Assalamualikum

Baru nak mulakan hidup setelah bersilih ganti seperti aku ini pastinya mahukan sebuah kereta yang mampu di miliki.Kalau ikut hati nak beli ferarri, mini coper dan sebagainya.

Tapi kemampuan itu belum ada jadi belilah Perodua Axia. Saiz kecil sedikit dari myvi. Ramai yang bertanya kepada aku apa kelebihan axia ?

Pertama : Sesuai untuk orang berbadan besar

Stigma orang terhadap kereta axia size lebih kurang kereta kancil. Salah sama sekali, sizenya lebih kurang myvi sebenarnya cuma cc sahaja lebih kecil. Orang berbadan besar macam acik selesa memandu axia tidak sempit dan ada ruangan yang cukup.

Kedua : Eco System

ECO ini memain peranan sebagai agen untuk menjimatkan minyak. Bila muncul eco berwarna hijau bermakna pengunaan dapat di jimatkankan kebiasaanya akan keluar ketika kelajuan 80 km/j dan 100 km/j.

Ketiga :Penjimatan minyak

Serious pakai axia memang jimat minyak .Kalau isi penuh RM 50 sahaja , macam acik pergi balik kerja perjalanan lebih 20 km. Isi penuh dapat guna untuk seminggu. Kalau di gunakan pergi dan balik sahaja. Sebab pernah cuba dan bergantung juga pada harga minyak semasa.

Keempat : Sistem amaran

Setiap kali jika ada pekara yang kita lupa buat pasti akan berbunyi alarm. Contoh, hand break tak turun habis, lampu depan cuba matikan dan sebagainya. Jadi bila bunyi itu kita akan sedar apa pekara yang kita lupa nak tutup.


 Kelima : Optional (Gear Up)

Gear up ini bagi mereka yang mahukan tambahan seperti spoiler, skirt kiri dan kanan dan tempat duduk leather. Paling penting proses pengeluaran kereta hanya amik masa 1 bulan sahaja jika kereta biasa mengambil masa 3 bulan. 

Setakat ini acik berpuas hati dengan kereta axia. Jika ikut speed pastinya axia agak slow kelajuan 120 km/j baru stabil tapi nak laju-laju nak kemana ?

Kalau untuk lumba acik beli kereta yang lebih laju. Pada acik cukup puas hati dan sesuai dengan harganya.