Pengikut

Sabtu, 18 Jun 2016

Walaupun Gengamnya Kuat Tapi Bukan Milik Kita Maka Terlepas Jua

gambar hiasan

Assalamualikum

Tatkala jiwa gelisah di basihi hujan di selangi guruh dan petir. Hati kecil ini cukup takut,takut seandainya tiada lagi sang mentari menyinari.

Hati ini cukup takut untuk rasa kehilangan, untuk rasa kecewa. Apa yang di mahukan pasti akan dapat walaupun apa juga cara.

Terkadang sehingga kita mendesak takdir mengikut haluan kita. Sedangkan kita manusia hanya merancang dan Allah jugalah sebaik pelaksana perancanganNya untuk kita.

Dalam soal jodoh, biarlah kita mengikut aliran kehidupan.Kita berusaha untuk mencarinya,kita berdoa semampunya kita andai dia jodoh kita pasti akan bersatu. Tetapi jangan gengam terlalu kuat ,mendesak dia milik kita, bila kita gengamlah dia sekuat mana pun dia tetap akan pergi. tapi kalau dia Allah dah jadikan untuk kita, kita tolaklah sejauh manapun, dia tetap akan balik semula pada kita. itulah namanya "JODOH"


Suatu masa nanti, insyaallah akan ada seseorang yang menerima kita seadanya, tanpa memandang kisah silam kita. Yang penting, dia nak hidup dengan kita untuk masa hadapan, bukan masih memandang kekurangan kita. Dan dia itulah yang terbaik ditakdirkan untuk kita. Percayalah pada ketentuan jodoh yang Allah telah tetapkan.

Dalam soal kehidupan tak semua impian dan cita-cita kita akan tercapai.Ada kalanya apa yang kita harapkan berlawanan dengan apa yang kita dapatkan.Allah tahu yang terbaik untuk kita.Dia berikan kita apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan.

Jangan pernah alpa denganNya. Dekatkan diri kepada Allah ketika senang dan susah, merintihlah berdoalah. Allah sayang kita cuma cepat atau lambat rezeki kita Allah berikan.

Dalam soal persahabatan, jangan di abaikan orang yang selalu ada dengan kita. Jangan kita hanya jadi sahabat bermusim.,Ketika senang mendekati ketika susah menjauhi.

Sahabat itu umpama cerminan diri kita,andai kita bersahabat dengan baik maka baiklah kita, andai yang kurang baik maka kita juga seperti itu. Gengamlah persahabatan kita itu di jalan Allah.

Jangan jadikan sahabat itu dalam gengaman kita,mengikut terlunjuk kita. Seharusnya bersahabatlah dengan baik, andai kitq gengam dia terlalu kuat, memaksa dia mengikut apa yang kita ingini jika keadaan memaksa dia akan pergi tinggalkan kita. Kawan boleh cari ,sahabat tiada ganti.


Share This!


4 ulasan:

  1. Dah jodoh kan. Macam saya dulu. Minat sangat dengan tentera. Bercouple dengan bermacam-macam tentera. Dari darat sampai ke udara. Dari sarawak sampai ke semenanjung. Alih-alih, kawin dengan orang awam. Sepupu sendiri pulak tu. Tapi alhamdulillah. So far, saya bahagia dengan dia dan anak saya. Diari Mommy Muhaimin

    BalasPadam
  2. Benar sekali. seperti yang saya tulis dalam komen sebelum ini. Walaupun kita merancang yang terbaik dan sentiasa berdoa setiap kali lepas solat agar 'si dia' kekal bersama kita dan menjadi isteri kita, tapi jika Allah mentakdirkan 'si dia' bukan jodoh terbaik untuk kita, pasti satu hari nanti akan berlaku juga perpisahan. Jika tidak kita yang berubah hati, mungkin Allah mentakdirkan 'si dia' yang memungkiri janji. Oleh itu, kepasa adik-adik diluar sana yang sedang menjalin hubungan, berpada-padalah. Selagi belum disahkan menjadi suami isteri janganlah terlalu berharap. Bukan apa, jika terjadi seperti kisah saya sebelum ini, silap-silap ada yang menjadi angau dan gila bayang.

    BalasPadam
  3. Setuju...berdoa dan merintih kpdnya

    BalasPadam
  4. Setuju...berdoa dan merintih kpdnya

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails