Pengikut

Rabu, 7 September 2016

Jangan Berubah Kerana Manusia Pasti Nanti Kecewa Dengan Kata-Kata Mereka


Assalamualaikum

Hati kita berbolak balik dan begitu juga iman kita penuh dengan naik dan turunnya. Tetapi ianya mengikut kepada kita yang jalani kehidupan ini.


Dalam hidup kita perlu lakukan perubahan dan perubahan itu mestilah seiring dengan lafaz dan perbuatan. Niatkan kerana Allah itu paling penting.

Tetapi kenapa ?

Jika kita niatkan kerana Allah. Maka segala yang kita lakukan demi Allah maka kita berusaha bersungguh-sungguh. Kita senantiasa baiki diri dan inshaAllah di permudahkan urusan kita.Jika apa pun terjadi pasti kita tak terkesan berpaut kepada kepercayaan terhadap Allah.

Nak jadi baik bukan senang, ujian datang bertimpa-timpa untuk menguji kita.

Jangan berubah kerana Manusia.Nanti terkecewa kita kerana mereka. Manusia ini seperti ombak di lautan. Adakala dia menderu memberi sokongan dan adakala ombak ganas dengan kata-kata cacian.

Sehingga hati kita tak keruan dan iman kita turun seturunnya.Ketika itulah syaitan mulakan tugas untuk membawa kita kelembah kebinasaan.

Bangkitlah, jangan makan dek puji dan jangan luruh dek keji. Ajarkan diri kita untuk yakini Allah sepenuh hati. Selalu bersangka baik dengan Allah dan makhluknya.

Istiqomah dalam setiap apa yang kita lakukan.

Istiqomah adalah sebuah komitmen dalam menjalankan satu program untuk menuju satu tujuan. Istiqomah itu mengandung:

1) konsisten, sehingga secara terus menerus apa yang dianggap baik itu dijalankan,
2) tahan uji kepada godaan-godaan yang mungkin menjadi penghambat, menjadi halangan kita sampai pada tujuan yang cita-citakan.

Dalam kaitan dengan fokus, hidup ini dianjurkan oleh agama kita untuk memiliki tujuan. Allah berfirman bahawa tidak diciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah pada-Nya. Itu tujuan hidup kita. Kemudian juga Allah mengingatkan bahwa kita diturunkan ke bumi sebagai umat yang terbaik.Tapi apa syaratnya untuk menjadi ummat yang terbaik?

 Syaratnya adalah fokus kepada sesuatu yang menjadi cita-cita hidup kita kerana hal itu yang akan menggerakkan seluruh hidup kita ke arah cita-cita tersebut. Kalau tak tahu apa yang dituju, pasti akan goyah. Dapat ujian sedikit sudah gundah gelana.

 

Surah Fussilat , ayat 30 hingga 32 :
“sesungguhnya orang yang telah berkata ‘ Tuhan kami ialah Allah ’ kemudian mereka beristiqamah , akan turunlah malaikat kepada mereka (ketika hampir ajalnya) dengan berkata : ‘ Jangan takut dan jangan bersedih dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kami pelindungmu di dunia dan akhirat . Dan untuk kamu di syurga itu adalah apa yang kamu inginkan dan untuk kamu apa yang kamu minta . Ia sebagai ganjaran daripada Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang . ”

Lakukanlah walau satu kebaikan kecil tetapi kita istiqomah. Sebagai contoh berzikir sama ada di dalam hati mahupun lisan.

Ataupun bersedekah walaupun jumlah yang sedikit tetapi selalu. Semoga kita istiqamah dengan amalan kita. InshaAllah sama-sama baiki diri.

Share This!


3 ulasan:

Sally Samsaiman berkata...

Morning! Sally singgah sini..Semoga hari ni lebih baik daripada semalam…Hidayah tu milik Allah, ada yg bertuah dapat..jika istiqomah, selamat jiwa..jika tidak..hmm

paridah berkata...

SETIAP AMALANN PERLU ISTIQOMAH BARU NAMPAK HASILNYA

husna zahidi berkata...

cakap manusia ada benda kita boleh ikut dan ada benda jugak kita sekadar mampu dengar shj..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails