Pengikut

Khamis, 10 Disember 2015

Jodoh Kita Adalah Cerminan Diri Kita


Assalamualaikum

Seorang kenalan berkata : susahnya nak cari lelaki yang baik sekarang ini ?


Begitu juga cetusan hatiku susahnya nak cari perempuan yang dapat menerima kekurangan dan kelebihan diri kita. Jika di cari seisi alam pun sukar untuk dapatkan kerana kita terlalu mencari kesempurnaan bukan kesedian menerima seseorang.

Untuk mendapatkan jodoh yang baik bermula dari kita. Jodoh kita adalah cerminan diri kita. Bagaimana pula?

Seandainya dirimu menjaga iman, solat, akhlak dan ikhtilat. In sha Allah jodohmu begitu juga. Seandainya kamu sedang memperbaiki diri, maka jodohmu juga sedang memperbaiki. Nak yang baik, ubah diri kita juga. Mungkin sedang kita leka jodoh kita juga terleka. Dalam kita sedang bermunajat dia juga sedang bermunajat. Bila tiba masaNya telah bersedia maka dia temuikan kita pada masa dan keadaan yang tepat. 

Ada juga di uji melalui ujian dengan bertemu orang salah berkali-kali.


Satu lagi jodoh kita ada refleksi diri kita.Maksudnya ada seseorang itu di jodohkan bertentangan dengan sifat kita.Contohnya si lelaki pendiam tetapi di perempuan suka bercakap. Ada itu perempuannya kuat merajuk tetapi si lelaki kuat sabarnya.

Nampak tak Allah melengkapi kita dengan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. 

Yakinlah Allah adalah sebaik perancangan untuk kita. Dia tahu kadang kita terluka, di sakiti tetapi bersabarlah apabila tiba masa  yang tepat segalanya akan terzahir.

Angin lalu membawa rinduku bertemu denganmu,
terdiam hilang seribu kata,
Wahai kau bakal pendamping hidupku,
bersabarlah,
Pada waktu yang tepat kita akan di satukan,
Aku sedang baiki diriku,
Untuk menjadi lelaki yang terbaik bagimu.

Share This!


8 ulasan:

JAMIL HASHIM berkata...

assalamualaikum singgah petang http://jmbelog.blogspot.my/

paridah berkata...

sudah bertemu pilihan hati ke acik...syukur alhamdulillah.

Wardah Aneesa berkata...

Terubat pula bila baca. Terima Jasin atas nukilan yg bermakna

Wardah Aneesa berkata...

Terubat pula bila baca. Terima Jasin atas nukilan yg bermakna

Daysi berkata...

Amiin.. Mudah2xhan... Jumpa lelaki atau pompuan yg baik baik..

Daysi berkata...

Amiin.. Mudah2xhan... Jumpa lelaki atau pompuan yg baik baik..

ctihajar berkata...

Jom baiki diri...

Mieyza Din berkata...

Alhamdulillah..artikel yg sgt bagus utk dijadikan panduan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails