Pengikut

Rabu, 8 Jun 2016

Perang Ramadhan : Berbuka Puasa Vs Pesta Makanan Vs Buffet Ramadhan



Assalamualaikum

Bulan puasa ini sememangnya dugaan kita lebih besar lagi-lagi bertarung dengan nafsu kita yang membuak-buak bila tengok makanan. Peri bazar beli sehari lebih dari RM50 ? 

Lebih dari hari kebiasaan, kalau habis alhamdulilah tetapi kalau tak habis, membuang saje. Satu lagi kajian yang dijalankan oleh SWCorp menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menjana 38,000 tan sisa pepejal setiap hari pada 2016, di mana 15,000 tan datangnya daripada sisa makanan.

purata makanan seseorang individu adalah 0.45kg bagi setiap makanan.

"15,000 tan sisa makanan boleh memberi makan kepada 11 juta orang, tiga kali sehari," 

Fuh terkejut bila tengok statistik yang di keluarkan. Terdapat perbezaan antara berbuka puasa dengan pesta makanan dan buffet ramadhan.Pilihan di tangan kita, pilihlah yang terbaik untuk berbuka kita. 

Berbuka Puasa

Berbuka suatu kewajipan setelah kita mengharungi hampir 14 jam menahan lapar dan dahaga. Tetapi tidak di galakkan untuk membazir. Sederhanalah dalam berbuka dan membeli juadah berbuka. Sebabnya puasa 30 hari jadi kita kena rancang pembelanjaan selama 30 hari dan persiapan Hari Raya. Kalau nak jimat berbuka di Masjid acik pernah lalui semasa di Shah Alam. 

Pesta Makanan

Kadang dek kerana teruja melihat makanan itu kita beli terlebih-lebih. Yelah mana taknnya pergi bazar tengok makanan semuanya sedap belaka.Tapi sampai 8 & 9 jenis hindangan kita beli dah macam pesta makanan tak eloklah. Yelah cuba bayang orang yang susah di negara yang miskin dan bergolak nak makan pun susah. Jadi kita belajarlah sederhana dalam pembelian. Kalau buat berbuka puasa dengan anak yatim lagi bagus.

Buffet Ramadhan

Bila bulan puasa tiba, pastinya banyak buffet ramadhan yang di tawarkan di hotel-hotel mahupun di restoren. Tak salah kalau nak pergi berbuka. Sebab banyak pilihan makanan yang di tawarkan. Tetapi jangan selalu dan pilih di tempat yang tawarkan harga berpatutan.

Firman Allah SWT :
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : Ayat 31
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi SAW :
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” – Hadis riwayat al-Tirmizi
Betul itu duit kamu dan kemampuan kamu.Acik di sini hanya suka nak ingatkan sahaja.

Share This!


9 ulasan:

  1. setuju acik... berharap sangat setiap tahun tak ke bazaar tapi bila dah hujung-hujung mood malas tu tetiba je datang... eh ke bazaar jugak akhirnya..

    BalasPadam
  2. Tu sebab kalau kak juju rajin, akak pastikan akan masak 1 lauk utama je...cukup sudah...janji telur dadar utk si anak ada hehe tak membazir kan

    BalasPadam
  3. tiap tahun bazaar ramadhan bertambah..tiapkali bazaar juga ramai yg membeli ikut nafsu..banyak makanan terbazir.

    BalasPadam
  4. Setuju sgt. Org malaysia slalu membazir mknan.

    BalasPadam
  5. Setuju sangat dengan perkongsian ini. Setiap kali tibanya Ramadhan, pasti akan terjadi pesta makanan bukannya pesta ibadah seperti yang disarankan. Tambahan pula time ni la makanan yang tak pernah kita jumpa juga akan muncul.Terus hilang semangat untuk berjimat dan tidak membazir.
    Bila ke bazar Ramadhan pula, niatnya nak beli satu dua lauk aje, tapi jalan dua tiga langkah tengok lauk yang dijual di sebelah kiri- sedap pulak,tengok kanan pun sedap juga. Last-last terbeli dua-dua. Bila 'time' berbuka, minum air segelas dah rasa kenyang. Kesannya jamah je sikit lauk yang dibeli tadi. Selebihnya ditinggalkan tergolek dalam pinggan. Esok pagi buang ke tong sampah.
    Hasilnya, perbelanjaan ketika bulan Ramadhan lebih besar berbanding bulan-bulan biasa.

    BalasPadam
  6. tu lah...bila pi bazar ramadhan tiba tiba rasa mcm semua benda nak beli. Tapi selalu kalau tak dpt makan habis, mesti simpan & panaskan makan esok plak

    BalasPadam
  7. harga pun boleh tahan jg kat bazar...
    budget je rm20,jgn beli lebih dari tu...

    BalasPadam
  8. http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/many-skip-bazaar-as-prices-shoot-up

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails