Pengikut

Rabu, 30 Mac 2016

Bila LeLaki Masuk Dapur : Satay Ayam Goreng


Assalamualaikum


Nak Masak apa hari ini acik ? 


Okay mak kita masak lain dari biasa, jom masak satay ayam goreng. 


Ok set !!


Jadi kami anak beranak cari bahan-bahan untuk masak satu hidangan yang ringkas. Sedap dan mudah untuk lakukan. Jadi acik sertakan seperti di bawah. 


Satay Ayam Goreng


bahan-bahan : anggaran
  • 1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil atau diambil isinya sahaja)
  • air asam jawa secukupnya
  • gula perang secukupnya
  • garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
  • 10-12 batang serai 
  • 1 1/2 inci halia
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu makan ketumbar - disangai (boleh juga menggunakan serbuk ketumbar)
  • 1/2 sudu makan jintan putih - disangai (boleh juga menggunakan serbuk jintan)

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
  2. Perapkan semalaman atau sekurang-kurang 2-3 jam.
  3. Sediakan minyak untuk goreng terendam.
  4. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga keemasan.
  5. Tambahan :kalau nak sedap bahan rempahan yang di perapkan tu boleh jugak di gorengkan bersama ayam 

Kuah Kacang


bahan-bahan :
  • 500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- 
  • gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
  • 2 batang serai (diketuk)
  • minyak masak (lebihkan sedikit)
  • air secukupnya
bahan-bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • sedikit ikan bilis
Cara-cara :
  1. Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
  2. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
  4. Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak. 
  5. Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
  • jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak. 
  • kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa  dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.
Ternyata memang sedap dan mudah, dan simple .Kalau ada masa boleh cuba yer ^_^



Share This!


8 ulasan:

  1. hishh..terliur gua..nk kene belajar nih!!...

    BalasPadam
  2. adushhhhhhhhhh..ne yg buat nak try ne acik oi....

    BalasPadam
  3. adoi sedapnye....
    masak sendiri mmg puas berbanding beli luar..

    hehe... jum ke blog meow.. hehe

    BalasPadam
  4. saya terliur :)
    awak pandai masak !!
    sanagt teruja sbb saya tatau masak ..
    CONGRATS ... hihi

    BalasPadam
  5. Baru 2 hari lepas makan sate, tp agak kecewa sebab balik rumah tak boleh makan pun sebab keras

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails