Pengikut

Jumaat, 15 Januari 2016

Tolong Tunai Satu Permintaan Kecil Andai Hari Ini...


Assalamualaikum

Bertemankan lampu handphone di balik kegelapan malam aku termenung sendirian. Genap sudah usiaku ke 26 tahun. Tetapi ceritanya masih sama, kisahnya masih sama aku sendirian bertemankan sang bulan di atas sana.

Bagiku hari lahirku seperti hari yang lain, yang istimewanya ketika inilah mak sedang bertarung nyawa untuk melahirkanku.

Selama 26 tahun ini hari lahirku tidak pernah di sambut dengan majlis hari lahir mahupun kek hari lahir .Pada aku tak jadi masalah tetapi yang lebih aku harapkan doa kamu semua untukku.

Pernah satu ketika dahulu aku ingin sekali mendengar ucapan selamat hari darinya.Tetapi tak pernah kesampaian sehingga akhir nafasnya dia tak akan pernah ingat hari lahir anaknya ini. Takpelah abah, acik dah maafkan.

Aku tak banyak kawan, kawan yang ada ketika senang , ketika dia memerlukan tetapi untuk di gelar sahabat tiada.Berkali jugalah tersakiti.

Aku menaip ini dengan air mataku mengalir bukan kerana sedih tetapi kerana takut. Semakin usiaku bertambah semakin dekat pada kematiaan.Cukupkah amalanku ?

Pada yang membaca entri aku ini tidak ku minta kalian berikan hadiah tapi cukupkan kamu mendoakanku. Setidaknya cukuplah sekadar amin kan doaku.

Ya rab, ketika inilah aku di lahirkan di dunia, perkenankan doaku

Pertama : semoga aku menjadi hambaNya yang selalu dekat denganNya.

Kedua : Semoga aku menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapaku

Ketiga : Semoga di panjangkan umur untuk aku berbakti pada ibuku, agamaku, sahabaku dan orang sekelilingku.

Keempat : Semoga aku lelaki yang baik, suami yang baik dan dapat jodoh yang baik.

Amin ya rabb.

Terima kasih kerana membaca setiap entriku.

Pada mak terima kasih kerana menjadi mak yang terbaik untuku dan acil hargai apa yang mak lakukan padaku.

Share This!


11 ulasan:

paridah berkata...

SALAM JUMAAT HAPPY BIRTHDAY ACIK SEMOGA SHT WALAFIAT, MURAH REZKI, PNJG USIA BERBHGIA SELALU...GEMBIRALAH MENYAMBUT HARI KELAHIRAN DGN PENUH RASA SYUKUR.

Izzati Suhaide berkata...

Selamat hari lahir acik..semoga acik terus tabah dalam menghadapi ujian hidup ini...

Ummul Azkee berkata...

Selamat hari lahir acik

Rahim Aim21 berkata...

Selamat hari lahir acik.... Semoga semua pengharapan dan doa acik termakbul
.

Rahim Aim21 berkata...

Selamat hari lahir acik.... Semoga semua pengharapan dan doa acik termakbul
.

hana hadi berkata...

Amin....

Bisnis Borneo berkata...

selamat bro semoga selalu sukses dan happy selalu good job

anazarin dotcom berkata...

Amin sahabat. Semoga Allah merahmati hidupmu di dunia dan akhirat kelak

anazarin dotcom berkata...

Amin sahabat. Semoga Allah merahmati hidupmu di dunia dan akhirat kelak

Emma berkata...

Amin, selamat hari lahir acik

Emma berkata...

Amin, selamat hari lahir acik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails