Pengikut

Khamis, 27 Jun 2013

Adakah Boleh Kita Mendoakan Bala,Keburukan,Malapetaka Kepada Orang Lain Yang Telah Sakitkan Hati Kita?

berdoa

Assalamualaikum

Alhamdulilah keadaan di Shah Alam semakin membaik , kurang dah jerebu selepas hujan beberapa hari yang lepas. Sebelum tu acik minta maaf kepada kamu semua dan tidak dapat menjawab semua soalan yang kamu hantarkan pada acik. Acik pilih soalan dulu , kalau ada apa apa boleh terus hantarkan pada acik , ada waktu acik jawab. Hari ini , acik dapat satu soalan dari Razif  seprti di bawah ini 

Assalamualaikum acik, aku nak tanya ini, aku tengah geram dan rasa tak puas hati dengan kawan aku , menyampah pon ada. Tapi boleh ke kalau kita doa pada Allah untuk keburukan atau bala untuk dia, biar dia mata di langgar lori pon tak apa, geram aku dengan dia.

MasyaAllah , Istighfar jangan terlalu ikut emosi, bawakan bersabar. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak-anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kitakan orang islam dan sebagai seorang muslim tidak di benarkan mendoakan orang lain untuk keburukannya, apalagi dengan maksud ingin menghancurkanya, mendoakan keburukan orang lain sahaja di larang apalagi jika kita mendoakan kebinasaan saudara kita yang seiman dan seakidah.

Dari Abu Hurairah berkata bersabda Rasulullah SAW : "Apabila seseorang berkata : 'Binasalah manusia', maka dialah yang akan binasa." (Hadis Riwayat Muslim)

Mendoakan kebinasaan orang lain hanya di dorong oleh perasaan sakit hati di atas kesalahan atau kesilapan orang lain kepada diri kita adalah dilarang dan di tegah oleh agama. Sifat pemaaf adalah sifat mahmudah yang sangat dituntut oleh Islam.

Salah satu di antara ajaran Islam yang sangat agung adalah ajaran untuk saling memaafkan. Memafkan bermaksud orang lain yang yang mempunyai kesalahan kemudian kita memberi maaf. Sementara kalau kita yang mempunyai kesalahan maka wajib bagi kita untuk meminta maaf.

Orang yang mulia adalah orang yang suka memafkan. Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahwasannya 


Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : Musa bin Imran a.s, berkata: "Wahai Tuhanku diantara hamba-hamba-Mu, siapakah orang yang paling mulia dalam pandangan-Mu ? "Allah Azza Wajalla menjawab, “ Orang yang memaafkan walaupun ia mampu membalas. “ ( Hadis Riwayat Baihaqi )

Kadang kala kita bertemu dengan seseorang yang sedang marah berkata, "Sampai mati pun aku tidak akan memaafkan kesalahannya, aku akan tuntut di akhirat." 

Ahhh kata-kata seperti ini adalah bukan sifat orang yang beriman, kerana ianya lahir daripada perasaan sombong dan takbur dalam diri seseorang. Sedangkan Allah SWT yang Maha Pencipta sekelian makhluk boleh memaafkan kesalahan hamba-hamba-Nya dengan sifat Al-'Afuwwu, adakah kita lebih hebat daripada Allah SWT? Ingat sesiapa yang ada dalam hatinya sifat sombong tidak akan dapat memasuki syurga Allah SWT.

Memaafkan seseorang yang kita tidak mampu membalasnya adalah sifat yang  mulia, kerana kedudukan kita pada saat itu lemah. Sementara memaafkan seseorang yang kita mampu untuk membalasnya adalah lebih baik dan lebih mulia kerana pada saat itu kedudukan kita kuat dan boleh melakukan apa saja. Ketika seseorang berusaha untuk menjadi pemaaf bermakna ia telah berusaha untuk meniru sifat Allah iaitu Al-‘Afuwwu yang Maha Pemaaf. Seseorang yang memaafkan orang lain adalah orang yang cuba menghilangkan luka hatinya akibat kesalahan yang di lakukan orang lain terhadapnya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Emm dalam dunia nie tiada ubat paling mujarab merawat penyakit hati kita melainkan dengan berlapang dada, memberi kemaafan secara ikhlas akan mengembalikan ketenteraman, ketenangan serta menambahkan khusyuk ketika beribadat.

Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, yakin dan percaya bahawa setiap keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah yang menjadi takdir perlu dihadapi dan sekali-kali tidak akan terbelenggu dengan rasa marah berpanjangan.

Sebagai makhluk yang lemah dan selalu membuat kesilapan, berdoalah kepada Allah swt supaya hati kita sentiasa dilembutkan serta dipermudahkan untuk menghulurkan kemaafan sekalipun kita berada di pihak yang benar.Marilah bersama mentarbiahkan diri dengan menjinakkan lidah untuk mengucap kemaafan sementara tangan menghulurkan salam kemaafan kepada sesiapapun tidak kira sebesar mana kesalahan kerana dalam sifat pemaaf terkandung keberkatan dan kemuliaan yang tinggi.

Yakinlah, jika kita bersedia memberi kemaafan kepada seseorang nescaya orang juga bersedia memaafkan keterlanjuran kita. Marilah buang segala sifat mazmumah supaya perasaan sakit hati, benci dan marah dapat dijauhi

Maaflah entri panjang berjela tapi ingat walaupun kalimah maaf sukar untuk dilafazkan, tapi berusahalah untuk menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan.




Share This!


43 ulasan:

  1. acik...tapi ada juga manusia yang kerap mengucapkan Allahuakbar atas ujian atau takdir yang diterima tapi tetap salahkan orang lain... dan terus2an menyalahkan orang lain...walaupun sebenarnya itu adalah takdir yang tertulis oleh Allah buat dirinya dan juga diri pihak yang satu lagi... qada dan qadar... dan akhirnya mengakui diri beriman, percaya pada Allah tapi tetap mengucapkan perkataan "what you give, you get back", "what goes around, comes around
    "... adakah sabar namanya itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu nama nya bila kata di bibir saje, tapi tidak ikhlas dari pekataan dan perbuatan,,, apabila kebaratan di bawa dalam hidup maka keluarlah perkatan mcm tu, Kalau dia percaya qada dan qadar maka tiada perkataan yang akan di perkatakan seperti itu, percayalah , sabar itu bukan perlu di ungkap dengan kata kata tapi perlu dengan tenang diri

      Padam
    2. "what you give, you get back", "what goes around, comes around itu adalah perkatan english kota dalam bahasa melayu orang selalu guna biarlah Allah yang membalas segala perilakunya. itu ayat untuk sedapkan hati kita :) untuk buat kita cool down :)

      Padam
  2. kathy pun tak akan mendoakan keburukan sesorang itu walau bagaimana sikap dia terhadap kita..walau hati sakit di buatnya,apa yang kathy ammpu kathy biarlah Allah yang membalas segala perilakunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Biarlah jadi urusan Allah..

      Padam
  3. masa mrah mcm2 boleh keluar dari mulut kalau tidak di kawal.. dulu saya pun klau mrh cepat je doa mcm2 kat org yg buat sy marah, sjak dpt hidayah dari Allah Alhamdulillah sifat marah tu dapat dikawal. bila rasa nak marah terus istghfar ingat Allah..^_^

    BalasPadam
  4. Cakap soal marah ni, semua org ada sifat marah terutama bila disakiti berulang kali. Bagaimana pula org yg memaafkan itu di sakiti berkali2 oleh org yg sama? Janji tak buat lagi tapi buat juga.
    Apa2 pun yg acik tulis tu mmg betul. Kena memaafkan walaupun pedih yg amat kerana itulah saja salah satu cara utk dpt ketenangan diri. Selagi kita tidak memaafkan selagi itulah ia akan jd racun dlm kehidupan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, selagi itu hati kita akan sakit, kesian dekat hati

      Padam
  5. hurm..okey baiklah...sy akan belajar memaafkan insan2 yg menyakitkan hati saya...(selama ni dgn rasa geram meminta spy mrka juga terima apa yg sy rasa setelah mereka buat sy begitu..) selepas baca entri ni..mudah2an Allah lembutkan hati saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin mudah mudahan ada lembaran baru , tak guna berdendam

      Padam
  6. Kita tak sesabar nabi, tapi berusahalah kearah itu...Memaafkan lebih terasa nikmat dan hikmahnya drp membalas dendam kerana semua itu hanyalah ujian dr Allah. Ingatlah...Tindakan kita mencerminkan keperibadian dan keimanan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup :) , tapi lebih baik jika kita cuba jadi kearah kebaikan

      Padam
  7. Astagfirullah...kalau iya pon marah janganlah sampai terniat nak doakan seorang sahabat begitu...kena ingat juga...mana tahu buat masa ni kita benci sangat kat dia...satu hari nanti siapa tahu...silap2 bila kita dalam kesusahan dia pula yang nanti berhabis-habisan menolong kita...set dalam minda macam ni InsyaAllah akan dapat menyucikan hati kita yang tengah lara (amboi). Terbaik perkongsian acik ni...harap dapat memberi pedoman kepada semua umat islam diluar sana dan diri krole juga huhu...

    p/s : doa itu senjata mukmin... doa yang baik2 ya~

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu , jadi doalah untuk pekara yang baik baik

      Padam
  8. akak pernah rasa marah dan dendam sangat pada seseorang yang membuatkan hati akak sakit.. mak akak selalu berpesan, sebelum tidur kena maafkan kesalahan orang.. alhamdulillah sekarang ni akak dah tak fikir mengenai orang tu lagi.. biarlah Allah swt yang menghukum dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak , mak selalu pesan jugak :) jadikan hari hari kita tanpa dendam

      Padam
  9. Saya pernah rasa marah terhadap org yg memaki hamun sy..tp sy berusaha maafkan dan berhubung demi mengeratkan silaturrahim.. biarlah apa dia kata..sy xmungkin balas balik.

    BalasPadam
  10. Amarah itu api syaitan. Maka, apabila kita sedang marah eloklah mengambil wuduk untuk menyejukkan hati. Jadi, tak perlulah mendoakan sesuatu yang tidak baik itu kepada orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali, kalau boleh maafkan mereka, jangan di simpan dalam hati

      Padam
  11. Kalau benda tu ada kaitan dengan duit bagaimana? Bila tuntut dia tak kata apa-apa. Sms ayah dia pun sama juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih senang jumpe terus ayah dia,, tak pon mak dia, sms tak guna, kadan orang tua tak geti guna message

      Padam
  12. saya pun pernah rasa marah kadang2 keluar ayat mcm tu...tapi akan terus sedar, tak patut ckp mcm tu kan =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. em :) tak pe , kita sama sama muhasah diri

      Padam
  13. Salam, sebaiknya kita jangan pernah ada sifat mendoakan keburukan orang lain, percayalah jika kita yang teraniaya in Shaa Allah Doa kita yang akan dimakbulkan. ya benar maaf tu lagi baik dari mendoakan sesutu yang buruk.

    BalasPadam
  14. kekadang memang akan terkeluar kata2 tu....... itu kerana sifat amarah dalam diri yg cukup kuat.........
    dlm apa apa hal..... kena byk bersabar dan muhasabah diri......

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, banyakkan bersabar dan ingat Allah

      Padam
  15. Tipu kalau mama tak pernah marah atas perbuatan orang, nak memaafkan mengambil masa.. semua orang buat silap, mungkin kesilapan itu mereka tidak sedar.. jadi kita doakan mudah-mudahan mereka sedar..
    kalau belum sedia memaafkan, kita tunggu. Tentu masanya akan tiba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) itulah , sekurang kita cubalah , bagaimana pula kalau kita pula yang buat silap ?

      Padam
  16. sebaiknya kalau kita sakit hati dengan orang tu, kita doakan je kebaikan untuk dia semoga dia sedar :)
    kan lebih baik

    BalasPadam
  17. assalam acik.

    dulu saya dendam dengan seorang sahabat yang dah lama kawan sejak sekolah menengah, tapi hanya kerana orang ketiga, dia membenci saya, sampai tahap yang membuat saya tercabar.

    skang sy hanya mendoakan dia pulang ke pangkal jalan. skang dia tak menegur saya. eloklah, saya rasa biarlah dia dengan dunianya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam :)alhmdulilah , sekurangnye dah doakn dia

      Padam
  18. as salam acik..wah lama xkomen kat blog acik, rindu nk baca entry2 acik..sorry sgt dh jrg updte blog skrg, bz sikit..

    btw, kalo org tu pernah sakitkan hati kita, kita sabar n brdoa kpd Allah supaya org yg sakitkn hty kita diberikan hidayah dan kita jgn plak doa yg buruk2 dkt kwn kte tu kan..Allah kan ada..Just put trust in Allah rite :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :) , ishhh tak lama tak baca ur entri

      Padam
  19. Kita tak patut doa keburukan saudara Islam kita... walau orang tu bukan Islam sekalipun,kita doakan dia agar diberikan petunjuk dan hidayah Allah :)
    Memaafkan orang tu kadang-2 susah kalau kes berat. Tapi kalau setiap hari kita kata kita akan memaafkan orang tu,lama-2 ikhlaslah diri kita untuk maafkan org tu ^_^

    BalasPadam
  20. hehe jgn lah sampai mintak si kawan tu mati dilanggar lori...

    BalasPadam
  21. salam acik,suka entri ni,sepanjang kehidupan kita takkan terlepas dari rasa marah,geram,tak puashati.apatah lagi jika kita rasa teraniaya dan orang sekeliling mula bergosip,kan itu dah jadi fitnah?

    kak lea jugak selalu dengar kawan mengadu macam tulah..menyumpah2 hingga kadang2 haramkan orang tu jejakkan kaki ke rumah dialah,ada jugak yang menyamakan orang yang dia tak suka/marah sangat sebagai binatang.apalah nak jadi,takde iman dah ke?

    perasaan suka,marah,sayang,benci itu semua datangnya daripada Allah swt.kita tak boleh mendoakan yang tidak baik,percayalah kesabaran itu memang mudah nak diungkapkan tapi nikmatnya subhanallah.....percayalah....

    BalasPadam
  22. kalau sy mrah kt sape2 skali pn..msti sy bt xthu je..xkn smpai nk doakn bruk2 kt dia..sbb yg maha mmbalas 2 Allah je =)

    BalasPadam
  23. AJ penah kene Acik...
    Tapi orang tu doakan AJ tak bahagia lah, apalah....
    Alhamdulillah AJ bahagia je sampai sekarang ni...
    Tapi tu lah, manusia ni kadang kalau hati dah geram sangat, terlepas jugak ayat2 macam tu....
    AJ pun kadang ada gak terlepas khilaf tu Acik...

    BalasPadam
  24. org buat x elok kat kita kita balas ngn pkra elok.. :') xyah nak doa y bukan2.. :) sama2 lah kita beramal menuju redhaNya :')

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails