Pengikut

Isnin, 4 April 2016

Ciri Terbaik Calon Suami Bagi Seseorang Wanita


Assalamualaikum

Hampir setiap hari acik akan mengikuti perkembangan beliau. Kagum dengan sifatnya humble dan lembut dalam berbicara iaitu Ustaz Ebit Lew.



Terkesan dengan kemaskini terbaru di facebook beliau buatkan hati ini tergerak ingin kongsikan kepada kamu semua. Baca kisahnya di sini :

Datang ibubapa bertanya saya ciri calon suami yang baik buat anaknya. Anaknya ada memilih calon sendiri tapi mereka risau..yerlah anak yang kita,pasti ingin yang terbaik buat mereka.. Anaknya amat mencintai lelaki tadi.

Saya tanya padanya lelaki tadi jaga solat Subuh dekat masjid tak? Solat berjemaah 5 waktu tak? Jawabnya. Ya ustaz dia jaga solat berjemaah. Terutama Solat Subuh berjemaah di Masjid. Sebab bagaimana seorang lelaki boleh memimpin sebuah keluarga tanpa pertolongan Allah. Semua orang berjaya bangun awal pagi. Itu tanda hidup mereka teratur dan mereka rajin. Allah simpan rahsia dan keberkatan hidup dalam solat Subuh berjemaah di Masjid.

Dia pandai hormat abang tak. Jawabnya dia hormat saya. Pandai berbual dengan saya. Peramah dan banyak senyum..

Dia rajin dan kuat berusaha tak? Mesti rajin bekerja. Sebab ciri suami yang baik mesti mampu dan memberi nafkah buat isteri. Bila dia penat kerja baru dia ada rasa tanggungjawab.

Ubat terbaik bagi cinta dan sayang ini ialah pernikahan. Abang nikahkanlah anak tadi. Allah letak keberkatan dalam nikah. Nikahkanlah anak walaupun diusia muda jika mereka sudah terlalu berkeinginan untuk berpasangan. 

Dalam hadis jangan melambatkan 3 perkara tanpa sebab munasabah. Solat apabila telah masuk waktu. Pengkebumian jenazah dengan segera..Jodoh apabila jodohnya telah di dapati.

Kita tak tahu apa selangkah di hadapan sana. Seminit ke depan pun kita tak tahu apa yang akan terjadi. Tetapi kita kena segerakan keputusan yang baik. Dalam Islam tidak rugi orang mesyuarah dan tidak menyesal orang yang solat istikharah. Walaupun susah datang setelah kita buat keputusan berdasarkan perintahnya. 

Rahmat Allah disebalik musibah. Yang kita sangka baik rupanya buruk. Yang buruk boleh jadi baik..sangka baik pada Allah. Jaga perintah Allah dan jaga sunnah Nabi saw. Kita usaha terbaik tapi ada masanya kena ketepikan segalanya dan letak Allah dan rasul saw di hadapan.

Ada orang Allah uji dengan kemiskinan dan kesempitan hidup. Walaupun dia rajin berusaha..Rupanya ada rahmat Allah yang besar menanti. Allah hadiahkan anak-anak yang kuat berusaha dan berdikari dan menjadi orang terkenal di langit dan saham akhirat mereka.. Lagi besar ujian lagi besar rahmat Allah nak datang..air mata itu rupanya air mata meraih keredhaan Allah.

Buat kita semua paling utama yang kita perlukan dalam memimpin sebuah keluarga ialah pertolongan Allah. Jagalah solat awal waktu dan berjemaah. Sebelum Subuh solat tahajud 2 rakaat paling kurang kemudian solat Subuh berjemaah diMasjid. Minta pertolongan Allah. Dialah pemilik hati dan segalanya-ebit lew

Share This!


3 ulasan:

  1. apa yang paling penting ketaatan kepada Allah dan Rasulm tapi macam mana kita nak pastikan yang tu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. melalui perilaku dia dan uji sedikit soal berkaitan

      Padam
  2. Masha Allah..terima kasih ye atas perkongsian. Ada dua orang anak dara (walaupun baru 4 dan 2 tahun) tapi ibu dah mula risau bagaimana nasib jodoh si anak huhu

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails