Pengikut

Jumaat, 1 April 2016

Tajamnya Kata-Kata Membuatkan Luka Di Hati Lebih Pedih Dari Luka Fizikal


 Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini,ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Seperti biasa hari jumaat acik akan siarkan kisah-kisah tauladan untuk kita bersama mengambil manfaatnya. 

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. ‘Untuk apakah paku-paku ni ayah ?’ tanya pemuda tersebut. ‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu’ jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku pada tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah walaupun sekali.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari dan akhirnya ia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ‘kamu telah melakukannya dengan baik,anakku tetapi lihatlah kesan lubang2 di tembok batu tersebut.

TEMBOK ITU TIDAK AKAN KEMBALI SEPERTI SEBELUMNYA. BILA KAMU MELAKUKAN SESUATU ATAU MENYATAKAN SESUATU KETIKA MARAH, IANYA AKAN MENINGGALKAN KESAN PARUT DAN LUKA, SAMA SEPERTI INI. KAMU BOLEH MENIKAM SESEORANG DENGAN PISAU DAN MEMBUNUHNYA.

Tetapi ingatlah beberapa kali kamu memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka dihati lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Sahabat yang sejati akan membawa kamu ke arah kegembiraan dan kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.’

Maafkanlah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita…

Memang senang ungkapkan dengan kata-kata.. ‘Maafkanlah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita tapi mudah ke untuk memaafkan seseorang itu…’

Hatiku banyak kesan lubang. Kesan daripada paku-paku yang orang lain tinggalkan. Kadang-kadang ada kesempatan untuk membalas tapi tidak pernah terlaksana. ‘Apa perasaan anda jika anda berada ditempat saya?’ soalan itulah yang selalu aku fikirkan setiap kali aku nak buat tindakan yang melulu. Fikirkan semula, buat apa bertindak bodoh seperti mereka? Jika kita membalas apa yang mereka lakukan pada kita, bermakna kita pun sama seperti mereka. Masa itu, hati memang sakit. Hanya Allah yang tahu.Kadang-kadang aku jadi makin tak faham.Kebenaran ada didepan mata mereka tetapi butakan mereka atau hanya berpura-pura tidak nampak ? Sabda Rasulullah, “Kepimpinan itu adalah amanah dan pada hari akhirat kelak boleh jadi kehinaan dan penyesalan. Kecuali bagi orang yang menerimanya dengan cara yang hak serta menunaikan kewajipan yang terpikul diatasnya.” ALLAH itu MAHA ADIL.

Share This!


25 ulasan:

  1. alhamdulillah masih bernafas jugak...Amin...

    BalasPadam
  2. setuju acik..bila kita marah,kita selalu tak sedar apa kita cakap..huhu

    BalasPadam
  3. salam jumaat ALLAH ITU MAHA ADIL MAHA PENYAYANG....

    BalasPadam
  4. salam jumaat, betul tu. kekadang kita tak sedar apa yg diucpkan bleh mnyakitkan hati org lain, nk ucpkan kata maaf memang snang, nk hilang rasa sakit hati tu susah, jdi haruslah blajar mngawal kmarahan..=)

    BalasPadam
  5. salam. sy maafkan dengan ikhlas :)) salam jumaat acik..hehhhe sy share ini dekat facebook ye :))

    BalasPadam
  6. besttt,,! kadang2 luaran orang tu namapk biasa je, sabar dengan segala kemarahan kita dan diam, tapi pasti ada sedikit di hati dia terasa, fikirkanlah perasaaan orang lain.

    BalasPadam
  7. i'm sorry :( ..luka di hati akan terkesan buat selama-lamanya..

    BalasPadam
  8. Akak pernah dengar kisah nie dik.
    Saling lah memaafi..
    Kerana maaf itu lebih indah dari dendam

    BalasPadam
  9. Salam jumaat. Thanks atas perkongsian kisah teladan. Betul tu. Luka di dalam sukar sembuh dari luka diluar.

    BalasPadam
  10. Good sharing acik... bila idah fikir2 semula... rasanya sehingga ke hari ini tiada lagi orang yang tidak boleh idah maafkan dalam dunia nie lagi... harap2 biarlah ianya berterusan...

    BalasPadam
  11. perkongsian yg menarik,,,banyak pengajaran,,,

    BalasPadam
  12. Mmg betul tu Acik.. luka di hati mmg sukar utk diubati & boleh memakan diri jika tak dibendung. Mohon maaf sekiranya saya ada membuatkan hati Acik terluka sepanjang perkenalan & persahabatan ini ye. Semoga Allah swt memberkati kehidupan & jalinan persahabatan kita semua... aamiin..

    BalasPadam
  13. Orang yang meminta maaf adalah orang yang kuat..orang yang memaafkan adalah orang yang lebih kuat.. jemput kritik apa yang perlu ye :) > stanzaku

    BalasPadam
  14. Meminta maaf dan memaafkan adalah sebaik-baik manusia...Walaupun masih ada parut tapi sekurang-kurangnya ia tak merebakkan...

    Salam 7 Ramadhan Acik..

    BalasPadam
  15. bukan senang nk jd pemaaf...even nk maafkan diri sendiri

    BalasPadam
  16. kesan lubang luka di hati memang susah nak hilang apa yang saya buat.. adalah dengan fikir secara positif bahawa Allah menguji hamba yang di sayangi. Semakin banyak orang sakitkan hati saya itu tandaNya semakin banyak kasih sayang Allah pada saya.

    BalasPadam
  17. husna jenis yg cepat marah jugak..
    rasa bersalah dengan mereka yg husna dah pernah kecikkan hati..:(

    BalasPadam
  18. Terima kasih..menarik cerita nya..emm walaupun susah, maaf tu tetap kena maaf juga.,.

    BalasPadam
  19. Dendam dalam hati dah bernanah :) nak maafkan... terasa makin sakit... semoga hati ini redha memaafkan mereka dan mereka :) salam singgah dari saya..

    BalasPadam
  20. Luka dihati.. Bekasnya xkn hilang...

    BalasPadam
  21. Walaupun luka dihti telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada
    Wallahuallam

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails