Pengikut

Rabu, 4 November 2015

Cukuplah Melihat Bahagianya Dari Jauh


Assalamualaikum

Sedang duduk berbual dengan mak, tiba-tiba mak berkata :

Bila kita susah ketikalah teringin nak pergi melancong ke langkawi, manalah, nak makan nasi ayam penyet la, teringin nak makan dekat nandos la.

Berangan je lebih tapi tak mampu nak beli sebeb tak ada duit. Masa itu muda ada tenaga nak buat apa yang kita suka tapi semuanya tak dapat apa yang kita mahukan.

Tapi masa sekarang dah tua, duit adalah sikit tapi badan ini sakit-sakit , cepat penat, makan tak boleh banyak . Kalau nak pergi melancong pun tak boleh tempat jauh-jauh. 

Itulah dua keadaan yang berbeza, bukannya Allah tak kesian dekat kita tapi Dia tahu yang terbaik untuk kita. Dia sayang kita sebab itu dia mahukan terbaik dan sesuatu yang berkualiti untuk kita. 

Aku hanya tersenyum melihat mak, itulah hidup kita. Masa itu ada kadang kesempatan itu sahaja belum ada, ketika ada masa , tetapi kita tak kuat seperti dulu.Aku faham maksud mak itu.

Hargailah masa yang ada untuk kita.

Demi Allah apa yang aku lakukan semua demi mak. Aku korban jiwa dan raga aku untuk membahagia mak. Aku bahagia bila tengok dia senyum dan suka bila dapat pergi ke tempat yang dia nak pergi.

Cukuplah dia terseksa, cukuplah hari-hari dulu penuh dengan tangisan. Biarlah kini dia senyum gembira dengan anak-anaknya.

Ya Allah ya rahman ya rahim. 

Panjangkan umur diriku, ibuku , adik beradiku serta orang-orang di sekelilingku . Permudahkanlah urusan kami ya Allah, berika  hidayahmu dan jangan biarkan kami jauh darimu ya Rabb.

Share This!


6 ulasan:

  1. touching. Percayalah Allah akan gantikan yg lebih baik

    BalasPadam
  2. Selamat pagi....
    Alhamdulillah....anak yg baik..anak yg soleh...
    Kdg² kita sebagai anak,seboleh dan semahunya sanggup melakukan segalanya untuk mak kita kan..
    Emak tiada pengganti selamanya...
    Cukuplah kesusahan,penderitaan yg pernah dia lalu ketika dahulu..
    kini,tiba masanya kita menggembirakan hatinya..lebih menghargainya...
    sama² kita berusaha untuk menjadika hari² mendatang yg terbaik utk mak kita semua :)

    BalasPadam
  3. n3 acik terbaik ni benar sekali ibubapa kita pabila keadaan mrk dh selesa khdupn mrk ada pula masalah lain utk mrk mnikmati gaya hidup yg mrk abaikan tika muda n anak2 harus memahaminya demi mnggembirakan mrk..

    BalasPadam
  4. Sejuk perut mak mengandung acik. Selagi mak ada, jangan berkira masa, wang dan tenaga. Imoga Allah memberkati kehidupan acik di dunia dan di akhirat

    BalasPadam
  5. Ya Allah
    saya sayang sangat mak saya,
    ampuni lah dosa2 kedua ibubapa kami
    dan juga muslimin&muslimat
    sesama umat islam amin..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails