kita akan di panggil pulang...

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails