Ticker

6/recent/ticker-posts

Maaf Jika Ada Terasa Di Setiap Entri Dalam Penulisan Di Blog Ini



Assalamualaikum

Maha Suci bagi Allah ,Tuhan mentadbir seluruh alam ini. Hanya Allah tahu hati ini saat ini gembira bercampur sedih. Bila dapat email dari seseorang yang tidak di kenali rasa termanggu dan tergamam sekejap. Ya rabb rupanya dalam penulisan aku ada yang terasa. 



Terima kasih kepada penghantar email kerana berterus terang dengan apa yang telah di lakukan. Aku tak marah pada dia, kerana itu apa yang dia rasa dan acik dah maafkan perbuatan dia. 

Acik juga minta maaf kepada sesiapa sahaja yang ada terasa dalam penulisan acik dan juga apa yang acik kemaskini di laman sosial. Kamu perlu tahu 3 pekara kenapa acik kongsikan kisah-kisah untuk tatapan di blog acik .

3 Sebab  : 

1. Tugas sebagai seorang mukmim untuk saling memperingati satu sama lain.
2. Acik perlu lalui liku yang berduri tiada siapa ambil tahu jadi acik ingin menjadi peneman kepada mereka yang memerlukan semangat.
3. Acik pernah kemurungan berpanjangan untuk bangkit baiki diri acik kongsikan di blog ini untuk mereka yang memerlukan.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.” (Riwayat Al-Bukhari)
sampai walau satu ayat
Penjelasan hadis:

Sampaikanlah tentangku walau satu ayat: Ayat yang dimaksudkan merangkumi kedua-dua ayat Al-Quran dan juga Hadis.
Hadis ini menunjukkan saranan supaya kita menyampaikan ilmu tidak kira banyak ataupun sedikit, asalkan ia ilmu yang dipelajari dari Al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Dalam ertikata lain, jangan kita tahan sehingga kita mencapai maqam tertentu, atau maqam ulama mujtahidin baru kita boleh berdakwah. Itu bukan syarat.
Sebaliknya, apa ilmu yang kita ada, asalkan kita telah pastikan dan yakin akan kebenarannya bersama dalil daripada Al-Quran dan Sunnah, maka menjadi kewajipan atas kita untuk menyampaikannya kepada orang lain.

Niat acik hanya satu untuk sebarkan ilmu Allah melalui kisah tauladan yang berlaku di sekeliling acik .Allah lebih mengetahui niat acik, InshaAllah acik akan lebih berhati-hati dan lebih lembut dalam penulisan acik.

Andai kata apa yang taip itu ada silap maka tegurlah, acik sedia terima kritikan. 
Jika ada benci ikutilah perkembangan hidup acik dan boleh mesej terus dengan acik .Acik terima dengan hati yang terbuka. 

Sekali lagi acik minta maaf jika ada terasa hati dengan acik. 



Catat Ulasan

16 Ulasan

Siti Yang Menaip berkata…
bagusla sama2 baiki apa yang patut.. kdg mmg tepkir gak.. takutnya orang salah faham apa kita tulis. tp mudah2an takla.. insyallah. semua baik2 saja lepas ni.. =)
Unknown berkata…
in shaa Allah semoga yang baik2:)
Pakcu berkata…
mati tidak diketahui bila...jadi baik cepat2 minta maaf jika ada kesilapan...entri yang baik dan kreatif....
Azlinda berkata…
Allahuakbar...moga achik sentiasa do lindungi olehnya
RahimAim1 berkata…
Alhamdulillah..kebenaran dan kejujuran terserlah jua... Tahniah buat si penghantar email kerana terbuka hati untuk berlaku jujur.... InsyaAllah, selepas ni, kehidupan si penghantar email akan lebih tenang berbanding yang sebelumnya... Semoga Allah beri ketenangan buat insan tersebut...
Rozita Ceritaita berkata…
memang selalunya apa yang kita tulis disalahfahami.. apa yang penting perasaan ingin berubah dan bersangka baik..

akak sangat kagum dengan apa yang acik lalui.. semoga semangat acik lebih kuat selepas ni..
Rozita Ceritaita berkata…
memang selalunya apa yang kita tulis disalahfahami.. apa yang penting perasaan ingin berubah dan bersangka baik..

akak sangat kagum dengan apa yang acik lalui.. semoga semangat acik lebih kuat selepas ni..
Suria Amanda berkata…
kadang2 niat kita baik tapi di salaha erti oleh orang...hati2 Acik...kita tak tahu niat org tapi akak respek dengan pengomen tu..dia mampu berterus terang...sihir bukanlah jalan terbaik...jauhkanlah...
mila berkata…
Allah Maha Besar...mujur Allah bukakn pintu hati dia agar xberbuat jahat dgn menyihir org....
kimchaa berkata…
Moga Allah jauhi kita dari hal hal yang tak sepatutnya.
PCL berkata…
Huh sampai bersihir sihir apa la kan, tp alhdulillah dia cepat sedar dan mohon maaf. Ginilah.. kita kena berhati2 dlm menyampaikan wakau dlm kebenaran. Moga acik terus 'memberi' dan memberi utk kebaikan.
zulkifli Mohamad berkata…
sabarlah tuan,pasti ada hikmah
Unknown berkata…
kadang kita menegur pun, kita yang kena balik..hmmm
Sally Samsaiman berkata…
semoga kita lebih peka dimasa akan datang...harapnya lepas ni pembaca lebih bersikap terbuka sebelum membuat sesuatu perkara
Bonde Zaidalifah berkata…
Alhamdulillah... syukur kerana menjadi seorang insan yg mudah memaafkan kesilapan orang lain. Kene ingat perbuatan yang jahat akan di balas jahat.. cuma masa tu cepat dan lambat sahaja.
Unknown berkata…
SINGGAH PETANG ~http://jmbelog.blogspot.my/