Pengikut

Selasa, 9 Ogos 2016

Orang Dulu Gaji Kecil, Anak Ramai Tapi Mereka Tetap Bahagia



Assalamualaikum

Bila melihat wajahnya aku lihat kasih sayangnya. Kian tua dan berkedut tetapi wajah itulah yang selalu aku rindu.Wajah mak yang terpahat di hati.

Sedang aku duduk dengannya, aku bertanya:

Mak orang dulu gaji kecil, anak ramai tapi mereka tetap bahagia. Orang sekarang gaji besar tapi masih tak mencukupi. 

Mak hanya tersenyum,

Bezanya orang dulu dan orang sekarang adalah konsep syukur. Orang dulu mereka susah tetapi mereka selalu bersyukur bila dapat nikmat. Berkongsi sikit sama sikit ,tetapi orang sekarang banyak yang banyak mengeluh dan merungut. Selalu rasa tak cukup, balas mak.

Em ada betul juga,tapi macam mana Mak boleh besarkan kami dengan gaji RM 350 untuk kami berenam ? Tanyaku.

Mak kerja kilang tu dekat 25 tahun kalau ikutkan akal fikiran memang tak cukup tapi Allah je yang tahu. Tapi mak ada buat potongan setiap bulan untuk simpanan gunakan bila perlu. Alhamdulilah anak-anak mak semua faham situasi mak. Cuma mak bekalkan ilmu dan agama untuk kepetingan anak-anak mak,Balas mak.

Aku hanya diamkan diri.

Kita hidup kena selalu bersangka baik dengan Allah . Bermula dengan jaga di sini ( mak pegang tanganku dan letakkan di dada ) Dia ibu segalanya, jangan biarkan dia ada sangsi dengan Allah. Syukuri nikmat dan paling penting jaga hubungan dengan Allah.InshaAllah dia permudahkan urusan kita. Walau gaji kecil kita rasa tenang dan rasa cukup walau tak mewah, kata mak.

Aku hanya angguk tanda faham. Jika di ceritakan tentang kisah lama pasti air matanya bergelinang. Tapi satu pekara yang selalu dia tegas tentang solat, mengaji dan pelajaran. Kami adik beradik tak kira lelaki atau perempuan mesti kena pandai buat kerja rumah. Sama ada mengemas, memasak, basuh kain, basuh pinggan dan sebagainya.

InshaAllah doakan aku dapat balas jasa mak yang besarkan aku hingga aku dewasa. Doakan aku jadi anak yang baik untuknya.

Amin ya rab

Share This!


7 ulasan:

  1. teringat tulisan ustaz ebit lew

    BalasPadam
  2. ORANG DULU HIDUP SEADANYA..REDA N BERSYUKUR..

    BalasPadam
  3. bestnya kalau ada mereka yang memahami perkara ini..

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum... achik,

    Insaallah... moga achik menjadi anak yang soleh... Amminn,.

    mselim3

    BalasPadam
  5. Subhanallah walhamdulillah... semoga Allah sentiasa memudahkan jalan Acik sebaiknya walaupun jasa ibu tidak mampu kita semua balas. Moga Acik menjadi anak yg soleh, sukses dan diberkati Allah semuanya... aamiin.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails