Pengikut

Jumaat, 2 Oktober 2015

Mungkin Hati Kita Dah Lama Kosong

doa

Assalamualaikum

Kadang-kadang..

Allah bagi hambaNya tertekan, stress dan ujian supaya hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.

Mungkin hati kita dah lama kosong. Allah nak kita isi hati semula dengan Quran, zikir, tahajud, doa dan segala amal.

Tapi kadang kita lupa, Allah nak kita buat lebih lagi. Buat amal, amal, amal, amal, amal. Sampai kita dapat rasa kehangatan cinta dengan Allah. 

Dapat menangis, rintih, tunduk dan sujud. Itulah yang sangat nikmat bagi orang beriman.

Dan, kadang kala benda itu kita akan rasa nak buat sungguh-sungguh bila Allah UJI dengan pelbagai aspek.

Wallahi,Kalau kita tengah semangat dan gembira, kita mungkin TAK BERAPA nak rasa untuk buat amal, doa menangis-nangis. Tapi bila diuji, tertekan, stress, masa tu lah kita akan sungguh-sungguh jaga amal dan berdoa sampai menangis.

HARGAILAH DETIK fasa down ni. Hargai detik fasa tengah stress dan tertekan. 

Sebab Allah nak bagi kita kesedaran agar lebihkan SUJUD padaNya meminta ampun dari dosa yang sengaja dan tak sengaja.

Wallahi,Nikmat iman itu kadang akan rasa lebih manis tika kita dan Allah berseorangan diri.Kalau kita tengah stress, serabut dan tertekan, take time. 
Rehat dan Iktikaf di masjis untuk beberapa hari.

IKTIKAF. Cari ketengan di masjid. 
Baca Quran banyak-banyak dan zikir. 
Istighfar banyak-banyak, selawat banyak-banyak. Ucap syukur pada Allah banyak-banyak.

Wallahi. Kita akan rasa tenang. Kita akan tersenyum di saat air mata kita berlinangan kerana Allah.

Selamat mencari ketenangan wahai kawan.

Share This!


6 ulasan:

paridah berkata...

ASSALAM CARI KETENANGAN JIWA DENGAN MENGINGATI-nYA SAMADA DALAM TIDUR MAHUPUN JAGA...

Ohsem Papa berkata...

Benar acik. Kadangkala bila dah terisi hati kita ni, ia mudah goyang pula.
Itu kerana hati kita ini bersifat bolak-balik. Sebab itu, kita kena banyak berdoa kepada Allah untuk kuatkan hati kita kerana Allah sahaja yang mampu menjaga hati kita...kita takkan terdaya.

Nieyl berkata...

Salam jumaat..
Syukur Alhamdulillah...apabila kita sedar akan kekosongan tu...
maka,Allah masih sayang akan kita...Allah memberi peluang untuk kita mengisi kekosongan itu..:)

aswaleyla berkata...

betul acik, time stress solat, doa kusyuk giler. tapi time tak stress tak dapat semua. hehehe. jht pulak rase diri

khaty aiman berkata...

Alhamdulillah syukur kerana di beri kesempatan masih bernyawa..dan di waktu stress itulah selalunya hati kita berdoa dengan bersungguhnya

Jom terjah Ada apa dalam wallet anda | Cabaran7Hari

Eintan Nurfuzie berkata...

selalunya bila dah kosong baru ingat Allah
Jom singgah blog : Nurfuzie.com
Jom jadi salah seorang peserta: Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
dan Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails