Pengikut

Isnin, 11 April 2016

Bila Tolong Orang Jangan Harapkan Balasan Semata

akupenghibur

Assalamualaikum

Sedang duduk di Restoran Baha Pasak, tanpa di sedari aku di sergah oleh seorang kenalan.

Han : Wei , lepak sorang je !!

Acik : Ya Allah terkejut aku, Han aku ingat sapa bila balik Johor ?
Han : Aku baru sampai semalam kebetulan nampak kau.Aku geram nie, itu aku nampak kau boleh la lepak-lepak.

Acik : Awat Han ? Gaduh dengan awek ?

Han : Ishh tak adalah, aku geram dengan member aku. Masa dia susah akulah orang yang paling selalu tolong dia, dia tak duit untuk makan, aku jugalah selalu belanja dia makan. Tapi bila aku susah nak minta tolong dia. Perghh kemain susah, macam-macam alasan, lepas tu sepikan diri.Lain kali memang tak lah aku nak tolong lagi.

Acik : Aku tahu kawan aku nie ( sambil menepuk bahunya) baik hati, suka tolong orang dari poli dulu selalu bantu kawan-kawan. Mungkin dia pun masih susah lagi kot. Kau bersangka baik jelah. Kadang dia pun ada hal yang tak dapat di elakkan.

Han : ermm mungkin jugakan acik, tapi aku agak terkilan je acik.

Acik : Han aku bukanlah pandai sangat tapi satu hal yang aku belajar dari kehidupan. Bila kita tolong orang, alhamdulilah dah baik dah tu.Tapi jangan harapkan balasan padanya, kerana bila dia tak balas kebaikan kita nanti kita kecewa. Lebih baik bila kita tolong kita cuba ikhlaskan kerana inshaAllah kebaikan kita nanti Allah yang balas melalui orang lain pula tolong kita. Hati kita pun tak sakit

Cuma orang melayu kita penuh dengan budi, kalau dia mampu pasti dia tolong kita kan Han.

Han : Kau dari dulu memang selalu positif, tapi betul juga kan. Ishh aku nie berharap sangat. Thanks bro ! Dari dulu selalu jadi penasihat yang baik untuk aku. Betullah mulai dari sekarang aku perlu ubah persepsi aku dan hati aku. Bahawa aku buat sesuatu kebaikan itu kerana Allah.

Acik : Alhamdulilah Han, didik hati untuk ikhlas apa jua cara. Allah selalu ada dengan kita. 


Share This!


4 ulasan:

  1. keikhlasan itu perlu bagi setiap perbuatan...

    BalasPadam
  2. mEMBANTU DGN NIAT DEMI ALLAH INSYAALLAH..

    BalasPadam
  3. betui tu..ikhlas la paling susah skali nk detect dan susah juga nk buat..hihi

    BalasPadam
  4. tapi serius beb. apa kau cakap tu memang aku strongly agree. kalau dah tolong siapa2 tu, tak payahlah berharap yang orang tu akan tolong kau balik. yakin je Allah akan balas balik dengan cara lain. kot2 Allah lagi mudahkan urusan kita kann.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails