Pengikut

Rabu, 9 Disember 2015

Misteri Kehilangan "Lampu Kelip-Kelip" Menghantui Pemandu Malaysia



Assalamualaikum

Aku antara mangsa keadaan !!

Habis kereta bercalar langgar tebing jalan. Puncanya adalah kerana individu yang tidak bertanggungjawab.Dekat simpang main masuk tanpa beri signal. 

Tahu kereta mewah, cukup husnudzon mungkin signal kereta dia rosak kot.

Pelik susah sangat ke nak bagi signal ?

Tak kiralah ketika nak tukar laluan, nak masuk ke persimpangan ataupun nak potong barisan.

Potong barisan pula, kadangkala berlaku dengan sengaja dan kadangkala secara tidak sengaja.Tapi tak kiralah, dalam 3 situasi yang disebutkan di atas, peranan lampu signal tersebut sebenarnya sangat penting. Kalau tidak, tak kan setiap pengeluar kereta letak 'suis' lampu signal tu kan?

Kepada pemandu yang belum tahu peranan lampu signal, berikut adalah fungsi-fungsinya secara ringkas:
1. Memberitahu pemandu lain niat kita untuk menukar lorong.
2. Memberi persediaan kepada pemandu dibelakang/hadapan untuk memperlahankan kenderaan dan memberi kita laluan.
3. Sebagai adab untuk meminta 'izin' untuk kita masuk ke laluan orang lain.
4. Mengelakkan elemen terkejut pemandu lain yang boleh mengakibatkan kemalangan.


Ini dia yang di gelar signal



Yang tidak tahu di mana letaknya suis lampu 'signal' ini,  ada satu batang atau 'stick' panjang yang terletak berhampiran stereng kereta kamj sama ada di sebelah kanan atau kiri.
Boleh tolak ke atas atau ke bawah untuk menukar kiri atau kanan.

Unik kan ? siap ada berkelip-kelip lagi.Tak pergi pergi cuba sendiri. Selamat mencuba !!




Share This!


3 ulasan:

Normi Nieza berkata...

Good entry

Diya Hanun berkata...

haha..selalu bukan lelaki ke yg tak bagi signal ni? main masuk jeee line2..

paridah berkata...

dh diajar tu kalau xtahu juga ntahlah acik heh..heh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails