Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Menggelarkan Seseorang Dengan Gelaran Yang Buruk


Assalamualaikum

Sesiapa pun pasti tidak suka di gelarkan dengan gelaran yang tidak baik. Kadang soal rupa paras, saiz badan mahupun fizikal yang lain menjadi seseorang itu seolah jadi bahan ejakan.

Wei gemuk hitam !
Si buruk rupa !
Woi papan bergerak!

Macam-macam lagi, sekarang ini keadaan semakin teruk di mana orang kita lebih terbuka terutama di laman sosial dengan sifat menghina, memaki hamun sesama manusia .Kadang ianya tanpa usul periksa dsn mengelarkn seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya macam ini tidak elok dan budaya jahiliah dan di tegah oleh islam. 

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

Ada juga antara kita kafir mengkafirkan satu sama lain. Tak eloklah, kitakan di jadikan Allah dengan sebaik kejadian , maka gunalah dan sebarkan kebaikan sesama insani.

Berfikir dulu sebelum berkata, pertimbangkan bagaimana kalau orang gelarkan kita dengan macam-macam panggilan. Apa kita rasa ?

Sedang lalu di jalan, rakan menegur.

Woi gemuk kedempol, hitam pulak tu nak pergi mana ? 

Apa yang awak rasa ? 

Sakit hatikan, jadi janganlah buat seperti itu. Kecantikan dan kecantikan itu bersifat sementara.

Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya : " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "

Kadang kita pun tak perasan, dalam bergurau ada kasarnya. Acik menaip ini mengingatkan diri sendiri untuk lebih berhati-hati dalam percakapan mahupun dalam gurau senda.

Catat Ulasan

2 Ulasan

At-Tarmizi berkata…
betul...kita tak suka orang umpat kita,janganlah kita umpat orang lain =(
paridah berkata…
menggelarkan seseorang dgn gelaran jelek mcm mengumpat juga...berdosa besar tu elok elakannya.