Ticker

6/recent/ticker-posts

Mee Rebus Mak Long Resipi Turun Temurun


Assalamualaikum

Siapa pernah makan mee rebus ?

Satu tempat makan yang sedap di kota tinggi hanya di Mak Long Mee Rebus. Keenakkannya menjadi bualan mulut ramai orang. 

Sebenarnya tempat ini menjadi tempat nostalgia bagi kami sekeluarga kerana arwah abah sangat meminati mee rebus di sini.

Tak pelik jika kamu lihat ramai pelanggan cina,india dan tentu sekali pelanggan melayu datang ke sini.



Kalau nak tahu, mee rebus Mak Long la paling dasyat !.Dia punya kuah mee rebus bukan main pekat likat lagi. Ditambah dengan telur goyang yang menambah selera.Selain daripada Mee Rebus, di gerai Mak Long ni juga ada soto mee, soto nasi, nasi lemak ayam, & nasi lemak biasa. Memang Terbaik ! Harganya juga berpatutan.


Lokasinya berada di Kampung Tembioh, jika menghala ke Johor Bahru, selepas jambatan kota belok sebelah kiri (jalan antara hotel appolo & padang). Belok kiri menghala ke sungai & belok kanan. Terus & mata sambil tinjau sebelah kanan, anda akan nampak signboard Mee Rebus Mak Long.

Resepi turun temurun sejak 20 tahun yang lalu, sebelum ini kedai ini di sebelah shell kini berpindah di sini.



Catat Ulasan

10 Ulasan

sitirohaida berkata…
acik,seriously akak mmg tak tau ada mee rebus sedap kat sini..insya allah..nak jugak sampai ke sini nanti..
Fatin Wawa berkata…
sedapnya.. tengok kedaipun dah tahu sedap.. hehe..
Misya berkata…
Alamak terliur pula.. huhu.. If terlalu kawasan sini bolehlah singgah.
paridah berkata…
mee rebus warisan tradisi keluarga ya...tengok pic pun dh terliur..
arzmoha berkata…
nampak menarik ni achik...hai achik...arz singgah sini...:)
Azlinda berkata…
sedapnya



www.azlindaalin.com
Ana Jingga berkata…
nampak kuahnya pun pekat dan pasti sedap ni acik , lama tak singgah sini :)
Unknown berkata…
mak ai...tengok je dah tertelan air liur..hahaha
Sheila Adziz berkata…
yummy... sedapnya.... dah lama akak tak makan mee rebus cam ni...