Ticker

6/recent/ticker-posts

Pukul Isteri Cara Mendidik Isteri Bila Lakukan Kesalahan ?


gambar hiasan 

Assalamualaikum

Ramai yang sebaya dengan aku dah move on ke satu tangga ke atas iaitu ke alam perkahwinan dan ramai dah sudah mempunyai anak.

Tapi bila tanya aku soal perkahwinan ?

Aku hanya mampu diam, diam aku mempunyai maksud yang mendalam kerana aku takut ke alam perkahwinan.

Memang betul, kawin itu indah dan ada orang jaga makan minum kita tetapi sebagai lelaki tanggungjawab kita besar. Paling penting aku takut sebab berdasarkan keadaan sekeliling aku dan mata ini melihat banyak hati yang terluka dan air mata mengalir kerana kita lelaki kurang baik melaksanakan tugas sebagai suami atau ketua keluarga.

Aku bukan nak cari salah siapa, tetapi pada aku ianya satu tindakan yang salah kita sebagai lelaki selalu buat.

1. Cara didik isteri.

Mungkin ada silap isteri kita, dia pun manusia biasa. Jika kita rasa apa yang dia salah itu tegurlah, bawa berbincang. Bukan kita ikutkan marah kita sahaja. Pukul mereka dengan alasan mendidik isteri. Belajar dari mana tu ?

Tumbuk dia, sepak teranjang dia, adil ke kita buat begitu pada isteri yang menjaga makan minun kita.

An-Nisaa, ayat 34:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh keranaAllah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Ada yang menggunakan alasan pukul sebab didik isteri ? 

Suami tidak boleh memukul isteri. Pukulan yang dibenarkan hanyalah sekadar mendidik sahaja tanpa mencederakan serta tidak menjatuhkan maruah isteri. Pukulan berbentuk mendidik ini adalah senjata terakhir yang boleh digunakan setelah semua jalan lain gagal iaitu dengan memberikan teguran baik dahulu kepada isteri kemudian memboikot tempat tidur.

Pukulan yang di maksudkan bukan pukulan seperti bergaduh dan bertumbuk dan tidak boleh di bahagian muka, kepala sehingga memudaratkan. 

2. Bergantung penuh pada isteri

Kadang acik sendiri tengok lelakinya buat tak tahu semua pekara di serahkan 100 % isteri.Soal anak, soal keperluaan sebagainya. Di kedai makan, anak ada 4 orang, isteri duk melayan anak makan .Sorang menangis, yang bayi nak susu suami selambe dek makan. Bila dah habis makan ajak balik. Isteri ? 

Mereka beranggapan aku lelaki dan suami jadi segala hal berkaitan keluarga adalah tanggungjawab isteri.Lebih elok kalau suami isteri sama-sama jaga anak dan sama-sama laksanakan tanggungjawab.

3. Main kayu 3

Pantang nampak dahi licin sikit habis semua nak pikat. Kerja tak tetap ( terasa sendiri) , pendapatan tak seberapa tapi sibuk nak kawin 2,3. Katanya nak ikut sunnah padahal banyak lagi sunnah lain yang boleh di amalkan. Kesianlaj dekat anak isteri di rumah.Mereka setia dengan kita, takkan kita nak hancurkan kepercayaan mereka.

Acik tulis sedikit dulu, mungkin ada yang setuju dan ada yang tak setuju apa yang acik bawa. 

Kau tak kawin , kau tak tahu apa yang aku alami acik !!

Ye , aku tahu itu , tapi apa guna Allah bagi kita 9 akal itu jika tidak dapat fikir menggunakan kewarasan kita ? 

Kita lelaki senang masuk syurga , jika kita mengikuti ajaranNya. Kita senang masuk neraka jika ikut nafsu kita.


Catat Ulasan

4 Ulasan

paridah berkata…
SETUJU SEPENUHNYA N3 ACIK TERBAIK..SUAMI MITHALI MENJADI IMPIAN KEBANGGAN ISTERI.
Kira Sakura berkata…
memang cukup menyampah laki yang takde tanggungjawab ni. ikut sedap dia nak pukul bini. ikut sedap dia nak pasang byk2. pastu komplen mcm2 dekat bini tu. tanggungjawab dia mendidik tu memang dah betoi2 sempurna ke pun ntah
y i e n berkata…
Takut dengar kes2 yg husband pukul isteri.. Kekonon dorg ade hak.. Padehal itu bukan niat nak mendidik, niat nak menyetan namanya tu, huh!
Khamsi Abdullah berkata…
Alhamdulillah...saya baru sahaja mendirikan rumah tangga akhir tahun lepas. Betul tu, sebelum kahwin kita tak nampak. Bila dah kawen, semua rasa ada. Kalau ada selisih faham, harapn bersabar dan mengalah. Guna pendekatan lebih halus..