Ticker

6/recent/ticker-posts

Program Perkahwinan Percuma Untuk 16 Pasangan Terawal Dari Keluarga Kurang Kemampuan #GPStojannah


Assalamualaikum 

Masih tak boleh move on dari kes hantaran 15 K? . Jangan di panjangkan cerita ambil ianya sebagai pengajaran kita bersama. Ianya mendidik kita untuk bersederhana dalam segala hal yang kita lakukan.

Siapa yang nak kawin tetapi ada masalah kewangan ? 

Ini ada satu jalan penyelesaian untuk permudahkan urusan kamu. Di ambil dari facebook GPS to Jannahsisi. 

#GPSToJannah adalah sebuah program amal yang di anjurkan oleh XRow Events dengan kerjasama UiTM Puncak Alam. Rakan penaja kami memberikan perkhidmatan tanpa sebarang kos dan barangan. 

Inginkan perkahwinan anda ditaja?

Pendaftaran percuma dibuka untuk 16 pasangan terawal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Dengan kebenaran dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
1. Urusan pernikahan dibawah pengurusan JAWI 
2. Menyediakan pakej perkahwinan termasuk pelamin, baju perkahwinan dan make-up
3. 1 kek kahwin untuk semua pasangan
4. Hantaran senaskah Al-Quran untuk setiap pasangan
5. Jemputan 28 ahli keluarga untuk 1 pasangan
6. 1 meja VIP untuk keluarga pengantin 
7. Kad jemputan untuk para tetamu
8. 1 jurugambar untuk setiap pasangan
9. Gambar pernikahan dan persandingan dalam bentuk CD
10. Beg cenderahati untuk ahli keluarga 
Sila hubungi unit bantuan perkahwinan, Baitulmal Maiwp, tingkat 4 (03-26175275/ 5262/ 5244)

Acik lihat acara seperti ini baik sekali di anjurkan dan acik ucapkan tahniah kepada pihak Uitm dan pihak yang bekerjasama.

Dari penilaian acik ianya masih di peringkat awal lagi. Kesudian pihak korporat mahupun pihak persendirian untuk menjana keperluan majlis di ini alu-alukan. 

Keperluan penajaan pihak GPS di perlukan : 


1. Kami memerlukan dana RM 3500 bagi menampung perbelanjaan satu pasangan Asnaf (Memerlukan 16 penaja)

Perbelanjaan dari segi: -Makanan
-Jurunikah + Saksi
- Pelamin Nikah
- Tekstil pengantin


2. Kami memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi menampung kos Penyewaan Dewan Program. Segala sumbangan, sama ada besar atau kecil, kami terima dengan besar hati. Tajaan barangan juga di alu-alukan.


3. Kami memerlukan penajaan pakej percutian le gkap bagi 16 pasangan pengantin GPS to jannah.


4. Kami memerlukan penjaan cenderhati sebanyak 1000 kuantiti untuk para tetamu.

Untuk tajaan boleh hubungi :

Syaby- 018 460 3031
Shela - 013 417 4804
Azie - 011 28003566

Untuk program yang baik mari bantu mereka untuk menjayakan program ini. Untuk maklumat lebih lanjut ke facebook GPS to jannah. klik di sini

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
wah..ok sangat ni bagi yang tak mampu..siap ada percutian tu..
Fidah Shah berkata…
Memudahkan urusan orang yang nak buat benda baik....sememangnya satu usaha murni
Nadratul Syazwana berkata…
Ya Allah, bagus sangat sangat program macam ni. At least dapat mengurangkan beban orang yang nak kawin. Zaman sekarang ni susah sikit..
paridah berkata…
insyaAllah moga hasrat murni ini sukses jua.