Ticker

6/recent/ticker-posts

Malaysia Social Media Week 2016 #MSMW2016



Assalamualaikum

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi masih lagi beri kesempatan untuk hidup di bumi yang sementara ini. Ramai yang bertanya kenapa acik masuk lagi pertandingan Malaysia Social Media Week (MSMW) walhal tahun lepas acik rezeki acik untuk kategori lifestyle. Sebenarnya pertama sekali acik nak ucapkan terima kasih kepada kenalan acik yang calonkan blog acik kerana dia percaya dengan kemampuan blog acik. Kedua sebagai memeriahkan majlis, menang kalah itu adat dalam pertandingan. 

Selainnya ianya adalah untuk mengukuhkan lagi penjenamaan akupenghibur.com yang masuk tahun ke 8. Biarkan ianya menjadi sebutan pengguna sosial dan memberi manfaat kepada masyarakat sama ada duniawi dan akhirat. Acik tak akan pernah putus asa untuk terus bertanding dan membaiki blog ini dari semasa ke semasa. Kali ini acik berubah angin bertukar ke Promosing Blog of the year, harap dapat menambah hati kamu untuk terus menyokong acik. 

Bagi kamu yang belum mengundi blogger pilihan kamu, pastinya kamu memiliki peluang lagi. Cara di sini (klik di sini

Malaysia Social Media Week 2016 #MSMW2016


media sosial adalah sebuah satu keindahan, tetapi ianya juga boleh menjadi penderitaan. Ia adalah satu cara hidup yang menghubungkan segala-galanya di dunia ini dengan lancar dan lebih cepat daripada mana-mana medium lain yang pernah ada. Dengan capaian internet sekarang ianya berkembang dengan pesat dan menjadi medium penyampai yang berkesan melalui media sosial di Malaysia dan juga di seluruh dunia,tidak dapat dinafikan bahawa medium ini adalah kuasa memacu untuk perniagaan, selebriti, pemimpin dan masyarakat secara keseluruhannya. 

Melalui sosial media perniagaan  dapat berkembang, bagaimana selebriti mendapat populariti melalui video, tweet dan sebagainya, bagaimana pemimpin dapat berhubung dengan orang ramai, dan bagaimana masyarakat berfikir dan bertindak segala infomasi yang di dapatkan hasil dengan pengaruh media sosial.

Dalam sidang kemuncak ini, kami membentangkan kepada anda beberapa penceramah di dunia atas, penulis blog dan pemikir media sosial dari pelbagai industri berkongsi amalan terbaik dan pengetahuan mereka dengan penonton. 

Pengamal media  yang juga telah mendapat pengiktirafan dunia dengan kepakaran dan kepimpinan mereka dalam media- sosial menjelaskan kepada kuasa era digital baru ini.

Ia mengambil penonton untuk tahap yang baru!

Bagi kategori blogger award mempertandingkan 9 kategori antaranya best foodie blog, best lifestyle blog dan banyak lagi. Penjurian ada 80% hasil undian orang awam  20 % adalah juri yang telah di lantik.Sebenarnya banyak lagi acara menarik yang ada di dalam program ini. 



Selain dari pertandingan bagi para blogger terdapat juga  slot di mana kamu dapat mendengar dan berjumpa dengan speaker terkemuka di dunia  serta mereka yang sangat di segani di dalam media baru ini iaitu media sosial. Bukan itu sahaja, malah terdapat pakar-pakar dari pebagai industri yang turut sertai untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka. 

Untuk daftar untuk bertukar pendapat dan mendengar idea dari pengamal media di serata dunia boleh daftar di sini 

Di sin acik sertakan sedikit tentative program yang akan berlangsung selama 4 hari. 


Di mana terdapat speaker termuka untuk kali ini antaranya : 



Selain itu ada twitterthon yang akan jelaskan di kemudian hari.Akhir kata dari acik, jangan pernah berundur sebelum mencuba, pengaruh media baru ini amat kuat sekali ianya memang memberi impak yang positif jika melakukan pekara positif. Pastinya dapat mengenali blogger yang lebih otai dan lebih berpengalaman .




Catat Ulasan

7 Ulasan

Khir Khalid berkata…
Assalam Acik... semua insan2 yg hebat. Acik pun mmg seorang blogger yg hebat. Semoga terus sukses dan menyebarkan kebaikan buat semua... aamiin... :) :)
Pakcu berkata…
wahh....best nye, apa-apa pun tahnia ya, semoga acik menang pada tahun ni, saya vote utk acik.....hihihihi jika sudi jom singgah ke blog saya juga...www.keladionline.com
Kakzakie Purvit berkata…
Ya Allah... boleh kakak tak tahu hal ini tau Acik kalau tak baca N3 Acik ni
All the best ye:)
nuqudnabawi.com berkata…
Semoga acik terus istiqamah berkongsi ilmu di blog ini sampai bila2..

Bittaufiq wan najah!=)
nuqudnabawi.com berkata…
Semoga acik terus istiqamah berkongsi ilmu di blog ini sampai bila2..

Bittaufiq wan najah!=)
paridah berkata…
TKSH PERKONGDIANNYA BARU TAHU NI...