Pengikut

Isnin, 20 Jun 2016

Bila Lihat Orang Susah Sebenarnya Kita Yang Sedang Di Uji

gambar hiasan

Assalamualaikum

Lepas sahur tapi duduk berbual dengan mak. Tetiba mak berkata, agaknya acik, kalau kita susah macam tu ada orang nak tolong kita ke ? 

Kenapa mak kata macam tu ?  ,balasku

Takdelah sebab masa mak pergi kursus haji dulu ustaz pernah kata, bila kita lihat orang di sekeliling kita susah sebenarnya kita yang di uji.

Kita yang di uji , bagaimana tu mak ? sahutku.

Oklah contoh jiran kita kematian suaminya. Ada yang kita lakukan ?

Adakah yang berkata : kesiannya si Bedah itu di uji anak ramai pula tu. Atau kita datang kepadanya beri bantuan semampu kita.

Di situ Allah uji kita , untuk melihat selembut mana hati kita mampu mengeluarkan sedikit harta kita beri kepada yang memerlukan,Kata mak lagi.

Betul tu mak, sokong!! kalau kita tak ada duit bantu dengan kudrat tenaga kita, paling tidak pun kita bantu dengan doa.Balasku lagi.

Ahh betul tu, sebab itu kadang kita pergi mana-mana Allah jumpakan kita dengan orang miskin, terjumpa anak yatim,mahupun kucing yang meminta makanan pada kita. Padahal kita sedang di uji,tambah mak lagi.

Firman Allah SWT : “Mereka berkata: "Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang bersamamu." (Nabi) Soleh berkata: "Nasibmu adalah dari sisi Allah, (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu adalah kaum yang diuji."(An-Naml : 47)

Kita semua akan diuji kerana itu merupakan tujuan dan sebab kita diturunkan ke atas muka bumi ini iaitu untuk diuji agar dapat dilihat siapakah yang beriman dan siapakah yang tidak. 

Ujian ialah peluang dan tanda kita dipandang oleh Allah 

Firman Allah SWT : “Dan sungguh akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)

Acik nampak tak ? sebab itulah acik kena sabar ujian Allah. Ujian Allah itu dalam pelbagai cara.Maka didiklah hati kita untuk teguh dan yakin dalam soal jodoh, rezeki dan segalanya. 

Share This!


7 ulasan:

  1. Singgah sini sambil baca entry :)

    BalasPadam
  2. Betul acik,apabila kita melihat orang lain kesusahan dan di uji sebenarnya kita turut di uji,ujian mcm mna cara kita nk berbakti kepada mereka,.
    Efa suka baca artikel acik sbb bersahaja je hehe ,.

    BalasPadam
  3. up senang atau susah ujian untuk kita dan sekeliling

    BalasPadam
  4. Ujian secara 'indirect'. Terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  5. Betul tu acik...uji hati kita ni macam mana.

    BalasPadam
  6. apabila susah kita diuji.. apabila senang pun kita diuji.. Kita tiada apa-apa.. tapi masih ramai yang tidak sedar.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails