Ticker

6/recent/ticker-posts

6 Pekara Penting Yang Perlu Kamu Ambil Tahu Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum

Raya kian menghampiri tinggal beberapa hari. Berpusu-pusulah dari bandar pulang ke kampung menyambut hari raya. Meriah sangat lagi-lagi adik beradik ramai seperti acik.Tetapi suka acik nak ingatkan kepada semua rakan-rakan sekalin. Kamu perlu tahu.

1. Mak bukan orang gaji.

Memang benar sekali sekala kita balik beraya bersama mak ayah. Tetapi janganlah balik nanti baju mak basuhkan, pinggan mak cuci. Anak mak jaga, masak mak juga. Saat ini mak paling sibuk dan paling penat. Jadi sama-sama bantu, baru meriah.

2. Kumpul duit sorang sedikit bagi mak.

Duit itu orang kata duit lauk. Kumpul adik beradik jadi tidak mak ayah kita tak terbeban. Jadi kita berkongsi rezeki.

3.Balik jangan lengang kangkung

Janganlan balik itu balik tangan kosong sahaja.Bawa apa-apa makanan seperti kerepek, kuih muih . Bagi yang bujang dan masih belajar tak masalah jika tak bawa tapi kita bantu dengan tenaga.

4. Ketika malam raya " say no to gadget"

Ada masa lagi ini ucapkan selamat hari raya awal. Malam raya hingga hari raya line telefon bimbit tentu tak ada. Jadi manfaatkan tolong mak masak, tolong potong sayur pun ok.

5. Raya bukan nak tunjuk siapa kaya

Raya bukan nak berlawan antara jiran mahupun menantu. Siap set barang kemas, sofa baru, tv baru semua baru.Ipar ini baju 10 pasang, ipar ini baju 30 pasang. Lepas raya semua monyok ,jadi besederhanalah.

6. Jangan bangun lewat

Pantang orang tua kalau anak bangun lewat. Lagi-lagi pagi raya, memang membebel sebakul. Jadi tidur awal dan kunci jam. Masa raya inilah nak hiburkan hati mak ayah selagi mereka ada. 

6 Cukuplah dulu, sambil anyam ketupat ini, kalau ada rasa nak tambah boleh letak di komen.

Di kesempatan itu juga acik nak minta maaf jika ada silap dan salah dalam setiap penulisan acik jika ada terasa di hati dan sebagainya. Selamat Hari Raya Semua.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Afiq Halid berkata…
Alhamdulillah Family Fiqqq time raya akan sama2 masak, mengemas, semua lah. Huhuhu
Ain Athirah berkata…
Singgah sebelum raya. Ain nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tersalah komen, tersuka komen, tersibuk komen dan banyak lagi ter harap diampunkan :) Selamat pulang ke kampung halaman, Semoga selamat pergi dan balik,
Pemilik blog theathra.blogspot.my
Ain Athirah binti Anuar
Mama Kembar Tiga berkata…
Masuk dapur memasak ramai ramai tu best, meriah. Mak memang happy bila anak menantu berkumpul camtu
mrhanafi berkata…
berbakti kepada orang tua adalah amalan mulia
usryabdullah berkata…
Terima kasih di atas perkongsian ini. Amat berguna untuk kita semua