Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki Itu Bukan Penakluk Tetapi Pemimpin Dan Pembimbing Bagi Wanita



Assalamualaikum

Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu.Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia.Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang.

Wanita akal senipis rambutnya jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari walau ada segalanya,Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok,menghasilkan bayang yang lurus .Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah.Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Sebab itu lelaki bukanlah si penahluk , bukanlah Si Raja Rimba yang hanya tidur menunggu si singa betina keluar mencari Makanan. Lelaki bukan Raja yang hanya pandai mengarah itu ini sehingga mengabaikan perasaan pengikut tunjuk arah. Kita lelaki sebagai Khalifah, Khalifah itu pembimbing untuk ahli dalam bahtera kita.

Maksudnya kita ketua keluarga, tapi bukan pemerintah. Kita pembimbing mereka untuk mencari keredhaaNya.

Mendidik itu bukanlah dengan berlaku kekerasan , tetapi ikutlah cara islam untuk mendidik isteri dan anak-anak.

Jadilah sahabat yang baik kepada isterimu dan anak-anakmu agar mereka selesa untuk berkongsi cerita. Bukan hanya dengan menakutkan dengan kekerasan tanpa alasan yang munasabah. Bimbang emosi mereka kecelaruan dan ganguan emosi.

Pentingnya komunikasi dengan pasangan. Bawa berbincang dalam sesuatu pekara. Jangan ikut amarah kita, tak puas hati gunakan kekerasan.

Talak itu ada pada kita lelaki, bukan untuk di gunakan senjata untuk menyakiti ,ianya untuk melindungi. Tetapi kerana lelaki lebih cermat dan lebih tabah hati menempuh kesukaran dari kaum perempuan. Mereka mempunyai pandangan yang jauh dalam urusan rumah tangga dan lain-lain perkara. Disini tidak bererti Islam memandang rendah darjat kaum perempuan, malah mereka memegang peranan penting dalam masyarakat iaitu mengikut kadar yang patut dengan keadaan mereka itu.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu  dan andai hati serapuh kaca. Kuatkanlah ia dengan iman.Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin dan pembimbing.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan ya Rab.Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.Ia bukan diskriminasi Allah sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah.Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan.Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan luru.

Bahkan akan semakin membengkok.Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya

Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.

Tapi binalah kepimpinan dan membimbing,pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya.Jinakkan diri kepada Allah,Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'.Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah...

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
jauh lagi perjalanan ku untuk sediakan diri menjadi suami. tapi tak mustahil semua ini terjadi dalam 1 malam sahaja. janji niat ikhlas untuk bertakwa kepadanya, dan ikhlas membimbing pasangan ke syurga inshaAllah
Inani Hazwani berkata…
Betul, dalam mendidik tak boleh ada kekerasan. In sha allah sama sama persiapkan diri untuk menjadi lebih baik mudah mudahan kelak masjid yang dibina dilimpahi sakinah, rahmah dan mawaddah :)
Nadia Johari berkata…
betul tu..lelaki adalah pembimbimg..perempuan perlu dibimbing