Ticker

6/recent/ticker-posts

AL-FATIHAH: Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din Meninggal Dunia



Assalamualaikum 

Ya rab, hati ini begitu pilu kehilangan ulama yang sangat di kagumi. 

Acik betul-betul terkejut dapat pengkhabaran tentang pemergian Ulama yang amat di sayangi rakyat Malaysia iaitu Tuan Guru Dato Dr Harun Din.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) selepas dilaporkan menghidap masalah jantung.
Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A’lamin,
Pemergian beliau merupakan kehilangan besar untuk kita semua.

Siapa Dato Dr Harun Din ? 


Allahyarham juga sentiasa dikenang sebagai pendidik, pendakwah, dan pengasas Darussyifa, pusat perubatan Islam terkenal negara.

Berikut merupakan 7 fakta mengenai Allahyarham:  

1. Dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Kangar, Allahyarham merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik-beradik.

2. Allahyarham mendirikan rumah bersama Datin Khadijah binti Haji Salleh dan dikurniakan lima orang cahaya mata: Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana.

3. Ketika belajar agama di Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Allahyarham mengayuh basikal sejauh 20 kilometer setiap hari ke sekolah.

4. Allahyarham dipanggil temuduga untuk menyambung pelajaran ke Kolej Islam Malaya selepas beliau mengirim surat permohonan bertulisan tangan sepenuhnya dalam bahasa Arab. Selepas ditemuduga, Allahyarham diterima sebagai pelajar pada hari yang sama.

5. Allahyarham memiliki kelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan Doktor Falsafah Syariah dari Universiti Darul Ulum.

6. Selain aktif dalam bidang akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Allahyarham juga giat menulis dan telah menerbitkan lebih 50 buah buku dalam bidang agama, politik, dan perubatan Islam.


7. Allahyarham juga turut aktif menjadi ahli majlis penasihat syariah dalam sektor kewangan dan perbankan. Bank Negara, RHB, Public Bank, CIMB, dan Suruhanjaya Sekuriti merupakan antara institusi yang mendapatkan kepakaran beliau.

Al Fatihah..

Catat Ulasan

3 Ulasan

paridah berkata…
al-fatihah...innalillah...salam takziah
At-Tarmizi berkata…
al-fatihah....semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman