Menjawab Isu Penamaan Baharu Kosa Kata Sukuan Merarau Dan Gabi | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Khamis, 28 April 2016

Menjawab Isu Penamaan Baharu Kosa Kata Sukuan Merarau Dan Gabi



Assalamualikum

Beberapa hari ini hangat soal penamaan baharu kosa kata dalam sesebuah majlis. Malah menjadi suatu pelik bagi nitizen bagapabila kosa kata tersebut di gunakan.

Ada yang menerima dan ada juga yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Acik terkesan untuk berkongsi hal ini setelah seorang pensyarah acik semasa Uitm dahulu menjawab persoalan yang bermain di fikiran remaja di luar sana.



Jawapan dari Sir Ahmad Farami :

1. "Merarau" (makan tengah hari) dan "gabi" (minum malam) diserap ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa sukuan di Sarawak. "Kudapan" sudah lama diterima pakai (rujuk Kamus Dewan, 2005). Mencicip ialah merasa makanan, maka "cicipan" merujuk minum petang. 

2. Kosa kata bahasa sukuan diguna pakai sekiranya ia kata baru; iaitu kata yang belum wujud dalam bahasa Melayu tetapi mempunyai konsep dan berpotensi menjadi istilah. Contoh, tiada istilah khusus untuk makan tengah hari dalam bahasa Melayu. Maka "merarau" digunakan kerana ia ekonomikal, spesifik maknanya serta bersumberkan khazanah/warisan peribumi. Ia lebih sesuai berbanding meminjam kata daripada bahasa asing.

3. Penyerapan bahasa sukuan adalah usaha memperkembang bahasa Melayu untuk memastikan kekayaan dan keampuhan bahasa kebangsaan. Memang itu "kerja" DBP.

Share This!


4 ulasan:

paridah berkata...

ELOKLAH TU... BAHASA MELAYU AMAT LUAS KOSA KATANYA TAK PAYAH SUSAH2 NAK MELAYUKAN BAHASA ASING

umminani berkata...

pelik bunyinya, kekalkan macam biasa ada isu ker?

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

nice sharing

fyna ahmad berkata...

Mula-mula sebut macam pelik je. Dah lama-lama nanti semakin biasa kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails