Pengikut

Selasa, 8 Disember 2015

Perempuan Sekarang Materialistik ?


Assalamualaikum

Balik kerja terjumpa seorang kenalan lama sudah tak berjumpa.Jadi kami pun bersembang setika bersama rakan dan suaminya.

Ain : acik dah kawin ?
Acik : belum lagi, inshaAllah doakan ye.
Ain : memilih sangat kot,itu yang susah.
Acik : Takdelah cuma mungkin bel jumpa jodoh yang telah ditetapkannya.

Fairuz : Tapi susah nak cari perempuan yang baik sekarang.
Ain : Maksud kau ?
Fairuz : yelah rata-rata perempuan sekarang ini lebih kepada materialistik, suka lelaki kaya ,boleh bawa di shopping barang brand.

Acik : Tapi bukan semua macam tu kan  itukan sifat individu,betul tak ain ?
Ain : betul,tapi kadang kala harta itu perlu untuk kami perempuan. Untuk kelansungan hidup dan keperluan harian.

Acik : Tapi bukankah perempuan sekarang yang berdikari, bekerja sendiri?

Ain : Memang betul, tapi lepas tu aku fikir.

dari sudut pemikiran,mungkin ia fikir untuk kebaikan dan masa depan ia jugak.

aku nak tanya soalan,sila jawab dengan jujur dan setelus hati.Elakkan memberi jawapan yang kau rasa akan menjadikan kau seorang manusia yang baik umpama malaikat.

1.Kau adalah perempuan,kau belajar sampai ke peringkat degree or master.kau agak-agak nak tak kau kahwin dengan orang yang takat lulus SPM atau PMR atau tak habis sekolah pun?

2.Kau adalah perempuan,kau mempunyai pangkat pegawai atau setanding dengannya.agak-agak nak tak kau kahwin dengan lelaki yang hanya bekerja sebagai cleaner /cashier ?

3.Kau adalah perempuan,gaji kau sebulan beribu,ribu,ribu.agak-agak nak tak kau kahwin dengan lelaki yang hanya dapat gaji sebulan rm900.

4.Kau adalah perempuan.kau diberi pilihan.

        a) lelaki yang baik tetapi pendapatan sangat tak cukup dan tiada masa depan yang selesa.
        b) lelaki yang baik tetapi pendapatan mampu menanggung keluarga dan masa depan yang selesa.

sebagai perempuan aku percaya semua nak kehidupan yang menjamin masa depan.


Acik: Aku faham apa maksud kau, sekufu atau tidak. Kadang kita lupa rezeki itu Allah yang beri. Jodoh itu juga rahsia tersembunyi untuk kita.Mungkin aku pemikiran kolot tapi pada aku, harta itu memang perlu tapi paling penting kesedian menerima dia sama ada kekurangan dia dan kelebihan dia kerana Allah. Kalau kita berusaha lebih inshaAllah ada, ala macam cerita ahmad albab. Kalau lelaki dan perempuan itu sama-sama berusaha inshaAllah Dia bantu.

Apa pendapat kamu pulak ?

Share This!


5 ulasan:

aswaleyla berkata...

kalau bgi lela lah. lela nak lelaki yang lebih atas dri lela, tak kira lah pelajaran ke agama ke apa. jujur dari hati.

Diya Hanun berkata...

Huhu..susahnye soalan..tp kalau sy, sy nak lelaki yg ada future.. sbb mak suruh cari yang more than myself..humm..kalau dah jodoh kita tak boleh nak cakap apa2..sebab kalau hati tu dah suka..nak buat mcm mana kan :)

Azlinda Azman berkata...

kalau dah jodoh...xle nak kata hehehe

www.azlindaalin.com

Ija Rased berkata...

ASSAlamualaikum acik, lama tak jengah kat sini. menarik entry acik. kak ija terpanggil untuk berkongsi pasal tajuk dan diskusi acik n kawan. untuk pengetahuan acik, kakija ada degree dan my hubby hanya lulusan SPM saje. tidak ada soal sekufu atau tak. pada awal perkahwinan memang pendapatan akak lagi tinggi daripada husband tapi tidak timbul soal siapa banyak atau tidak, kerana apabila dinamakan perkongsian, kita nikmatilah sesama, walau banyak atau sikit. alhamdulilah sekarang husband dah bergelar cheff walaupun hanya SPM. bagi kakija, jangalah meletakkan sekeping sijil itu tiket untuk memilih pasangan, tetapi lihatlah bakal suami itu dengan amal ibadatnya, bila mana ia mampu menjaga solat 5 waktu dan disertakna dengan yang sunat, sudah pasti si dia mampu menjaga kita dengan baik walaupun hartanya tak banyak. sekadar berkongsi

Cik Siti berkata...

kalau cik siti...cik siti nak lelaki yg ada future....yang mana kalau sekarang cleaner, maybe a few years later akan jadi ada company untuk cleaning...tak kesah la masa kenal dia tu kerja sbg apa, kalau ada perubahan dari semasa ke semasa, kira ok la tu...lain la kalau mula2 cleaner, 5 tahun akan dtg pun, still cleaner...tak ada perubahan..so kat sini dah nampak dia mmg tak mau improve diri dia...bukan sebab materialistik ka apa...at least dia ada effort untuk jadikan diri dia better than before....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails