Pengikut

Isnin, 4 April 2016

Lockwatch Aplikasi Android Membantu Mengesan Telefon Bimbit Hilang


Assalamuaikum

Tahun lepas salah seorang staff hilang handphone memang sedih sebab baru sahaja beli, leka kejap dah hilang.

Memandang kami semua kerja menjual gadget pengurus arahkan  semua staff untuk install lockwatch di playstore.

Apa pula lockwatch nie ?

Lockwatch adalah satu aplikasi android yang dapat membantu untuk menyimpan gambar dan kodinat bagi di mana kedudukan orang yang cuba memasukkan kod keselamatan atau pattern yang salah di telefon bimbit  kamu.

Gambar yang di ambil adalah secara selfie dan akan di hantar di email yang di daftarkan.

Hati-hati bagi mereka yang ada niat untuk mengambil pengguna aplikasi ini. Kantoi nanti masuk penjara.





Cara aplikasi ini berfungsi :

1)Kamu atau orang yang ambil telefon kamu itu cuba membuka telefon kamu dengan kod atau pattern yang salah

2) LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon kamu berada.

3) LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada yang telah kamu daftarkan berserta dengan gambar pencuri terbabit.

Tetapi aplikasi ini sesuai bagi telefon bimbit yang mempunyai camera. 3310 tak boleh la tapi kalau ada 3310i ok kot.

Selain itu, boleh jadi sebagai aplikasi untuk melihat siapa cuba akses telefon bimbit kamu ketika kamu tiada.Haha kadang peni

Sekurangnya dapat membantu kamu semua. Jika berlaku kehilangan dah dapat gambar maka buatlah report. 

Share This!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails