Pengikut

Ahad, 19 Jun 2016

Anak Lelaki Mungkin Tak Rapat Dengan Ayah , Tapi Dia Sangat Sayang Sebenarnya


Assalamualaikum

Aku antara mereka yang tak rapat dengan seorang lelaki yang gi gelar ayah, abah mahupun walid. Entahlah seolah ada jurang antara kami tapi aku sayang dia. Dialah lelaki yang paling hebat dalam hidupku. 

Tiba-tiba pagi tadi aku mimpi dia , dia minta maaf denganku, redup wajahnya,sayu aku dengar. Aku teringin sekali nak dengar dia cakap , "Abah sayang acik ".

Tapi mimpi itu seolah jadi realiti, entah mengapa air mata ini mengalir cukup deras.

Saat paling getir, apabila mak beritahu : Acik abah tenat balik cepat, saat itu hanya fikiranku benar-benar hilang arah. Dari bukit jalil cepat-cepat aku ke Hospital Sultan Ismail. 

Aku lihat nafaskan turun naik, matanya tertutup rapat , mulutnya terdapat saluran oxygen yang membantu penafasan.

raya terkahir kami
Ketika hanya doa dan bacaan ayat suci al quran menghiasi keadaan. Di sekeliling wad abah duduk satu persatu mereka menghembuskan nafas terakhir. Air mata ini tak tertahan, kami di panggil doktor dan dia menyatakan harapan untuk hidup itu tipis dan perlu buat defibrilator untuk kejutkan nadi.

Tapi saat itulah hembusan terakhir abah. Abah pergi selamanya untuk kami. 

Abah di sah kena stok major sehingga ke kepala ketika dia dalam keadaan koma. Alhamdulilah wajahnya dalam keadaan tenang seperti orang sedang tidur.

saat akhir bersama abah
Beberapa hari sebelum itu abah tiada kelakuan pelik tetapi berkali arwah abah pernah kata seolah ada orang beserban putih dekat kepadanya sewaktu dia mahu tidur.  Arwah berkata begitu pada mak seperti itu, mak menyangkal mungkin perasaan saja.

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (QS. Al A’raf: 34)

Alhamdulilah dapat mandikan arwah abah, kafankan, sembahyangkan dan kuburkan.

Semoga roh abah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan di kalangan orang bertakwa.

Aku mungkin bukan anak yang baik tetapi aku selalu selitkan namanya dalam Doaku. Aku sayang abah !!

Share This!


5 ulasan:

  1. betul tu abg.

    singgah ramadhan

    https://belogs.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. SALAM TAKZIAH...SEMOGA ROH ARWAH AYAH TERSAYANG DICUCURI RAHMATNYA DI SISI-NYA.

    BalasPadam
  3. bila ini Achik? Salam takziah

    BalasPadam
  4. bila ini Achik? Salam takziah

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails