Pengikut

Khamis, 21 Januari 2016

Di Halau Di Majlis Perkahwinan Kerana Miskin

kawin mewah
ehsan google 


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebenarnya sampai sekarang acik tak habis berfikir tentang pekara ini, kenapa manusia ini lebih mementing status , pangkat dan darjah seseorang itu ?

Kalau dia kaya, berharga yang banyak mesti di sanjung dan di si miskin mesti di hina ? Adakah penting sangat pangkat dan darjat di mata kamu ? 

Ia acik tahu itu melihatkan usaha dan krebiliti kamu dalam pekerjaan kamu dan bersungguh serta bekerja keras untuk dapatkannya. Tetapi kenapa perlu bongkak dan berlagak?


Sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.



Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.


Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. 


Paling sedih apabila ada kawan ceritakan pada acik,bulan lepas dia ada dapat jemputan ke sebuah majlis perkahwinan anak kawan mak dia,  majlis perkahwinanan yang Grand, biasalah anak orang kaya. 

Ketika di majlis sedang berlangsung, tiba-tiba keadaan jadi riuh apabila keluarga pihak lelaki tidak di benarkan masuk ke dalam dewan utama kerana pakai mereka yang biasa-biasa. Tetapi di leraikan dan di benarkan masuk kerana ramai mata yang memandang 


Tiba dipertengahan majlis tiba-tiba pengantin perempuan menghalau pihak keluarga pengantin lelaki kerana ingin memberi tempat itu kepada tetamu kenamaan.



lalu bangunlah seluruh ahli keluarga pihak pengantin lelaki ke tempat belakang pentas kerana tempat makan sudah penuh masa itu.Boleh dikatakan tiada seorang pun ahli dari pihak pengantin wanita yang melayani pihak lelaki.Bila ke belakang pentas, kawan acik cuba cuba berbual dengan keluarga pihak pengantin lelaki.

Terdengar kata ibu pengantin lelaki :


" kami ni orang susah , anak mak cik kawen dengan orang berada,makcik tak kisah pun kena halau sebab majlis ni pun kami langsung tak keluar satu sen pun sekadar mas kawen je anak makcik bagi, yang lain-lain majlis perkahwinan ni ditanggung oleh pihak perempuan"  

selepas habis majlis tu, memang tak nampak lagi mereka sekeluarga, ada mengatakan bahawa mereka di suruh keluar ikut laluan belakang. 


Ya Allah,hina sangatkah mereka ni sehingga dilayan sebegitu rupa? tanpa tempat duduk ,tanpa layanan apatah lagi makanan disediakan.Astagfirullah macam inilah yang berlaku di  akhir zaman.Bila kaya harta sedikit terus nak layan orang Double Standard.Sudah lupakah bagaimana Siti Khadijah r.a yang kaya raya mengahwini Baginda Rasulullah SAW , lihat bagaimana Beliau melayani Baginda, sedangkan baginda tiada punyai wang harta dan akhirnya siti Khadijah r.a menginfakkan seluruh hartanya untuk Rasulullah SAW berjihad dalam islam.Kita ini siapa nak menghina orang sedangkan kitai ni Allah bagi sedikit harta saja terus dah takabur.Siapalah kita ini kalau nak dibandingkan dengan Siti Khadijah r.a dengan segala pengorbanan beliau itu?

Itulah manusia yang sering lupa diri, Allah beri nikmat sedikit sahaja dah takbur, kalau Allah tarik nikmat tersebut menyesal tak berguna. Beringat wahai sahabat sekalian harta tak menjamin masa depan kita di dunia dan di akhirat nanti.

Share This!


46 ulasan:

  1. Ya Allah..tak berkat majlis tu buat kepada tetamu mcm tu....

    BalasPadam
  2. Speechless... huhu
    semoga kita tak lupa, kaya harta, darjat dan pangkat tu semua dunia je.. huhuhu..

    BalasPadam
  3. Sedihnye kisah ni. Dah jadi adat dunia. Yang miskin di asingkan.

    BalasPadam
  4. Ya Allah.. Smpai cm tu sekali...

    BalasPadam
  5. Sedihnya ~ memang tak patut mereka buat macam tu. Sekarang, yang kaya akan dibangga2kan, yang miskin dihina2kan. Harap mereka terima balasan Allah.

    BalasPadam
  6. ya allah.. sanggupnya pihak perempuan buat mcm tu..
    org cakap kalau dah berkasih dgn lelaki tu, maknanya mestilah berkasih sekali dengan ahli keluarga pihak lelaki.. tak sangka ada lagi manusia macam tu.. sedih membaca..:(

    BalasPadam
  7. Geram pulak dgn pengantin perempuan tu... tak sedar diri yg ada org yg lagi kaya darinya.. Mati pun pakai kain kapan juga.. hina betul perlakuannya...
    Semoga Allah sedarkan beliau & lain2 yg seangkatan dgnnya sebelum segala2nya terlambat... aamiin..

    BalasPadam
  8. Biasa nampak dalam drama je kan...berlaku pula di alam realiti.. Kesian pada keluarga lelaki... Moga Allah bagi petunjuk kepada keluarga perempuan..sehebat-hebat petunjuk.... Wallahu'alam...

    BalasPadam
  9. kesiannya...tapi memang pun zaman sekarang lebih memandang harta benda..miskin kena tindas..ermm..

    BalasPadam
  10. Ada juga kejadian spt ini berlaku...ingatkan dalam drama jer...huhu Dunia2!

    BalasPadam
  11. Allah laknat majlis yg mcm ni.. ain x ingat sumber.. tp ain pnah dgr majlis perkhawinan yg double standard ie. makanan org2 kenamaan lain, makanan tetamu biasa lain adalah majlis yang dilaknat Allah.. Allah tak suke double2 standard ni.. wallahualam

    BalasPadam
  12. antara perkara yang cukup sedih jika berlaku kepada mereka yang hidup miskin..

    Jumpa lagi dan salam ukkhuwah dari admin blog Hero Borneo

    BalasPadam
  13. Teruknya..masih ada lagi ke antara dua darjat di zaman serba moden ni..sanggup betul pengantin lelaki melihat keluarganya dihina. Memang la keluarga perempuan yang keluarkan semua belanja tapi jangan la sombong sangat. Ini juga pengajaran untuk kita, jangan kita double standard tetamu yang hadir. Kalau nak bagi doorgift bagi yang sama untuk semua tetamu, jangan bezakan tetamu kaya atau miskin

    BalasPadam
  14. Kisah tanggang moden nie.. jangan kita derhaka pada ibu bapa.. tak berkat hidup...

    BalasPadam
  15. astaghfirullah...Allah mahtahu segalanya tentang hamba2nya sebab tu diberi garis panduan agar menjcari jodoh yg sekufu...maksudnya sama taraf dari apa saja...kerna Allah tidak mahu hamba2nya merasa terhina...sbb manusia yg dijadikan Allah itu beragam sifat dirinya n xmungkin terubah sifat dirinya dlm semalaman...

    BalasPadam
  16. majlis seperti inilah yang dikategorikan tiada barakah . Majlis utk menjamu org kaya sdgkan hak org miskin ada di situ . Dipermudahkan cerita , inilah kisah si tanggang moden . Semoga ibunya redha utk menjadikan perkahwinan anaknya itu mendapat barakah .

    BalasPadam
  17. ada lagi kisah macam tu di zaman serba moden nie kan...janganlah terlalu berlagak sombong bila dah berjaya..
    tanpa ibu bapa kita,xkan ada nama kita di dunia nie.

    BalasPadam
  18. Speechless..Inilah ujian Allah untuk mereka yang berharta..Kekayaan yang boleh membawa kepada kekufuran..Minta dijauhkan Allah...

    BalasPadam
  19. Assalammualaikum... achik,

    harap2 jika ditakdirkan kita hidup mewah.. doa lah janganlah hati kita dijauhkan daripada mengingatiNya.Amin...

    mselim3

    BalasPadam
  20. semoga bala akan menimpa keluarga pengantin perempuan..

    BalasPadam
  21. ada juga manusia spesis mcm tu kan..langsung tak berkat mjls mcm tu

    BalasPadam
  22. Pihak pengantin perempuan tu, kalau disoalkan balik, sure diorang akan reason kan nak ikut protokol majlis. Pada diorang, majlis mereka perlu perfect hingga tetamu pun perlu ikut kehendak diorang supaya prestige diorang dalam melaksanakan program majlis tu tercapai. Ceh, protokol lah sangat. Kenduri kahwin je pun. Haha

    BalasPadam
  23. Masih ada lagi orang2 macam nie zaman dah moden nie ek... ingatkan zaman p ramlee jer yg macam nie... iskhh3x... tak patut... tak patutt.... anak dia ko nak... keluarga dia ko buangg... si anak pun satu jugakkk... biarkan ajer keluarga ko dibuat sebegitu rupa...

    BalasPadam
  24. ish mcm x patutt je nak halau org sbab x sama taraf.. biarkan satu hari nanti ko akan rasa balik..

    BalasPadam
  25. Assalammualaikum acik..ralat rasa hati..sedih..hiba..syurga anak lelaki tetap pada ibunya..apa pun situasinya..moga anak lelaki dan menantu berharta itu sempat memohon ampun..

    BalasPadam
  26. disebalik apa yang berlaku acik, pengajarannya kahwinlah sekufu. sebagai kakak kepada 7 adik lelaki, kak selalu pesan kat adik2 kak, cari pasangan yang setaraf, yang sekufu .itu adalah jalan terbaik. kes keluarga pasangan tak layan bukan saja pada perkahwinan keluarga berada saja acik, perkahwinan golongan biasa pun sama. depa cuma pentingkan pengantin bukannya keluarga pengantin. kak sendiri ada pengalaman masa ikut rombongan hantar pengantin.

    BalasPadam
  27. jangan lah begitu... tetamu harus dimuliakan walaupun musuh..

    BalasPadam
  28. Allahuakbar...habis tu si pengantin laki biar je family pompuan buat mcm tu? mmg anak derhaka btl..Pompuan mcm tu dia plh jadi isteri hanya sbb kaya?? cnfirm2 lps kawen mmg kne cucuk hidung jelah tu....Kesiannya..sedey sgt2 :-(

    BalasPadam
  29. salam. sedihnya..macam nak nangis sy baca..
    kenapa perlu dihalau begitu sekali..:( :(

    BalasPadam
  30. act pernah berlaku dengan kwn sy sndri...ermmm, famly kwn ajak time majlis khwin, last2x takde kerusi buat kami kat hotel tu di sebabkan tempat duduk khas buat orang yang bersekedudukan tinggi, sadd... :( terpaksa dengan perasaan tahu serba hina diri, balik jer terus,

    BalasPadam
  31. pelik betul lah kan?ada juga hal macam ni..

    BalasPadam
  32. Nauzubillahi min zalik.... sama2lah besederhana...
    itu yang lebih baik...

    BalasPadam
  33. Kahwin dengan orang kaya pun susah jugak. dunia2..

    BalasPadam
  34. Ya Allah...zaman moden macam nie pun ade lagi orang macam tu ke??kalau aku jadi anak dia memang sanggup aku tak kawin daripada melihat keluarga dihina macam tu...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  35. satu perkataan jer saya boleh cakap ---> sedih.....

    BalasPadam
  36. Sedih la macam gitu .. kena macam tu, pasti terguris hati sesiapa

    BalasPadam
  37. Macam dalam drama plak...tergamak pengantin perempuan halau keluarga pihak lelaki.. sedih betul..

    BalasPadam
  38. subhanallah....sedihnyaaaa...kenapa laa macam tu sekali.... T_T

    BalasPadam
  39. Allahu Robbi..sedih ayu.
    hina dan keji perlakuan pengantin perempuan dan keluarganya..

    BalasPadam
  40. ya allah..tak terkata apa-apa..[engntin lelaki tu bengong sangat..diam je..

    BalasPadam
  41. astagfirullah
    subhanallah
    kecian kat family tu kan..

    BalasPadam
  42. Hurmmm..ade jugak manusia cmni..pentingkn harta dan kedudukan...

    BalasPadam
  43. Bodooh...laaa c kaya jeliikk...

    BalasPadam
  44. Berdosa menghalau mak mertua. Anak dia kamu nak, tapi ibu bapa dia kamu tak mahu. Yang si anak pun satu, kalau gini perangai bini kamu, better kamu 'let it go...!!' Ramai lagi perempuan lain di dunia ni. Bukan dia seorang.
    kalau ibu bapa kamu tak restu, kehidupan kamu suami isteri tak akan bahagia walaupun kamu suami isteri tidur di atas tilam yang disususn daripada note RM100 sehingga menjadi tilam.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails