Pengikut

Sabtu, 12 Disember 2015

Alternatif Memikat Seseorang Yang Kita Suka



Assalamualaikum

Sejak entri jodoh adalah cerminan diri kita bertalu-talu mesej dan email masuk menyatakan dan meminta tips untuk dapat memikat hati seseorang itu dengan seadanya.

Acik tidaklah pakar tetapi dari segi pemerhatiaan acik , bolehlah acik kongsikan sedikit.

Tetapi ingat soal hati ini tidak boleh di paksa kerana ianya kerelaan seseorang menerima kita seadanya.

1. Be your self

Maksudnya kalau itu perangai kita, sifat kita maka kekalkanlah.Tetapi biarlah bertempat, kawallah perangai kita. Jangan tunjukkan ego kita tetapi tunjukkan itulah sifat kita seperti prihatin, penyayang, independent, pandai buat lawak dan sebagainya.

2. Jaga akhlak 

Tahu satu tips yang mampu melumpuh hati lelaki handsome dan perempuan cantik itu adalah dengan akhlak kita. Ianya boleh di pupuk dan di jaga. Bukan kita buat-buat tetapi ianya secara alami. Jaga pergaulan, jaga adab percakapan, solat cukup, jaga perkataan dan sebagainya.

3. Pandai ambil hati orang tua.

Kadang kesilapan sering di lakukan adalah apabila suka seseorang itu hanya kita sukakan dia sahaja dengan keluarganya kita tak suka. Tak boleh macam itu, cubalah kita ambil hati mak ayah berbuat baik .Orang kata kalau nak selamat ambil hati mak ayahnya , mana jodoh kita ada dapat anaknya sekali.

4. Kekuatan doa

Ramai yang menafikan kekuatan doa, sedangkan ianyalah perhubungan antara cinta kita dengan Allah dan manusia. Mana tahu doa kita di makbulkan dapat bersama dengan orang yang sering kita sebut dalam doa. Mana tahukan , Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

5. Pendengar yang baik

Kadang kala kita harus menjaga pendengar yang bagi setiap masalah orang lain. Kadang dia bukan nak penyelesaian sahaja tetapi dia nak ada tempat berkongsi cerita. Muncul keselesaan berkongsi antara kamu dan dia.

6. Percaya pada jodoh Allah

Pekara yang paling penting adalah percaya ketentuan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk kita. InshaAllah ada jodoh dengan orang kita suka maka inshaAllah kita akan bersama. Berdoalah.

7. Siapkan diri untuk menjadi bakal suami/ bakal isteri

Berkahwin ini kita mesti siapkan mental dan fizikal. Bersedia menjadi nakhoda kapal perang ?  Bersiap sedia menjadi co pilot ? 

Kuatkan dari segi pendapatan , jika bercita-cita kawin awal mulalah tabung duit dari sekarang. 

8. Tips pikat lelaki dalam islam. ( bagi perempuan sahaja)

 

Benar. Dasar seorang Islam itu Al-Quran dan As-Sunnah. Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia langit dan bumi.Begitulah juga dengan ilmu mengenal lelaki dan cara memikat tanpa melanggar syariat itu masih luas. Walaupun ia tidak sehebat rahsia khazanah kitab Al-Quran, namun TUHAN telah menjadikan rahsia itu banyak di sebalik seorang manusia bernama lelaki.
Bagaimanakah ilmu untuk memikat lelaki?


Untuk ketahui lebih lanjut Klik sini.


Share This!


6 ulasan:

  1. yg penting ada kemampuan yg diperlukan pasangan yg dipilih n yakin diri.

    BalasPadam
  2. harap orang yang saya suka menyukai saya juga

    BalasPadam
  3. Ramai na yang nak tips memikat hati, memikat orang. Hehe. Tapi itulah, nak memikat & terpikat. Ramai yang selalu lupa kekuatan berdoa. Redha dan serahkan kepada Allah setelah pelbagai usaha dibuat. But then, soal hati & perasaan sukar nak dijangka. May the best man / woman win :)

    BalasPadam
  4. macam mna dgn sy yg msh bglr pelajar ni ? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habiskan dulu pelajaran adik. Dah masuk Universiti nanti, adik akan jumpa macam-macam orang. Time tu adik akan jumpa siapa jodoh adik. Saya dulu pun sama. Time sekolah saya lebih kepada aktiviti lain tak hirau pasal couple ni walaupun teringin dan jeles bila kawan-kawan ada couple. Dari pengalaman saya, dalam banyak kawan yang bercinta masa sekolah, ada dua orang je kawan kami yang kahwin dengan pasangan masing-masing. Yang selebihnya, bertemu jodoh semasa di Universiti atau di tempat kerja. Saya bertemu jodoh masa tahun akhir menamatkan pengajian Diploma dan kahwin selepas 3 tahun bekerja dengan jodoh saya itu. Alhamdulillah, sekarang dah 3 anak.

      Padam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails