Pengikut

Jumaat, 17 Jun 2016

Ikuti Dan Tauladani Cara Khalifah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya

gambar hiasan
Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ucapkan syukur atas nikmat yang di beri.Marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Seperti biasalah hari jumaat acik berkongsi kisau tauladan kepada kamu semua.Ramai pula kaum adam yang bergelar suami hantar mesej dan email tentang isteri mereka yang suka membebel.

Lumrah alam perempuan lebih banyak cakap dari lelaki.Jadi tak heran kalau dia banyak membebel.

Biasalah perempuan kalau membebel tak kira dan waktu,24 jam pun boleh membebel.

Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang rutin. Namun tahukah kamu bahawa Khalifah Umar Al- Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia sangat menghormati isterinya. Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya

Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari. Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al- Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al- Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.

Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yang mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?” Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.” Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya.

Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak- anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.” Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.

 Wallahualam.

Share This!


5 ulasan:

  1. CONTOHI PERIBADI SAIDINA UMAR ALKHATAB YG SENTIASA BERSABAR DGN BEBELAN ISTERINYA DEMI HARMONI SEBUAH RUMAHTANGGA...BUKAN LAMA PUN ISTERI NK MBEBEL ..BILA PENAT RENTILAH DIA

    BalasPadam
  2. kadang2 org perempuan ni membebel,bukannya apa....mungkin terlalu
    penat kot,mcm2 keja nak dibuatkan tiap2 hari....

    BalasPadam
  3. Isteri membebel kadang-kadang merimaskan juga. Lebih-lebih lagi sewaktu kita juga sedang mengahadapi tekanan, sama ada tekanan berkaitan dehgan tugasan di tempat kerja atau masalah personal. Silap-silap boleh berlaku pertengkaran. Namun kita perlu bijak mengawal emosi agar ia tidak memberi kesan negatif kepada hubungan rumah tangga.

    BalasPadam
  4. Org perempuan ni, kalau dia marah tp masih boleh membebel tu maksudnya ok lagi. Tapi kalau dia marah atau kecewa sampai diam tak bercakap apa dah...maksudnya hati dah betul betul terluka dan mungkin tiada maaf bagimu lagi dah. So selagi dia dok membebel tu...sabar je laa ye hehehe

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails