Pengikut

Sabtu, 28 November 2015

Jangan Hanya Mendengar Cerita Dari Sebelah Pihak



Assalamualaikum

Setiap hari aku berjumpa dengan pelbagai orang, pelbagai ragam ,pelbagai perwatakan yang perlu di hadapi.

Ada ketika menduga, ada ketika buat kita tersenyum. Ada ketika membuat kita penuh dengan tanda tanya. Bila ada pelbagai masalah mendatang buatkan kita diam seketika dan memikirkan apalah yang berlaku.

Bila orang ini cerita itu ini , tidak boleh kita hanya dengar sebelah pihak. Itu tidak adil.Ada sesetengah orang bila orang cerita itu ini cepat percaya dan buat andaian yang negatif. 

Kau tahu man, dia nie buruk perangai dia !! bla bla

Sebarkan cerita tanpa usul periksa.

Hakikatnya kita harus mendengar dari kedua-dua belah pihak. Itulah yang terbaik.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. 

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 


Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Share This!


5 ulasan:

  1. exactly..selalu sangat macam nih..dengar cerita sebelah pihak jer lepas tuh terus percaya..kesian pada sebelah pihak yang satu lagi sebab tak dapat nak bagi explanation..

    BalasPadam
  2. Sebagai peringatan untuk diri ini. terima kasih :)
    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. pilih n tapis apa yg kita dengar...insyaAllah.

    BalasPadam
  4. Selalu kena... Tak pasal-pasal je dipulaukan.. Tapi tak pe, akhirnya orang yang memulaukan tu menyesal sebab dia berpihak pada orang yang salah.. Nasib baik sempat mintak maaf didunia... Kannn... Haahaaa

    BalasPadam
  5. ni macam kes2 yg viral sejak budaya viral jadi penyakit kat Malaysia. semuaaaaa melulu percaya satu pihak terutama kes yg berkaitan dgn perempuan jadi mangsa lelaki. hakikatnya bukan mustahil jika perempuan yg menganiaya lelaki terlebih dahulu.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails