Pengikut

Khamis, 13 Februari 2014

Apabila Bakal Isteri Tak Pandai Masak ?

perempuan tak pandai masak

Assalamualaikum

Penat baru sampai di Johor dari klang dan esok akan ke Pekan, Pahang pula.Memang tak sempat untuk terbitkan entri ,memang mula-mula tak mahu terbitkan entri tapi permintaan seorang rakan jadi acik usahakan terbitkan entri ini. Seorang rakan tadi hantar mesej kata acik , mesejnya berbunyi :

Salam acik, aku nak minta pendapat nie, bakal tunang aku nie tak pandai tapi mak aku dah pesan kalau cari bini yang pandai masak. Masalahnya tunang aku memang tak pandai masak, kat rumah pun yang masak orang gaji dia.. please acik bagi sedikit nasihat ,nanti aku boleh hantar kepadanya. 

Pada acik isu ini dah di perbincangkan ramai blogger, ada siap saling menyalah. Ye memang bila sebut perempuan pastinya ia akan terfikir tentang masakan terutama masakan ibu yang enak dan tiada tandingan. Perempuan dan memasak itu tak dapat di pisahkan . Bila perempuan tak pandai masak ? jangan cepat melenting dan saling kutuk mengutuk. Tadi berkesempatan bertanyakan dengan seorang rakan yang telah berkahwin 5 tahun dahulunya pernah merunggut sebab tak pandai masak, kini kalah master chef berbandingan masakannya, jadi mari dengarkan celotehnya.

Zati : okey acik dulu memang aku akui tak pandai masak, setakat masak air, meggi itu memang expect. Bila nak kawin tu seriau sebab aku tak pandai masak langsung, aku selalu fikir kalau aku tak pandai masak ,suami aku dan anak-anak aku nak makan apa ? tiap-tiap hari beli kat luar ? Memang fitrah tugas isteri layan suami, kalau tak pandai macam mane nak layan ? itu yang selalu aku fikirkan. 

Jadi pekara pertama yang perlu ada dalam diri adalah keinginan untuk belajar, tak kiralah belajar di u tube, belajar dengan rakan-rakan dan sebagainya. 

Kedua paling penting adalah keikhlasan, kita kena ikhlas sebab yang makan nanti suami dan anak-anak kita, bila kita ikhlas in sha Allah akan lebih sedap. 

Ketiga masakan yang mudah-mudah dulu, carilah masakan yang senang-senang contohnya sayur bening, ikan masak asam pedas dan sebagainya. Jangan terlalu tertumpu dengan masakan yang hebat-hebat 

Keempat jangan malu dan segan untuk bertanya pada orang mahir,contohnya mak, kawan-kawan , mak cik dan sebagainya.

Kelima memasak berterusan , dan selalu memasak untuk ingatkan bahan-bahan yang di perlukan.Kalau ada masa, tiap-tiap hari masak walaupun simple.

Bukan nak cakap apa dulu zati ini seorang yang lasak sebab sekolah sukan main hoki dari tak tahu memasak langsung sampai boleh sekarang. Memanglah mula-mula banyak complain tetapi kini alhamdulilah makin hebat.

Ahhh dah baca dari kawan tips dari kawan acik tu?

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:

"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a)

Dan nasihat dari acik untuk sahabat acik ,Jika bakal isteri kamu tidak pandai masak tapi dia usaha juga nak belajar memasak. Kadangkala lauk yang dimasak tidak berapa sedap, ada tawar, ada masin sangat. Janganlah sesekali memarahi dia, jangan kritik depan orang lain, jangan menjatuhkan maruah dan semangatnya.

Adakah kamu sanggup memarahi, mengherdik, menghina insan yang berusaha untuk kamu ? 

Bila salah, nasihatlah berhemah,Bila merajuk, pujuk dengan kasih sayang.Bila menangis, redakan tangisannya. Bila lemah, pulihkan semangatnya.Bila banyak kekurangan, baiki dan saling lengkapilah. Beri pujian untuknya.Beri kasih sayangnya padanya. Ucapkan terima kasih padanya.Dan selalu doakan untuknya. 


Pelik tak bagaimana  masakan ibu paling sedap di dunia ? walaupun ianya rasa lebih kurang orang masak tapi masakan mak tetap ada rasanya tersendiri dan tiada tandingan , di situlah kelebihan mereka iaitu memasak dengan kasih sayang dan keikhlasan memasak untuk kita. Jadi masaklah dengan kasih sayang dan ikhlas, in sha Allah tak sedap pun jadi sedap

Share This!


52 ulasan:

  1. Tak pandai masak bukan alasannya.
    Yang penting kemahuan dan ikhlasnya untuk memasak.
    Kalau nak ikutkan, ibu kita sekalipun, bukan masak special sangat...cuma mereka masak dengan penuh rasa kasih sayang. Sebab itu kita kata air tangan ibu memang sedap meskipun sekadar nasi dengan lauk yang sederhana.

    BalasPadam
  2. bak kata ustaz azhar.. xpe kalau isteri x pandai masak.. jgn isteri yg x nak masak.. beza tu . hehe :)

    BalasPadam
  3. Acik..lama akak tak singgah..akak cuti bw lama. Pasal memasak ni, ala, akak dulupun bukan reti. Hubby tak penah komplen pun, masak sayur bening ngan sadin pun dia makan je, tapi, Mak pak mentua selalu komplen dan sindir-sindir. Pegi rumah anak perempuannya (ipar akak) dia leh sindir akak cakap camni, haa, macam nilah baru betul namanya masak. Huhuhu..sabo jelah sapa dapat in law cam ni. Tapi sedikit-sedikit akak belajar dari internet, akhirnya terer jugak (ecewah, nak up gak sikit). Laa ni, hubby akak lebih suka akak yg masak dari makan kat luar, anak-anak pun..siap puji-puji lagi..hahaha

    BalasPadam
  4. sebab tu orang perempuan kena belajar masak dari kecil. tolong2 mak ke. lama-lama dengan sendiri dia akan ingat apa yang di lakukan oleh seorang ibu :) berdasarkan pengalaman sendiri ^^

    BalasPadam
  5. Bila dah jadi suami nanti pelan2 nasihat isteri belajar masak... ajar dia..jangan marah dia...sebab tu orang lelaki pun digalakan pandai memasak...kalau isteri tak pandai masak suami boleh ajar...

    Kita terpaksalah terima hakikat yang isteri kita tu tak pandai masak mungkin dia orang berada yang tidak pernah kedapur dan tidak pernah diajar mak ayahnya untuk kedapur sebab mereka mampu pakai MAID untuk masak segalanya...

    Nabi pun sama2 tolong isteri dia memasak dan buat kerja rumah...Nabi bangun awal pagi ...Dalam ceramah ustaz Kazim pun ada cakap hal ni...

    Orang perempuan pula jangan ambil kesempatan...

    BalasPadam
  6. Saya pandai memasak taraf hotel enam bintang, tetapi tiada lelaki ingin berkahwin dgn saya... mcm mana pula tu acik? ^__^

    BalasPadam
  7. bonus bg perempuan kalau dapat suami yang pandai masak..tapi lebih baik kalau si isteri tahu memasak, permulaan belajar haruslah dari ibu kita sendiri..selebihnya diri kita lah yang usahakan sendiri..

    BalasPadam
  8. Tak pandai masak tak apa, tapi pastikan mestilah mahu belajar. Jangan kata tak pandai, tapi tak nak belajar. Slow2 lah kan. Setuju dengan komen Bunda a.ka. KN. Rasulullah pun bantu isteri didapur. Sama-sama bantu antara satu sama lain. Teringat cerita ustaz dekat sekolah dulu-dulu sepatutnya memasak ini kerja suami sebab isteri banyak sangat tugasnya jaga anak, melahirkan anak, dll. Jadi kalau sama-sama bantu, dapatlah diringgankan beban bersama.

    BalasPadam
  9. bantu dia :) kdg2 org ni sanggup buat apa shaja demi insan tersayang :)

    BalasPadam
  10. jujurnya akak pun sebelum kahwin tak pandai masak
    bukan mak tak pernah ajar, tapi dah malas! tak boleh kata apalah kan

    bila kahwin, aku cuba seboleh mungkin belajar masak
    selidik apa suami suka makan
    practise aje, lelama dah expert! hehe

    bagi galakan pada bakal isteri atau isteri itu sendiri
    lagipun tiada siapa yang sempurna, betul tak

    BalasPadam
  11. Biar x pndai tpi rajin msak.. Lma2 pndai msak...

    BalasPadam
  12. Biar x pndai tpi rajin msak.. Lma2 pndai msak...

    BalasPadam
  13. Ingat yang tak pandai masak tu lah paling hebat rasa masakan nya tau. Serius akak tak tipu. Sebab bila dia tak pandai masak usaha dia lebih lagi dri yg pandai masak.masak. teringat kak cik waktu mula kak cik masak kari ayam.
    Kak cik dalam hidup tak pernah sekali pun masak kari ayam.
    Kak cik usaha nak dapatkan hasil yg baik.
    Alhamdulilah tak sangka hasil nya memng sedap tau dik.
    Sebab ada usaha kat situ.

    BalasPadam
  14. Iya...masakn ibu memang y plg sedap walaupn ada org y masakn blh tahan sedap juga...

    BalasPadam
  15. tak pandai masak boleh belajar jangan malas masak tu sudala :)

    BalasPadam
  16. bila da x pandai msak tu..kena la gi tolong2 mak kat dpur..ini x..da tahu x pandai masak..malas pulak..ni yg x bole..kalau yg berkeinginan tu in sya allah..bole aeh..bkn susah nak memasak juz perlukan keinginan je..kalau urat M da ada dalam badan x leh nak cakap dah..dulu pun sama jer and dayah..tapi bila dah kena push dengan my mom..sekarang alhamdulillah =)
    _bercakap ikot pengalaman_

    BalasPadam
  17. Huhu..serius akak mmg x pandai masak.simpel2 bole la..nk jd mcm chef jauh lagi.seb baik dpt suami x kisah.hehee

    BalasPadam
  18. asal usul CM jga tak pandai masak..tapi sudah berterus terang dengan bakal suami masa tu..:) lepas kawin, belajar dengan suami dan mak mertua..memang betul, kita-kita ni, isteri yg tak pandai masak, kena rajin belajar dan usaha memasak setip hari.Sekarang ni, bila dah ada anak-anak, tiada masalah lagi bab memasak.Suami kena bagi sokongan..:)

    BalasPadam
  19. KakSura masa baru kawin dulu pon x pandai masak..tiap kali nak masak call mak tanya macam2..tapi sekarang bolehlah..semua dah tembam2 kat rumah ni..makna dah pandai masakla tu..hihihi:)

    BalasPadam
  20. amal xexpert, tp belajar sikit2... cuma... kdg2 ayah mkn mcm terpaksa.. hahahaha
    redha..haha

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum acik, sheila pun tak pandai masak. Selalu suami bagi support, bila kita masak untuk dia. Ikhlas dia habiskan lauk pauk even tak cukup rasa. So daripada situ semangat datang nak belajar masak sungguh-sungguh. Alhamdullilah, dah boleh masak skrg walaupun tak hebat macam chef. Cukup untuk kenyangkan perut suami.. hehehe bagus acik entri ni ... sheila suka baca. Kalau tak sedap jangan kritik lebih-lebih tapi bercakap dengan hikmah. In shaa Allah isteri yang tak reti masak mesti teruja nak belajar masak untuk suami tercintanya. hehe >________<

    BalasPadam
  22. Salam acik, bab isteri tak pandai masak tak apa...boleh belajar tapi mesti ada sikap mahu belajar dan tidak kurang hajar dgn suami...tak perlu nak malu dgn siapa kita berguru..., sy dapati suami blh bertolak ansur dalam bab ni..sama2 tak pandai masak lagi bagus, boleh sama2 buat pilihan..

    BalasPadam
  23. Nak pikat hati suami, isteri kena pandai masak..air tangan isteri tu yang berkat nya, sampai pintu syurga pun menarik2 si isteri nak bagi dia masuk ...hehehe..apa pun, indahnya berumah tangga

    BalasPadam
  24. akan trus mencube memasak.. hee.. :D

    BalasPadam
  25. tak tahu masak tapi ada keinginan untuk belajar memasak takpe.. tak tahu boleh belajar.. daripada x tahu masak tapi malas nak belajar..itu lagi parah...

    BalasPadam
  26. salam. pada sy kan cik tak pandai masak bukannya jadi satu masalah yang penting kena la rajin untuk belajar memasak..lama+ mesti pandai..

    BalasPadam
  27. akak rasa tiada masalah jika wanita tidak pandai memasak.. manusia boleh berubah asalkan ada kesungguhan untuk berubah diiringi dengan usaha.. nak masak sedap bukanlah mengambil masa sehari dua, tetapi hasil dari percubaan berkali-kali sehingga menjadi sedap..

    BalasPadam
  28. Nampaknya semua wanita yg tak pandai memasak jadi pilihan utama lelaki utk berkahwin. Baiklah, saya akan berpura2 tak reti memasak supaya ada lelaki akan memilih saya juga. ^__^

    BalasPadam
  29. perempuan tak pandai masak takpe...yang penting ada niat nak belajar.. pastu suami puji lah masakan isteri... kalau ada rasa kekurangan pula bagi tau secara ikhlas... cth nya ' yang.. kalau pedas sikit lagi mesti lagi sedap...' haaa... gitu kan.... hehe... :)

    BalasPadam
  30. Jika tak pandai masak,usaha belajar.Beli buku resepi.Yang penting rajin.Ada orang pandai memasak tetapi malas nak ke dapur.Hehe..

    BalasPadam
  31. hahahahha..best entry ni, sb terkena batang hidung sendiri. memang masa kawen langsung tak pandai masak, nasib baik ler my other tolong ajarkan dan selalu sorok sorok mintak resepi dgn mak, hasilnya tak best pun, tapi my other half cakp, sedap...hihihihi.

    BalasPadam
  32. Pada kaum lelaki pun, apa salah nya belajar memasak juga, tak rugi apa, banyak kebaikannya utk masa hadapan anda.. ^_^

    BalasPadam
  33. Betul tu Achik.. Tapi tak semestinya perempuan yang pandai masak je layak berkahwin.. banyak lagi kriteria seorang isteri yang seorang perempuan perlu tahu.. Kak Erin pun tak lah pandai masak.. masak ikut resepi buku je.. Hehehe..

    BalasPadam
  34. Pokok pangkalnya terletak pada perangai bakal isterinya tu jugak. Kalau nak ambil hati suami, kena la belajar memasak. Tapi, kalau dah si lelakinya tak kisah, terpulang.

    Cuma, yang tak bestnya bila takda skill memasak ni, bila terkena waktu-waktu yang terdesak, memang tak makan la sekeluarga tu nanti. Kita bukannya hari-hari senang. Ada masa sengkek jugak. Buatnya bibik lari, tak berasap dapur kat rumah.

    Hari-hari makan bungkus kat Mapley pun tak elok jugak. Mana tau, alih-alih si suami naik syok kat Indon tukang masak kat restoran tu sebab tertarik dengan masakan dia. Hahaha

    BalasPadam
  35. Memasak adalah satu kemahiran sebenarnya. Boleh belajarkan kalau tak tahu.

    P/S: Buku saya Tetamu Istimewa dah ada stoknya. Jika berminat, maklumkan kepada saya. Terima kasih Acik.

    BalasPadam
  36. Klu tak pandai masak tak mengapa.. yg penting ada niat nk belajar & memperbaikinya utk kebaikan rumahtangga nanti.. Kita sbg suami juga perlu sentiasa memberi dorongan & sokongan agar isteri sentiasa berasa dihargai.. subhanallah.. t kasih diatas perkongsian.. salam Jumaat Acik.. :)

    BalasPadam
  37. belajar2 sikit nanti lama2 mesti pandai dia masak :)

    BalasPadam
  38. Everyone starts from zero, its all up to us either to remain in zero or keep learning until we are expert, actually don't need to be an expert, just atleast we can cook something that is safe to eat, is already enough haha..

    BalasPadam
  39. masaklah dengan ikhlas ya acik..sebenarnya bagi kita tak perlu terror sangat kot..yang penting ada usaha untuk belajar dan perbaiki dirikan...

    BalasPadam
  40. Takpa boleh belajar. Nanti menantu dgn mertua boleh sama-sama masuk dapur. Buat sesi belajar masak. Suami pon join sekali. Bantu apa yg patut. Gurau senda. Mesrakan isteri dgn mak, ikatan itu indah, tak perlulah kita nak sulitkan hanya kerna benda yg remeh kan...

    BalasPadam
  41. Tak pandai tak apa..asalkan rajin dan bersungguh untuk belajar insyaAllah boleh..ikhlas dan yakin..

    BalasPadam
  42. tengah memikir jugak ni.
    tapi jangan jadikan alasan tak pandai memasak sebagai halangan utk perkahwinan.
    tak baik, nabi pun tak ajar lagu tu.

    BalasPadam
  43. mymum kata..biar xpandai memasak asalkan rajin belajar memasak n masuk dapur...^^

    BalasPadam
  44. Assalammualaikum...achik,

    tak pandai masak boleh belajar xder masalah janji hendak belajar memasak utk suami tercinta,,hehehe

    mselim3

    BalasPadam
  45. air tangan isterilah yang akan mengikat suami dan anak².berusahalah untuk belajar memasak walau resipi yang paling mudah untuk insan tersayang.jika ada niat,pasti di permudah jalannya.

    BalasPadam
  46. betul tu.. masakkan mak adalah yang tersedap di dunia walaupun masakkan biasa2 je.. kalau takp andai masak masih boleh belajar yang penting kena ada kemahuan dan keikhlasan dalam diri, dan jangan mudah merungut. :)

    BalasPadam
  47. air tangan isteri mampu menggugurkan dosa2 isteri tu :)

    BalasPadam
  48. Masakan ibu penuh dengan kasih sayang!!

    BalasPadam
  49. xpndai xpaa.. bole belajar kn acik ? jan jaa ada sikap xnk blaja.. dah laa xpndai masak, xnak blaja pulak.. ~~. ari2 mkn kat luar bosan jg tuuu.. kesian suami. jan pntgkn diri..kalo masa bujang mcm tu xpa sb sorg2 lg tu tggl ngan mak ayah.. tp jan smpai bw sikap tu bila nk kawen pulak. kena fikir perasaan dan jga juga mkn minum suami. ^^

    BalasPadam
  50. mastercheff kan ada....masak mmg perlu dipelajari utk keluarga kita juga kan

    BalasPadam
  51. tb setuju..sebenarnya nk masak xsusah mane,tau basic n barang2 basic pon ckup..yg pntg masak bia ikhlas n penuh kasih sayang bru jadi sedap ;)

    BalasPadam
  52. setuju. x pandai masak xpe. boleh belajar. jgn x nak belajar lgsg sudah la.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails