Ayam Kurma Berlada Tanjong | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Selasa, 5 April 2016

Ayam Kurma Berlada Tanjong


Assalamualaikum

Hari ini acik sangat teruja bila ingin kongsikan resepi dengan kamu semua. Ringkas dan mudah, yang pastinya tiada alasan lelaki tak boleh memasak.

Kali ini acik nak masak Ayam Masak Kurma. Paling istimewa acik gunakan produk Tanjong keluaran Food Indutries.

Masih ingat lagi produk peladang ? 

Ianya kini bertukar nama dan wajah iaitu Tanjong. Produk Tanjong ini dah lama dari zaman mak-mak kita lagi dan rasanya masih di kekalkan lagi. Memang mengimbau kembali rasa masakan yang menjadi turun temurun. Produk Tanjong bukan hanya ada serbuk kurma ayam tetapi ada juga : 



2. SERBUK KARI DAGING
3.SERBUK KARI IKAN
4. SERBUK KARI 

Paling istimewa adalah bungkusan produk tersebut di rebranding, sangat cantik dan klasik. Ok tak nak bebel banyak jom layan resepi ayam kurma versi acik.




Bahan-bahan ( untuk 2 orang makan )

1/4 bahagian kecil ayam
Campuan rempah ratus ( biji cengkih , bunga lawang, kayu manis, bunga pelaga)
Secawan santan
2 sudu kerisik
Sebatang serai ditik
1 asam keping
1 peket serbuk kurma ayam Tan

Bahan yang di kisar :

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
0.5 inci halia
Lada cili 4 biji ( bagi yang suka pedas)

Cara Memasakan :

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar bila sudah naik bau baru masukkan rempah ratus,kerisik dan serbuk kurma ayam Tanjong, kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  4. Letakkan sekeping asam keping kacau hingga naik bau lepas itu masukkan garam, gula secukup rasa serta serai yang telah di titik dan kemudian letakkan santan
  5. Kacau bahan tersebut dan biarkan seketika sehingga mendidih dan siap untuk di hidang.

Senang bukan ? 

Masakan ini untuk buat kejutan untuk mak. Harap dia suka.Jangan lupa bila shopping barang dapur cari produk tanjung dan kini sudah ada di Mydin , felda trading di bawah Dmart dan kedai-kedai terpilih.

Cubalah rasa memang sedap dan menginbau kembali kenangan lama.Jangan lupa saksikan iklan tanjong setiap hari ahad, program bisnes di tv1.Selamat memasak.

Untuk mempromosikan lagi produk Tanjong.Pihak syarikat juga telah menyertai Mihas iaitu Malaysia International Halal Showcase di Kuala Lumpur Convertion Centre. Paling teruja 3 produk tanjong di masak oleh Chef Terkenal iaitu Chef Liza. Di sini acik sertakn sedikit gambar sekitar program tersebut.





Share This!


20 ulasan:

Hanim Hashim berkata...

Niceeee ..... berselera tengok kurma ayam Acik ni hehe :D

Nina Mirza berkata...

Mesti seronok mak Acik kannn merasa air tangan Acik!
Kalau Kak Nina ada Adek perempuan,dah book Acik buat Adek ipar. Hehee....

Dkna Abza berkata...

Menu kita sama la.. Hahaa. Yang ta pandai masak pon, kalau pakai rempah ni terus pandai masak..

Suriaamanda berkata...

semalam pi jusco..tercari- cari jugak produk ni tp non hado..belum masuk pasaran jusco kot..nak gak cuba sebab dah ramai yang share

mOoN IzzaN berkata...

Senang je skang ni.. Semua di hujung jari.. Bleh try nnt ni...

Fieza Sani berkata...

Okey, nnti try cari brand ni jugak..

Fatihah Fazlin berkata...

Haaa. Yg tak reti masak benda2 rumit mcm ni memang sesuai la kan acik.

careno berkata...

ehhh dah lama giler x mkn masak kurma... sbb yg nmpak kat kedai biasa x tertarik... kcuali mak yg masak...

Fatihah Fazlin berkata...

Haaa. Yg tak reti masak benda2 rumit mcm ni memang sesuai la kan acik.

idzwa kamaruddin berkata...

senannnnnnng sgt nie!

paridah berkata...

masak kurma ayam sedap tu biasa masak kurma telor je.

khaty aiman berkata...

wah acik..bertuahnya pandai masak kurma,nanti boleh try sebab tengak cara macam senang ja kan

Izzati Suhaide berkata...

ayam masak kurma ni feveret kite..nampak sedap je..pandai acik masak..hihi

Cahaya Hayati berkata...

sedapnya. Pandai acik masak. Boleh try nanti

PCL berkata...

Anak mami tanjong ka?? ..haha acik terbaik anak masak utk mak pulak.. yes kejutan pasti mak acik suka.

Lelaki bab masak memang A+ laa..

husna zahidi berkata...

lamanya tak makan masak kurma.. acik buat husna lapar.. huhuhu..

Akif Imtiyaz berkata...

Wah wah acik masak eaaa..teruja tgk masakan acik...anak mak laa ni nak buat kejutan hehehe

Permatabiru berkata...

rajin ye memasak

Noriza Rahman Momma Vogue berkata...

Memang senang sangat nak masak kurma ni, perencah pun dah siap ada kan

Sue Izza berkata...

wahhhhh acik masak ke? wowww bertuah la mak diaaaaa senang sat gi....hehhehe...sedapkan rempah tanjong ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails