Pengikut

Selasa, 29 Mac 2016

Adakah Dia Jodoh Terbaik Untukku ?


Broken heart -akupenghibur.com

Assalamualaikum

Duhai kau bakal pemaisuriku,
Jangan kau gundah, jangan kau ragu,
Aku di sini setia menantimu,
Hanya masa memisahkan kita,
Bila tiba pada waktu dan keadaan yang tepat
Kita bersua demi cinta yang halal

Hati selalu bertanya siapa dia yang akan bertahta di hati ini ? Siapa pemilik tulang rusuk kiri ini ?

Tetapi hingga kini tiada petunjuk  lagi. Umur makin bertambah, orang bertanya " bila nak kawin ?  Bila nak kawin ?

Aku hanya mampu gelak, tapi otak ligat memikir. Ada mulut-mulut jahat kata "
Dia tu gay kot ! 

Nauzubillah, aku masih straight , Suka pada perempuan. Sabarlah mak cik oi.

Pertemuan pertama kali aku dengannya buatkan seolah waktu terhenti seketika. Aku terpegun melihatnya. Bukan kecantikannya ku lihat tetapi budi bahasa sangat baik. 

Dia seorang gadis yang lemah lembut dan lembut percakapannya. Dalam hati aku berdoa :

"Ya rab, jika dia jodohku maka kuatkan ikatan jodoh kami"

Nampaknya ada respond yang baik darinya. Dari sehari kami berkawan tak sangka sudah 5 bulan, cepat masa berlalu. 

Aku selesa dengannya, dia gadis yang sedap mata memandang. Bila dengannya aku tenang. 

Setiap kali aku kata, dia sudah berpunya sekeras-kerasnya dia menafikan.

Hati bagaikan berbunga-bunga. Mungkinkah jodoh yang tepat aku temui ?

Aku mula berbincang dengan mak tentangnya.Mak pun seolah green light bright pada aku. Hatiku bertambah girang. Yeah aku nak kawin !!

Tapi entah mengapa hati ini ada keraguaan tentangnya. Kenapa ye ? Kenapa ? 

Malam itu aku buat istikarah untuk tenangkan hati ini yang kadang ragu. Aku tidak memain untuk kali ini.

Aku tekad untuk bertemu dengan ibunya tanpa pengetahuannya. Ya rab ujian apakah ini ?

Rupanya dia tunangan orang, hati ini gundah, sedih, kenapa dia berbohong pada aku ? 

Aku sudah bersedia, aku berjumpa dengan tunangan dia. Rupanya mereka sedang bermasalah dalam perhubungan ini. Aku datang mengisi kekosongan hidupnya.

Sekali lagi aku di uji, sakit itu semenangnya tapi aku tiada pilihan.

Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu

Dia lebih maha mengetahui segalanya. Aku yakin dengan jodohnya. Penantian aku tidak sia-sia. InshaAllah kita akan berjumpa bakal pemaisuriku.


Share This!


3 ulasan:

Maisarah Humaira berkata...

InsyaAllah akan jumpa pada masa yang tepat. Allah sebaik-baik penentu walaupun manusia dah plan yang terbaik untuk sesuatu perkara.

tarmizi berkata...

semoga hidup acik dipermudahkan. nak tau dia ikhlas dengan kita senang je. acik kena mulakan dulu.

HAFIZI GUNADI berkata...

salam bro, kalau Allah tidak berkehendak jodoh pada usia yang kita rasa kita dah bersedia,..sebenarnya kita masih tidak bersedia lagi..Dia lagi mengatahui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails