Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelebihan Kereta Axia Yang Ramai Orang Tak Tahu


Assalamualikum

Baru nak mulakan hidup setelah bersilih ganti seperti aku ini pastinya mahukan sebuah kereta yang mampu di miliki.Kalau ikut hati nak beli ferarri, mini coper dan sebagainya.

Tapi kemampuan itu belum ada jadi belilah Perodua Axia. Saiz kecil sedikit dari myvi. Ramai yang bertanya kepada aku apa kelebihan axia ?

Pertama : Sesuai untuk orang berbadan besar

Stigma orang terhadap kereta axia size lebih kurang kereta kancil. Salah sama sekali, sizenya lebih kurang myvi sebenarnya cuma cc sahaja lebih kecil. Orang berbadan besar macam acik selesa memandu axia tidak sempit dan ada ruangan yang cukup.

Kedua : Eco System

ECO ini memain peranan sebagai agen untuk menjimatkan minyak. Bila muncul eco berwarna hijau bermakna pengunaan dapat di jimatkankan kebiasaanya akan keluar ketika kelajuan 80 km/j dan 100 km/j.

Ketiga :Penjimatan minyak

Serious pakai axia memang jimat minyak .Kalau isi penuh RM 50 sahaja , macam acik pergi balik kerja perjalanan lebih 20 km. Isi penuh dapat guna untuk seminggu. Kalau di gunakan pergi dan balik sahaja. Sebab pernah cuba dan bergantung juga pada harga minyak semasa.

Keempat : Sistem amaran

Setiap kali jika ada pekara yang kita lupa buat pasti akan berbunyi alarm. Contoh, hand break tak turun habis, lampu depan cuba matikan dan sebagainya. Jadi bila bunyi itu kita akan sedar apa pekara yang kita lupa nak tutup.


 Kelima : Optional (Gear Up)

Gear up ini bagi mereka yang mahukan tambahan seperti spoiler, skirt kiri dan kanan dan tempat duduk leather. Paling penting proses pengeluaran kereta hanya amik masa 1 bulan sahaja jika kereta biasa mengambil masa 3 bulan. 

Setakat ini acik berpuas hati dengan kereta axia. Jika ikut speed pastinya axia agak slow kelajuan 120 km/j baru stabil tapi nak laju-laju nak kemana ?

Kalau untuk lumba acik beli kereta yang lebih laju. Pada acik cukup puas hati dan sesuai dengan harganya.


Catat Ulasan

20 Ulasan

paridah berkata…
baguslah acik kalau berpuas hati dengan apa yg dibeli menurut kemahuan kita...berbaloi membeli axia tu.
Unknown berkata…
Tulah beli ikut kemampuan je...kalau mahal sangat...memang payah....makan minum pun kena ikat perut
ummul azkee berkata…
Bru tahu kelebihannya..tahu duduk je sebenarnya..hehe .
Suria Amanda berkata…
cantik..praktikal dan sesuai untuk wanita guna kan....
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

bulanan kereta axia nie pun tak lah mahal sangat kan achik..

mselim3
hilmisidek berkata…
biar kereta murah asal hutang tak banyak
Nurul Shahira berkata…
Yang penting ada kereta, dan nak bayar monthly tak membebankan poket :)
Jimat minyak pun satu bonus :)
Unknown berkata…
dapat berteduh dr panas dan hujan waktu travel dah kira ok dah.. :)
Cik Applemuffin berkata…
Betul.... dah guna 2 tahun..sangat2 jimat minyak... kadang isi RM40 boleh pakai sampai 2 minggu lebih...x sia-sia beli...
Unknown berkata…
Tapi axia saya mcm ada problem ckit..mcm bunyi ekzos pun ada mcm bunyi spring dia pun ada...konfius dgn semua bunyi..mcm bunyi ekzos bocor pun ada..kdg2 rimas nak bawa kreta sebab bunyi dia...
Unknown berkata…
Tapi axia saya mcm ada problem ckit..mcm bunyi ekzos pun ada mcm bunyi spring dia pun ada...konfius dgn semua bunyi..mcm bunyi ekzos bocor pun ada..kdg2 rimas nak bawa kreta sebab bunyi dia...
Unknown berkata…
Utk sebarang pertanyaan mengenai kereta keluaran PERODUA
Boleh call/whatsupp saya 0174821480
Salam kenal dari saya nurul ajen sah perodua (pssb alor setar)
Unknown berkata…
Utk sebarang pertanyaan mengenai kereta keluaran PERODUA
Boleh call/whatsupp saya 0174821480
Salam kenal dari saya nurul ajen sah perodua (pssb alor setar)
ss berkata…
nak tanya..antara myvi 1.3 dengan axia mana lebih bagus
Unknown berkata…
Sama la.. saya pun rimas keta asyik bunyi mcm2.. belum guna 4 bulan..mcm2 bunyi kat dlm keta..
Unknown berkata…
Unknown... Bagi saya axia lebih bagus dari myvi walaupun cc axia cuma 1.0 tapi pemanduan axia lebih bagus dari myvi sbb bagi saya pemanduan myvi terasa sedikit berat dari axia...
ssr berkata…
kereta2 keluaran perodua biasanya mempunyai berat kabin yg lebih ringan dari pengeluar lain..mgkin untuk jimat minyak..biasanya bawah 1000kg..myvi..axia..bezza smua ringan bwh 1000kg..
Jack zai berkata…
Antara axia se dengan myvi x.. mana lebih berbaloi dr segi penyelenggaraan dan keselesaan